Tiga mangsa bunuh dan kerat anggota di P. Pinang
Timbul persoalan sama ada ia dilakukan suspek yang sama atau merupakan perbuatan 'copy cat' (meniru) penjenayah yang ingin mengabui mata pihak penyiasat.
NIBONG TEBAL, 29 November:
Sebelah kaki manusia dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, kira-kira jam 4 petang Sabtu.
Kaki sebelah kanan itu ditemui tidak jauh dari lokasi penduduk kampung berkenaan menjumpai mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki pada Khamis lalu, yang merupakan mangsa bunuh dan kerat anggota tubuh ketiga di negeri itu dalam masa tidak sampai dua bulan.
"Kaki yang masih dilengkapi seluar jeans itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis. Ia dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing itu," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Wan Hasan Wan Ahmad.
Beliau dilaporkan berkata, kaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.
"Setakat ini, polis tidak dapat memastikan sama ada kaki itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki sebelum ini.
"Kami kena tunggu laporan bedah siasat," katanya sambil meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, pada Isnin 24 Nov lalu, The Rakyat Post turut melaporkan satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui berhampiran tiang di sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
Manakala pada subuh 6 Nov, seorang wanita yang sedang berjogging di Jalan Kebun Bunga terkejut apabila menemui mayat manusia tanpa kepala dan kaki disumbat dalam sebuah beg pakaian, sebelum ditinggalkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah surau di situ.
Bulan sebelumnya pula, beberapa ketulan tulang wanita yang dipercayai dibunuh, dikerat dan dibakar dijumpai pada 1 Okt dalam satu kawasan belukar di Kampung Datuk Keramat, Juru, juga di Pulau Pinang.
Ekoran penemuan tiga mangsa bunuh yang dikerat anggota tubuh dalam tempoh tidak sampai dua bulan di negeri yang sama, timbul persoalan sama ada ia dilakukan suspek yang sama atau merupakan perbuatan 'copy cat' (meniru) penjenayah yang ingin mengabui mata pihak penyiasat.
Jika ia dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama, mungkin pihak polis perlu menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu individu terbabit yang sudah boleh dikategorikan sebagai 'pembunuh bersiri' sebelum penjenayah itu membunuh dan mencincang mangsa lain yang baharu.
Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment