Thursday, November 27, 2014

Re: RG2014... PAS Kini Gagal Dukung Kesucian Agama – Mashitah Ibrahim

 

Umno bukan dapat mendulung kesucian agama UMNO LEBIH MENGONGKONG kesucian agama islammmm

Takkan masitah cukur kening boleh jerr

On 27 Nov 2014 17:20, "Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
 

PAS Kini Gagal Dukung Kesucian Agama – Mashitah Ibrahim


http://2.bp.blogspot.com/_c4ntBFYNccY/S8CzbhLN3UI/AAAAAAAADY4/k8MXCxwVWyY/s400/image009md9.jpg

Kuala Lumpur – Masyarakat Islam di negara ini seharusnya menilai kembali asas perjuangan PAS yang kini gagal mendukung kesucian agama itu, demikian tegas pemimpin Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, hal ini diakibatkan oleh pengaruh dakyah rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang mahu mengenepikan kepentingan agama demi kuasa politik.

"Sepotong doa Rasulullah SAW telah diubahsuai untuk mengutuk mereka yang menentang PAS. Tidak cukup dengan itu, Umno dipanggil syaitan, sesat, barua, jahiliyah, sosialis dan komunis. Difatwakan juga bahawa solat orang Umno tidak membawa pahala, tapi menampal bendera PAS boleh mendapat pahala.

"Pemimpin PAS sudah buta mata dan buta hati. Pemimpin PAS sekarang tidak bersatu macam dulu lagi, mereka berpecah belah dan kini terdapat Team A (Pro-Presiden Pas dan pro-ulama), Team B (pro-Timbalan Presiden, Anwarinas dan pro-liberal) malah Team C (PasMa) dalam PAS. Pendirian dan pandangan mereka mengenai banyak perkara termasuk hal agama menunjukkan mereka berlainan aliran," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Perhimpunan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, di PWTC, pagi ini.

Tidak itu sahaja, kecelaruan perjuangan yang kini jelas kelihatan secara langsung memperlihatkan perkelahian sesama sendiri di dalam PAS sehingga wujudnya kempen 'Langgar Hadi'.

Tegas Mashitah hal ini berbeza dengan Umno di mana kesemua ahli-ahlinya sentiasa menghormati pemimpin mereka.

"Parti yang kononnya amal idealisme Islam jangan fikir tak ada watak yang gila kuasa dan mampu jatuhkan presiden sendiri. Kalau dulu, PAS terkenal dengan bai'ah, namun sekarang ada ADUN PAS yang sanggup gugurkan bai'ah, tinggalkan jemaah dan parti sendiri untuk menyokong parti lain.

"Ramai berpendapat PAS hari ini sudah rosak. Sikap 'syaitan bisu' yang pernah dilemparkan kepada ulama Umno kini terpalit kepada ulama PAS kerana tidak bersuara walaupun pelbagai penghinaan dilakukan DAP terhadap agama Islam dan penganutnya.

"Kini, dalam banyak perkara, pendirian PAS tidak banyak beza dengan DAP. Malah, jika hudud tidak diambil kira, PAS dan DAP adalah hampir parti yang sama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu Mashitah mahu ramai pihak sedar bahawa Umno lebih terkedepan dalam banyak perkara.

Maka, ketika PKR dan PAS kini bergelut dengan krisis dalaman mereka, Umno harus menunjukkan keikhlasan dan moderatnya dalam perjuangan.
Tegasnya lagi, golongan Melayu dan Islam di dalam PKR tidak lagi boleh diharap mempertahankan dua isu yang menjadi kontroversi rakyat pada hari ini.

__._,_.___

Posted by: lebai gadget <inspectorgadget.012@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment