Jan 04, 2014
NASRUDIN HASSAN
1. Perkembangan mutakhir menyaksikan keadaan ummah kian parah. Mereka berdepan dengan ancaman gejala riddah, kejahilan ummah, kelesuan ulama dan pengkhianatan pemerintah. Semakin ramai jumlah mereka yang meninggalkan Islam. Mereka terdedah kepada perlecehan syariat dan akhlak. Sementara ulama tidak dapat berbuat apa-apa ditambah pula dengan dasar dan polisi negara yang digubal oleh pemerintah tanpa meletakkan kepentingan syariat di hadapan.
2. Pastinya air mata kesal mengalir melihat fenomena ini. Kembalilah ummahku! Pelajari dan dalami agama Allah serta hampirkan diri kepada Allah Jalla wa A'la. Hindarkan diri dari terperangkap dalam perkara yang melebarkan jurang perbedaan dan meruncingkan pergeseran sesama muslim. Elakkan permusuhan dalam menanggapi perbedaan pendapat dan pandangan. Bina kekuatan ummah.
3. Ambillah prinsip yang pernah ditegaskan oleh Syeikh Rashid Redha rhm.
نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه
"Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza pandangan padanya."
4. Kita mestilah peka dan sensitif terhadap elemen yang boleh merosakkan fikrah, syakhsiah dan aqidah ummah. Jangan pernah kita berpeluk tubuh menyaksikan agenda musuh-musuh Islam yang berusaha untuk melumpuhkan kekuatan ummah. Bangkitlah dan semarakkan Amal Islami di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.
5. Marilah kita bina Islam ini dalam diri kita, insyaallah kelak ia akan tegak di atas tanahair kita. Benarlah kata Imam Hassan Hudhaibi rhm.
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
"Tegakkan kedaulatan Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tegak di atas tanahair kamu."
Jangan leka dan asyik menghabiskan masa dengan perkara yang tidak menambah kekuatan kita, sedang kita sangat kesuntukan waktu untuk bekerja bagi membangunkan semula ummah yang runtuh akhlak dan maruahnya.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (9) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment