Wednesday, January 15, 2014

RG2011... Zunar jelajah Amerika, beri syarahan kartun di University of Louisville

 

Wed Jan 15, 2014 18:53 from KeadilanDaily.com by Keadilan Daily
Close

Zunar - CopyKUALA LUMPUR 15 JAN: Kartunis politik tanahair Zunar, atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar SM Ulhaque akan menjelajah ke Amerika Syarikat sempena program dinamakan 'Berjuang Melalui Kartun' bermula 22 Januari hingga 1 Februari 2014.

Beliau akan turut menyanpaikan ucaptama 'Syarahan Tahunan mengenai Demokrasi Asia" University of Louisville, Kentucky dan program akan bermula di Brown & Williamson Club di Papa John's Stadium.

"Saya akan mendedahkan cabaran yang dihadapi sebagai kartunis politik di negara penindasan seperti di Malaysia," kata Zunar dalam kenyataan.

Menurut Zunar, maklumat dari pihak universiti memaklumkan beliau adalah orang ketiga dipilih menyampaikan ucapan di acara tahunan ini.

Zunar_USPemidato sebelum ini ialah aktivis Hak Asasi China yang dipenjara 18 tahun, Harry Wu (2013) dan bekas Duta Amerika ke Burma, Derek James Mitchell (2012).

"Mereka akan diberitahu mengenai penahahan saya di bawah Akta Hasutan, pengharaman buku-buku komik saya, dan tekanan ke atas pencetak dan pekedai.

"Saya juga akan menyentuh mengenai isu-isu penting seperti kekangan terhadap hak asasi di Malaysia, begitu juga isu penting seperti pembunuhan Altantuya, skandal Scorpene, konspirasi terhadap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, isu rasuah dan kontroveri isu nama Allah," kata Zunar.

Zunar akan turut ke Washington bagi sesi dialog bersama warga tempatan dan rakyat Malaysia sempena promosi buku 'The Pirate of the Carry-BN' di gedung buku terkenal, Busboys and Poets.

Pengarah Pusat Demokrasi Asia, University of Louisville Dr Jason P. Abbott sebelum ini menyatakan, Syarahan Tahunan Pusat Demokrasi Asia disampaikan setiap tahun oleh individu yang terlibat secara langsung dalam perjuangan demokrasi yang mempromosi reformasi politik di Asia.

Tahun ini ia akan disampaikan oleh kartunis politik Malaysia, Zunar.

"Dakwaan Akta Hasutan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap Zunar, menggambarkan penggunaan undang-undang yang mencengkam untuk mengekang kebebasan oleh kerajaan Malaysia.

"Ia juga menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan kebebasan bersuara tidak hanya diperjuangkan oleh para aktivis, tetapi juga oleh artis, pelawak dan kartunis," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment