Tuesday, January 7, 2014

RG2011... KISAH BENAR - ADIK NURKHATIJAH BAYAR WANG YURAN PERSEKOLAHAN DENGAN DUIT SYILING KERANA KURANG BERKEMAMPUAN

 

Ini Kisah Benar - Kisah adik Nurkhatijah, pelajar sekolah rendah tak cukup duit bayar yuran sekolah. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah.  Guru-guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut.

 

Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Pelajar ini, kematian ibu sejak umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.

 

Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini?

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

 

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana karenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini.

 

Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

 

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya.

 

Kanak-kanak ini seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebarkan di kalangan rakan – rakan sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah. Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

 

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada i-pad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

 

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

 

Butiran secara ringkas.

 

Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker Nama Pelajar: Nurkhatijah bt. Abdullah No. HP Ustazah: 017-307 8400

 

Kepada rakan-rakan yang mempunyai cadangan kerja yang sesuai untuk nenek Nurkhatijah yang akan tamat kerja kontrak bulan Jun ini, diharap hubungi Ustazah Khadijah bt Alang Abu Shuker (017-307 8400) segera. Kerja cleaner pun ok katanya.

 

Allahummayassir.

Terima kasih kerana prihatin.

 

Sila Share dan Sebar2kan...semoga beroleh manfaat bersama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment