Sebelum ini saya ada tulis bagaimana 6 kilang roti di Pulau Pinang diarahkan tutup selagi aktiviti pemulihan kebersihan tidak dilakukan dengan sempurna. 13 lagi kilang diberikan denda kerana gagal dalam amalan kebersihan mereka. Boleh baca ceritanya di sini.
Kali ini mari kita lihat rakaman video ketika pegawai kesihatan melakukan serbuan pemeriksaan di salah sebuah kilang yang gagal amalan kebersihan mereka. Anda boleh lihat bagaimana lipas menjadi kawan baik kilang tersebut.
Dalam rakaman juga anda boleh lihat bagaimana bersepahnya najis tikus di merata tempat dalam kilang itu yang menunjukkan bahawa pemilik kilang tidak memperdulikan kebersihan.
Pemilik kilang juga nampaknya macam tak perduli kesan penyakit merbahaya yang mungkin terkena pada pengguna yang makan roti keluaran kilangnya. Keadaan pekerja yang tidak peka pada kebersihan dan etika kerja juga amat menyedihkan.
Elok makan roti buatan sendiri saja
Mungkin para peminat roti perlu fikirkan bagaimana nak buat sendiri roti mereka sekarang. Dah ada banyak peralatan untuk buat roti sendiri di rumah yang boleh kita dapatkan dari pusat membeli belah.
Cuma perlu ada duit lebih sedikitlah kalau nak beli semua peralatan tersebut. Mahu makan ribu-ribu juga kos belanjanya. Tapi ambil sikap sebagai satu pelaburan. Manalah tahu kalau-kalau dah pandai buat roti sendiri dari berbagai jenis, boleh dipasarkan pula di sekitar penempatan tempat anda tinggal.

Bagaimana pula dengan kedai bakery
Biasanya saya banyak membeli roti yang berbagai jenis daripada bakery yang ada banyak di sekitar Lembah Kelang ini. Ada satu rangkaian bakery yang sering saya singgah setiap kali lalu di depan kedainya.
Ada juga beberapa bakery di Subang Jaya yang menjadi kegemaran saya untuk memborong berbagai jenis roti yang semuanya amat sedap dan lazat belaka. Masuk ke dalam kedainya saja dah cukup membuatkan selera saya naik. Sebab itu akan terlajak untuk beli banyak.
Lagipun anak-anak memang tersangat suka makan semua jenis roti yang ada di jual di dalam bakery tersebut. Terutamanya berbagai jenis kek yang dipamerkan. Tapi saya tak lah layan sangat untuk beli kek tu sebab harganya jauh lebih mahal dan bukanlah baik sangat dari segi kenyang dan zatnya.
Jika dilihat dari mata kasar, mereka menyediakan semua roti yang dipamerkan di dalam bakery tersebut dari dalam kedai itu juga. Mereka masak dan buat pembungkusan dalam kedai yang sama. Cuma saya tak pasti samada penyediaan doh juga dilakukan di situ. Nanti saya nak pergi check kalau ada masa.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
Standard Malaysia dan penguatkuasa serta sistem!! suka nak buat sensasi tetapi merahsiakan nama pengilang terbabit..lepas tu suruh rakyarjaga jaga?? Kepala hotak hangpa la..anyway..tq for the video n nampak bakal jadi macam edisi SIA..SIA!!
-krankenman-
Kilang roti pengotor, 6 kena tutup, 13 kena denda !
Sebelum ini saya terbaca kilang roti yang selalu saya beli roti benggali dari jenama Patchee diarahkan tutup buat sementara waktu sehingga pembersihan dan pemulihan kejijikan kilang mereka dilakukan.
Hari ini saya baca satu lagi kilang roti di Kepala Batas pula di arahkan ditutup sebab bersepah taik tikus dan tidak menjaga standard kebersihan yang sepatutnya.
Bukan itu saja, malah rupa-rupanya ada sebanyak 6 kilang roti telah di arahkan ditutup sampai mereka buat pembersihan dan pulihkan masalah tikus, lipas dan serangga kotor lain lagi.
Selain daripada 6 kilang roti di arahkan tutup, 13 buah lagi kilang roti dikenakan denda berjumlah sebanyak RM32,500 atas kesalahan pengotor yang tidak sepatutnya berlaku dalam premis pembuatan makanan untuk orang ramai.
Mana nak cari kilang roti bersih
Saya sebenarnya amat suka beli roti benggali dari kedai Patchee. Tak pernah lepas setiap kali balik kampung, saya akan borong berbuku-buku roti benggali dari kedai Patchee ini. Tapi nampaknya kedai jual roti saja ok, kilang mereka penuh dengan kejijikan.Menurut berita, ketika lawatan pemeriksaan kejutan dilaksanakan oleh pihak berkusa kesihatan, taik tikus bersepah. Lalat menghurung doh roti tu, ulat taik lalatpun ada kat dalam kilang tu. Taik lipas jangan nak cakaplah... wekkk!.
Dah berapa tan roti benggali depa aku makan.. rasa nak termuntah lah pulak.
Tapi susah juga nak lupakan roti benggali nih. Kalau balik penang memang nak kena beli. Ada orang yang boleh beritahu saya kat mana adanya sebuah kilang roti yang ada buat dan jual roti benggali yang keadaan kebersihan dan kesuciannya boleh dijamin hahal?
Kalau ada di kalangan yang baca blog ni ada tahu kilang roti bersih tu, cubalah kongsikan kat sini sikit. 6 kilang roti di pulau pinang dah bungkus, 13 lagi kilang tak boleh diharapkan juga, tolong bawak mai satu kilang roti Melayu pulak.. ada ka? fardu kifayah ni oooi! tak kan tak ada kot?
comments:
ya. takkan tak ada kilang roti yg kita boleh harap
suci dan bersih
Masih dok mencari-cari...
Tu la. Melayu masih tak boleh berdikari, walaupun dalam bab makanan. Mengutuk dan mencaci bangsa lain bukan main lagi, tapi benda yang dia makan hari-hari pun (sayur, ikan, beras, tepung) masih kena harap bangsa lain jual. Kalau tidak. tak berasaplah dapur orang Melayu. Contoh paling jelas...musim perayaan Tahun Baru Cina!
Biasanya Melayu buat roti sendiri kot kat rumah...
cuba pula kat taiping, menghala ke -kuala sepetang - bersih dan boleh lihat tempat buat nya. kecil saja
Insyaallah nak cuba beli kat situ bila lalu di Taiping nanti. Terima kasih atas infonya... kalau ada petua yang lebih jelas sikit tentu bagus.
Tak pernah pula nak tgk kilang dengan dekat. Tapi sekali kilang atau kedai tu di label sebagai kotor sekali tu memang takkan pergi selama-lamanya. Kebersihan didahulakan, kesihatan diutamakan.
memang betul tu...
Kamalia Bakery....? di Bkt. Mertajam
Biasa masuk dalam Kamalia dalam kawasan production, tengok ok saja, tapi tak tahulah dari segi perinciannya. Kena pegawai kesihatan yang lebih arif melakukan pemeriksaan baru tahu..