Pengerusi Panel Pemantauan Projek Dana Tekno Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ariffin Tawang berkata, projek tanaman itu adalah sebahagian daripada program bersama pihak kementerian dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Katanya, penanaman serai pedas mula diusahakan pada 2009 dan dilihat mampu dijadikan sebagai tanaman alternatif baharu bagi petani.
Katanya, proses penanaman tersebut menunjukkan perkembangan positif apabila menghasilkan pengeluaran yang lebih berkualiti dari tempat asal serai pedas iaitu di Australia.
"Hanya dalam tempoh lapan bulan daunnya sudah boleh dituai. Tempoh ini agak cepat jika dibandingkan di Australia yang memerlukan masa lebih lama untuk dituai.
"Serai pedas digunakan dalam penghasilan pelbagai produk seperti bahan dalam pencuci, pewangi, minuman kesihatan serta rempah makanan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kata Ariffin, buat masa ini projek tanaman serai pedas bertumpu di Hulu Langat, Selangor dan Melaka.
Sementara itu, salah seorang pengusaha serai pedas, Abdul Halim Ya'akub berkata, tanaman terbaharu itu berpotensi diperkembangkan ke peringkat lebih tinggi kerana mampu menghasilkan pelbagai produk berkualiti tinggi.
"Namun, pasaran tanaman ini masih rendah memandangkan serai pedas belum bersedia untuk dikomersialkan secara meluas. Malah, aktiviti penanamannya masih dikawal supaya dapat diselaraskan dengan permintaan serta produk akhir yang dihasilkan," katanya.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment