Langkah Tarik Balik Saman Bukti Umno Pengamal Demokrasi Sebenar
MUAR: Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamaldemokrasi sebenar.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim berkata pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.
Razali yang juga Anggota Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.
"Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikanbalik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutanMaulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, Selasa.
Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabitterutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
PAda Isnin, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balikkenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganasdari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.
Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi PAS, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya.-

Video lucah: Mustafa tarik balik kenyataan fitnah
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip beliau.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita, Mustafa; peguamnya, Asmuni Awi; dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong, telah memaklumkan perkembangan kes itu ketika menghadiri proses mediasi hari ini di hadapan Ketua Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Hakim Zainal L. Salleh.
Menurut beliau, Rabu ini pihaknya akan memaklumkan persetujuan yang dicapai ketika proses mediasi untuk direkodkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.
Pada 22 April tahun lalu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh atas kapasiti pegawai awam UMNO selaku pihak plaintif telah memfailkan saman ke atas Mustafa, Asmuni dan Zulkifli masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Ab. Rauf dalam writ saman menyatakan, kenyataan fitnah itu diucapkan Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli.
Pihak plaintif mendakwa, Mustafa membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April 2013.
Pada tarikh sama, kenyataan itu disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk 'Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas' manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak'.
Artikel ketiga bertajuk, 'Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO' bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, 'GE13: Mustafa: I'm not the man in videoclip' manakala artikel kelima bertajuk 'Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa'.
Akibat tuduhan serius dilemparkan dengan niat jahat itu, pihak plaintif menegaskan, Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi.

__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment