Bangkok belum lumpuh
|
|
SEJUMLAH penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun
di persimpangan Asok, Bangkok semalam.
BANGKOK - Premis-premis perniagaan masih beroperasi seperti biasa di Bangkok semalam walaupun beberapa persimpangan jalan utama di bandar raya itu ditawan kumpulan penunjuk perasaan yang berjumlah ribuan orang.
Bagaimanapun, sejumlah 36 buah cawangan bank komersial di bandar raya yang mempunyai 20 juta penduduk itu tidak beroperasi manakala ramai pemandu mengelak melalui jalan yang ditutup penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, kebanyakan kedai dan pejabat berhampiran tujuh lokasi yang ditawan beribu-ribu penunjuk perasaan tetap beroperasi seperti biasa.
Seorang pembantu kedai di pasar raya Terminal 21, Supaporn Numsunk berkata, bunyi bising daripada ceramah dan tunjuk perasaan tersebut menyebabkan pelancong asing masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan.
"Perniagaan berjalan seperti biasa kerana pelancong tidak mempunyai pilihan selain masuk ke dalam pasar raya.
"Mereka tidak selesa berjalan di luar kerana terdapat beribu-ribu penunjuk perasaan dan suasananya juga bising," katanya yang bekerja di sebuah kedai menjual sabun.
Tunjuk perasaan yang bermula kelmarin itu bertujuan mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra meletak jawatan dengan sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand.
Mereka juga mahu menggagalkan pilihan raya umum lebih awal yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kembali berkuasa.
Para penunjuk perasaan yang diketuai Suthep Thaugsuban yang juga bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Yingluk menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya.
Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa.
Tunjuk perasaan itu mengimbau kembali protes serupa pada tahun 2010 apabila banyak lokasi di Bangkok lumpuh sehingga memaksa pihak tentera campur tangan dan menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh.
Kali ini pihak berkuasa mengambil langkah yang tidak terlalu menonjol dan kerajaan berharap para penunjuk perasaan akan letih dengan tindakan mereka sebelum pertumpahan darah kembali berlaku.
Dalam pada itu, Yingluck semalam sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan kumpulan penunjuk perasaan yang merancang menumbangkan kerajaan dengan melumpuhkan Bangkok.
"Saya telah tegaskan banyak kali bahawa saya mempunyai tugas untuk bertindak menurut tanggungjawab yang diberikan selepas pembubaran Parlimen.
"Saya juga tegaskan bahasa saya bukan mempertahankan jawatan saya tetapi saya perlu mengekalkan kestabilan politik. Saya menjalankan tugas saya iaitu mengekalkan demokrasi,'' katanya. - Agensi
Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir
BEBERAPA orang berbaris untuk mengundi dalam pungutan suara di Kaherah semalam.
KAHERAH - Hari pertama pungutan suara di Mesir semalam menyaksikan tiga orang terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi bertempur dengan pihak polis.
Pertempuran di bandar Sohag tercetus beberapa jam selepas para pengundi negara ini membuang undi untuk menggubal perlembagaan baru.
Para pegawai berkata, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kira-kira 300 orang penyokong Morsi apabila mereka ditembak dalam satu tunjuk perasaan.
Perlembagaan baharu yang disokong pihak tentera itu dianggap satu kejayaan besar sejak Morsi digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.
Para penyokong Morsi yang menentang tindakan tentera tersebut melancarkan tunjuk perasaan hampir setiap hari bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Kerajaan sementara yang mendapat sokongan tentera turut mengisytiharkan pergerakan Ikhawanul Muslimin yang menyokong Morsi sebagai pertubuhan pengganas.
Ribuan orang termasuk beberapa pemimpin kanan pertubuhan tersebut telah dipenjarakan. - AP
Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg
SEORANG anggota polis mengawal wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) pada satu sidang akhbar di bandar raya Panama kelmarin.
BANDAR RAYA PANAMA - Polis Panama menyatakan wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) yang disembunyikan di dalam lapan buah beg telah dirampas di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini kelmarin.
Ekoran penemuan itu, seramai tiga lelaki warga Honduras telah ditangkap polis bagi membantu siasatan.
Menurut ketua pendakwa raya unit antidadah, Javier Caraballo, pihak berkuasa menemui wang tersebut selepas memperoleh maklumat risikan.
Maklumat perisikan itu menyatakan, sejumlah wang akan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di sini.
Menurut kenyataan polis, tiga lelaki tersebut menaiki penerbangan dari Tegucigalpa, Honduras.
Polis menyatakan, beg tersebut berada bersama tiga lelaki berkenaan ketika mereka ditangkap.
Pihak berkuasa Panama menyatakan, para pegawai menemui bungkusan wang dalam dolar Amerika yang disembunyikan di dalam beg tersebut.
Panama memang dikenali sebagai pusat pengubahan wang haram untuk sindiket dadah di Amerika Latin. - AP
Pencipta AK-47 bimbang ramai mati kerana senjatanya
GAMBAR fail menunjukkan Kalashnikov bersama senapang Ak-47.
MOSCOW - Pencipta senapang AK-47, Mikhail Kalashnikov pernah menulis surat kepada ketua gereja di Rusia sebelum dia meninggal dunia dengan melahirkan kebimbangan bahawa senjata berkenaan telah membunuh ramai manusia, lapor akhbar Izvestia.
"Penderitaan jiwa yang saya alami tidak dapat ditanggung lagi," katanya dalam sepucuk surat kepada ketua gereja Rusia, Patriarch Kirill.
"Satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya adakah senapang saya yang telah membunuh ramai manusia akan menjadikan saya seorang penganut agama Kristian yang bertanggungjawab terhadap kematian mereka walaupun mereka merupakan musuh?'' ujarnya.
Seorang jurucakap gereja itu mengesahkan menerima surat berkenaan yang ditulis kira-kira enam bulan sebelum kematian Kalashnikov.
Dia meninggal dunia pada 23 Disember lalu ketika berusia 94 tahun.
Kalashnikov semasa hayatnya sering berkata, beliau bangga dengan ciptaannya itu tetapi kesal senjata tersebut sering digunakan oleh penjenayah dan tentera kanak-kanak.
Senapang AK-47 murah untuk dihasilkan dan mudah pula diselenggara merupakan senjata paling banyak membunuh manusia berbanding senjata api yang lain.
Pada tahun 2009, Kalashnikov berkata, senapang yang direka pada tahun 1947 itu dihasilkan bagi tujuan mempertahankan sempadan negara ini. - Reuters
Air terjun beku jadi aktiviti pendaki
BEBERAPA orang mendaki air terjun yang beku di Miyun, Beijing baru-baru ini.
MIYUN, Beijing - Sekumpulan penggemar aktiviti lasak di sini mengambil kesempatan ketika suhu sejuk melampau dengan melakukan aktiviti mendaki air terjun di sini yang telah beku.
Fenomena itu telah menarik kehadiran ramai pelancong yang memakai peralatan mendaki untuk mencuba aktiviti mencabar tersebut.
Kebanyakan pelancong itu didapati mahir dalam aktiviti mendaki. - Agensi
Rumah terbalik jadi tarikan di Moscow
BENTUK rumah terbalik yang dipamerkandi Moscow, Rusia semalam.
DUA orang berdiri dalam keadaan terbalik di dalam rumah berkenaan.
MOSCOW - Sebuah rumah terbalik menjadi tarikan utama pada satu pameran di Moscow semalam.
Para pengunjung dibenarkan buat kali pertama memasuki rumah yang terbalik.
Menurut penganjur, para pengunjung boleh merasai perspektif baru apabila keseluruhan hiasan dan perabut seperti katil, meja makan, pasu bunga dan peti ais berada dalam keadaan terbalik.
Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah berjalan di atas siling dan terpaksa melihat ke bawah untuk melihat perabut di dalam rumah berkenaan. - Agensi
Anggota bomba selamatkan anjing jatuh tasik
BAYNES menyelamatkan anjing yang terjatuh ke dalam tasik beku di Taman O'Fallon, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. - AP
ST. LOUIS - Seorang anggota bomba, Stan Baynes bertindak berani apabila dia menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh di dalam sebuah tasik di Taman O'Fallon pada Ahad lalu.
Pemilik anjing tersebut, Jason Newsome berkata, haiwan itu mengejar seekor angsa di atas lapisan ais di tasik berkenaan sebelum lapisan ais tersebut pecah.
"Anjing saya gagal naik semula kerana lapisan ais yang nipis dan saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya.
Menurut pihak bomba, anjing itu berada di dalam air tasik yang beku selama 25 minit sebelum diselamatkan oleh salah seorang anggotanya. - AP
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.









No comments:
Post a Comment