Thursday, November 27, 2014

Re: RG2014... Fw: Kerana Selisih Faham Anak Tinggalkan Ibu Di Tepi Jalan

 

salam,
sy setuju dgn pandangan di atas. ramai ibu dan bapa yang tak sesuai untuk ada anak sebab perangai buruk mereka. ramai anak-anak yg jadi sasaran apabila mereka tak cantik, tak cerdik, cacat, lembam. dalam kes ibu ini, kalau lah semua anak-anaknya dah tak sanggup menjaga ibunya pada saya IBU itu yang bermasalah. hal peribadi dalam keluarga tak perlulah kita bercerita kat orang. buruk baik anak kita jugak. betulkan keadaan dgn anak-anak tuu. cuma sebagai anak mereka x blh membiarkan ibu bapa mereka melarat. sebab suatu hari nanti kita jugak akan tua. apakah kita nak anak-anak kita buat kita mcm yg kita buat pada ibu bapa kita sekarang???? dan di hadapan ALLAH esok kita akan dipersoalkan tanggung jawab kita tu....... klu sudah siapkan jawapannya then ok laa.......................... 


On Thursday, November 27, 2014 5:13 PM, "abiat07 abiat07@yahoo.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 
As salam,

Teringat perihal sorang makcik yang pernah saya kenal dulu. Anak ada 7 orang, tapi akhirnya sorang pun taknak jaga dia. Juga disebabkan selisih faham. Dia dibiarkan di pondok pengajian agama di sebelah utara tanpa diambil walaupun telah beberapa bulan berlalu. Sedang orang-orang tua yang lain, ramai yang telah pulang ketika itu bersama ahli keluarga masing-masing.

Bezanya, makcik ini memang suka bersangka buruk dengan orang lain dan menantu-menantunya. Malah, dia pernah menuduh saya membiarkan ibu saya bersendirian ketika jenazah ayah saya baru sahaja diusung ke kubur. Bukan itu sahaja, dia juga menjaja cerita tentang keluarga saya kepada orang lain sehingga ramai saudara mara saya geram dan marah pada kami sekeluarga. Yang hairannya, dia sanggup datang ke rumah kami dan sungguh-sungguh beritahu kami yang dia tidak buat semua itu. Dia mengaku bahawa dia tak tahu apa-apa tentang hal itu. Apabila disiasat betul-betul, memang sah makcik tu yang jaja cerita karut. Sebenarnya, dia memang tiada langsung masalah nyanyuk atau lupa.

Ada anak-anaknya yang malu bila makcik ini bercerita buruk tentang orang lain kepada jiran tetangga. Bila ditegur, makcik tu beriya-iya suruh anaknya diam. Kesian betul. Ini kisah semasa dia belum belajar di pondok agama. Sekarang, anak itu telahpun berpindah ke sabah.

Sebenarnya, banyak lagi orang-orang seperti ini yang telah saya temui. Yang peliknya, mereka bukan nyanyuk dan terbukti tidak nyanyuk. Saya faham, ini bukan alasan untuk seorang anak mengabaikan ibubapanya. Namun, kita tidak tahu apa-apa pun tentang mereka dan masalah mereka dengan anak-anak. Tetapi, masyarakat lebih mudah mencop anak-anak sebagai derhaka.

Kita mungkin bernasib baik kerana memiliki ibubapa yang baik. Saya sendiri bersyukur ibu saya bukanlah orang yang seperti makcik itu. Tetapi, selepas melihat pelbagai karenah dan ragam dunia, saya tidak berani bersangka begitu sebab kita sendiri belum diuji seperti anak-anaknya. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak berhadapan dengan ahli keluarga seperti itu.

Lagipun, dari saya kecil hingga dewasa, terlalu banyak kisah keburukan orang tua terhadap anak-anak mereka yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Saya lihat sendiri kawan saya ditunjal kepala dan diherdik dengan kata-kata kesat dan lucah oleh ibu kandungnya sendiri. Perkataan bodoh tu dah memang melekat pada diri kawan saya itu sehingga dia sangat pasif dan sentiasa hilang semangat.

Saya juga ada sahabat baik yang sentiasa dipulaukan oleh ibu kandung sendiri hanyalah disebabkan sahabat saya ini sangat mirip dengan bekas suami pertamanya. Begitu juga sahabat baik saya seorang lagi yang sentiasa dihina dan disiksa fizikal dan mental hanyalah kerana dia tidak secerdik abang, kakak dan adiknya yang lain. Semua ini, menyebabkan saya sedar, ibu itu hanya manusia biasa. Kita mesti menghormati dan berlembut dalam melayan mereka, namun kita tidak boleh membenarkan segala tindakan salahnya dan menganugerahkan kepada mereka "imuniti tidak pernah bersalah" dan anak-anak sahaja yang salah dan derhaka.

Bagi saya, yang terbaik sebagai masyarakat adalah tidak terlalu cepat mencop si anak sebagai derhaka tanpa usul periksa. Jika salah pada siibu, sebagai masyarakat kitalah yang wajar menegurnya. Pada si anak, kita perlu mengingatkan mereka agar tidak bersikap kasar dan sentiasa mengasihi ibubapa mereka walau siapapun mereka.




On Monday, November 24, 2014 1:12 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 

 

Kerana Selisih Faham Anak Tinggalkan Ibu Di Tepi Jalan

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
PADANG TERAP 21 Nov. – Hanya kerana berselisih faham, seorang wanita berusia 38 tahun bertindak 'membuang' ibunya yang berusia 74 tahun dengan meninggalkan warga emas itu di Kampung Padang Nyior, di sini semalam.

Ibu tua yang mahu dikenali sebagai Amilah mendakwa, anak bongsunya itu meninggalkannya di rumah adik lelakinya di kampung tersebut kira-kira pukul 7.30 malam.

"Saya tinggal bersama anak bongsu yang merupakan seorang suri rumah di Alor Setar sejak tiga bulan lalu.

"Tergamak anak saya tinggalkan saya begitu sahaja di hadapan rumah adik saya di Kuala Nerang, saya sedih kerana mereka sudah tidak mahu menjaga saya lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang hari ini.

Menurut Amilah, anaknya itu menuduh dia menjaja perihal keluarga mereka kepada orang ramai sedangkan dia langsung tidak melakukan perkara tersebut.

"Saya tidak sangka anak bongsu saya akan bertindak begini, sebelum ini tiga lagi anak saya juga tidak mahu menjaga saya," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mahu lagi pulang ke pangkuan anak-anaknya walaupun dipujuk dan bercadang untuk tinggal di pondok pengajian Islam di Bukit Pinang, dekat sini.

"Sebelum ini saya memang tinggal di pondok itu tetapi terpaksa menumpang di rumah anak-anak kerana kaki patah akibat terjatuh," jelasnya.

Dalam pada itu, adik lelaki Amilah yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, dia terkejut apabila mendapati kakaknya memberi salam di hadapan rumah dengan sebuah beg baju dan barangan lain yang dimasukkan di dalam plastik hitam.

"Dia sudah tidak mengecam wajah saya kerana kami sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa dan saya terkejut apabila dia beritahu anaknya meninggalkannya di situ," katanya.

Tambah Sulaiman, dia akan menghantar kakaknya itu ke pondok pengajian Islam di Bukit Pinang seperti yang diminta.

- utusan




__._,_.___

Posted by: Maizan Mahmud <maizanmahmud@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment