Thursday, November 27, 2014

RG2014... KJ Cadang Skim Kenderaan Pertama Tanpa Cukai - Lebih Baik Focus Masalah Perumahan & Hapus Riba.

 

 KJ Cadang Skim Kenderaan Pertama Tanpa Cukai - Lebih Baik Focus Masalah Perumahan & Hapus Riba.





Idea yang bodoh dari ketua pemuda UMNO. Satu sen pun tak guna. Sia2 ada otak. Sia2 berhimpun pongpang2 bajet hero dalam persidangan. Alih2 campakkan idea yang bodoh dan sampah!


Turunkan harga kereta seperti yang selalu dilafazkan oleh Rafizi dah berbaloi untuk kita follow dan gesa kerajaan untuk laksanakan cadangan tersebut sepertimana yang telah dikempenkan.

Cadangan KJ.

1. Skim kenderaan pertama untuk golongan belia yang belum memiliki apa2 kenderaan.

2. Terhad kepada pembelian kenderaan kali pertama.

3.  Dijual kepada pembeli tanpa cukai dan duti eksais.

4. Kenderaan yang dipasang siap dalam negara.

5. Berharga sederhana tanpa tetapkan maksud serdahana mengikut pandangan KJ.

Sebenarnya. Menurut Paultan. Kat Thailand pun ada skim yang sama. Tapi skim tue gagal gila kat sana. Tak mencapai objektif sepertimana yang disasarkan.

Bacaan penuh artikel Paultan, rujuk sini.

Bagi aku. Kempen turunkan harga kereta neh aku follow idea Rafizi jek. Harga kereta kat negara kita memang mahal nak mampos. Antara termahal di dunia dek cukai. Dan ianya patut diturunkan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan disamping semua rakyat berhak beli kenderaan dengan harga yang munasabah tanpa kira miskin kaya tua muda dan apa.

Pengurangan cukai untuk semua. Bukan untuk belia2 aje.

Oleh kerana Rafizi dah buat kempen kereta kau patut kerah otak kau untuk buat idea lain plak. Cuba kau buat idea pembelian rumah tanpa riba dan kadar faedah pinjaman hartanah dikurangkan. Buat usul kerajaan harus pergiatkan usaha membina lebih banyak rumah mesra rakyat dan harganya perlu berada di tahap yang munasabah. Buat rumah besar2 dan jual mahal2. Kenapa bukan buat rumah yang besar2 dan jual setimpal dengan kualiti yang ditawarkan. Kenapa nak naikkan harga hartanah ke satu tahap yang melampaui batas sehingga menyukarkan rakyat memiliki rumah impian.

Kenapa nak fikir bahawa kita hanya akan maju jika seiringan dengan sistem kapitalis.

Kenderaan penting. Tapi baik ko sebagai menteri bagi cadangan untuk kerajaan gila kau tingkatkan prasarana dan kualiti pengangkutan awam bandar dan luar bandar. Perlu seiringan. Dan kau bagi cadangan agar kerajaan kau pakat2 hapuskan riba dalam pembelian hartanah. Nak beli kereta ada riba. Beli rumah ada riba. Nak belajar pun caj riba. Habis jahanam rakyat di bawah pentadbiran BN. Rosak segala. 

Dan. Percaya la cakap aku. Skim gila neh kalau kerajaan kau buat mesti macam haram polisi dia.

Contohnya.

- Kurangkan kualiti kenderaan tersebut

- Aksesori banyak kena buang

- Limited dan terhad kepada jumlah tertentu

- Ada tempoh pengecualian cukai

Dalam erti kata lain baik tak payah buat sebab kalau buat pun menyakitkan ahti rakyat.

Kbai. 

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment