Thursday, November 27, 2014

RG2014... “PERHATIAN!! SURAT SOKONGAN ROSMAH DIHARAMKAN DI PEJABAT INI

 

 "PERHATIAN!! SURAT SOKONGAN ROSMAH DIHARAMKAN DI PEJABAT INI"

"Whoever uses my name, I ask the offices and ministries not to approve it. How can the department heads approve such projects without even checking the facts with me?" 

Membaca kenyataan Rosmah yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 26 Nov 2014 ternyata ianya memberi nafas yang cukup lega dan selesa kepada seluruh usahawan Melayu, saudagar Melayu, peniaga Melayu dan penjaja Melayu apabila mereka tidak lagi perlu bersaing dengan kontraktor-kontraktor yang mengonggong surat sokongan DS Rosmah. 

Dengan kenyataan yang jelas lagi bersuluh itu mereka kini boleh bersaing dalam pasaran terbuka tanpa ada cuak dan curiga dicantas oleh tangan-tangan yang tersembunyi di belakang tabir. Inilah masa nya untuk mereka membuktikan kemampuan, kewibawaan dan kesungguhan sebagai usahawan Melayu di dalam negara yang sudah 57 tahun Merdeka.

Pegawai-pegawai kerajaan juga tidak harus melayan 'phone call' dari pejabat Rosmah atau sahabat Rosmah atau rakan Rosmah. 
Untuk memudahkan pentadbiran dan rasa seram mereka sepatutnya menampal kenyataan besar "SURAT SOKONGAN ROSMAH DIHARAMKAN DIPEJABAT INI" di setiap pintu masuk pejabat kerajaan khasnya yang di bawah kementerian Kewangan. 

Apa pun di dalam rekod kepimpinan yang lepas kita tidak pernah mendengar isteri Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Siti Hasmah terpaksa mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. 

Mungkin kerana Tun Dr Siti lebih gemar melengkar diceruk dapur menumbuk sambal belacan daripada menyibuk menyelak proposal perniagaan.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment