Wednesday, November 26, 2014

Re: RG2014... Pelarian Dibogel, Dirantai, Didera Dalam Sel Tahanan Di Malaysia - Laporan Ekslusif Dari AlJazeera.

 

janganlah bongkak sangat..... Islam ajar kita jadi bongkak ke sampai menghina org seperti binatang....
 
mana perginya nilai2 menyayangi sesama Islam....
 
 

 
2014-11-26 21:15 GMT+08:00 Zack ayohngohh@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Ketana puok nilah kehidupan d negara sendiri jd dlm ketakutan. Puok kita pun ada tapi x sejahat org pendatang. Walau seagama tp x ikut saluran yg sah. Boleh jd spy dll. Bogel jer. Kalu ada org mcm mu duk pikir gitu negara x selamat.

Sent by Takluk Jagat

On 26 Nov 2014, at 15:13, Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 

kita terlalu bongkak dengan nikmat yang kita ada sekarang sehingga sanggup hina seagama dengan kita begitu sekali...
 
bayangkan kalau malaysia di timpa bencana atau perang dan kita terpaksa lari mencari perlindungan ke indonesia dan indonesia layan kita yang seagama seperti binatang.......adakah kita akan terkejut bila kita pun berpikiran begitu?
2014-11-26 9:19 GMT+08:00 Abdul Rahman Sien Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Setuju! mereka juga manusia seperti kita, nk hidup! mereka mencari perlindungan bersebab.. kalu tidak masakan mereka bersusah susah hidup sebagai pelarian di khemah2 dan sebagai nya. "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! itu pertaruhan mereka, untuk hidup!

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Tuesday, November 25, 2014 2:28 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2014... Pelarian Dibogel, Dirantai, Didera Dalam Sel Tahanan Di Malaysia - Laporan Ekslusif Dari AlJazeera.

 

 

janganlah bongkak sangat....mereka pun manusia dan hamba Allah juga....

 

apa mulianya kita nak hina mereka begitu.....

 


 

2014-11-21 20:22 GMT+08:00 Zack ayohngohh@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 

Padan muka. Yg masuk ke Malaysia sgt tu sapa suruh. Aku benci pendatang asing walau seagama pun.

Sent by Takluk Jagat


On 21 Nov 2014, at 10:38, Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 

 

Pelarian Dibogel, Dirantai, Didera Dalam Sel Tahanan Di Malaysia - Laporan Ekslusif Dari AlJazeera.

Thursday, November 20, 2014

 


Mencari maki maka dapat la kau maki.


Dirantai? Digari? Apasal macam sial sangat melayan pelarian yang dah tentu2 terhimpit kat negara sendiri sehingga memaksa mereka menjadi pelarian? Sila saman laporan ALJAZEERA kalau MALAYSIA rasa dia kena FITNAH. 

Tapi. Aku 99% percaya perkara tue berlaku di Malaysia. Aku bukan nak burukkan sangat penguatkuasa negara neh. Tapi. Kalau kau dengar sendiri cerita2 dari wanita2 warga asing yang kena tahan especially dari Indonesia, kau juga takan terkejut jika pelarian menerima layanan buruk kat negara neh. Sesungguhnya, mereka teraniaya dan kita semua tak mampu nak berbuat apa-apa.

Lagipun. Kalau rakyat sendiri pun PENGUATKUASA layan macam GAMPANG. Apatah lagi warga asing dan pelarian.

Lue fikirlah sendiri.

Baca ;

Layanan Malaysia terhadap pelarian menjadi perhatian sekali lagi susulan laporan berita Al Jazeera yang memaparkan keadaan mereka dizalimi dan dieksploitasi di dalam penjara, serta kegiatan rasuah kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam satu program yang masih belum disiarkan di saluran 101 East, penyampai kanan dan wartawan Steve Chao menyamar sebagai seorang paderi bagi mendapatkan akses ke dalam pusat tahanan yang "terkenal" itu di mana ditempatkan pelarian yang ditangkap.

Menurut UNHCR, terdapat 150,000 pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka ke Malaysia, dengan harapan dipindahkan ke negara ketiga.

Bagaimanapun, Malaysia, yang baru-baru ini dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, menolak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 bagi mengiktiraf status pelarian.

Oleh itu, mereka tidak dibenarkan bekerja atau pergi ke sekolah, mendorong mereka menubuhkan pusat komuniti mereka sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka.

Mereka juga boleh ditahan bila-bila masa dan akan ditempatkan di dalam pusat tahanan yang penuh sesak di mana Chao mendapati keadaannya sangat daif.

Laporan itu menunjukkan pertemuan Chao dengan berpuluh-puluh pelarian di pusat itu, ramai daripada mereka dirantai dan digari sementara yang lain ada yang tidak makan beberapa hari.

Beliau juga menemui di sana wanita yang ditahan hanya beberapa jam selepas melahirkan dan juga kanak-kanak, yang merupakan satu pelanggaran Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak.

Pelarian ditahan dalam sel yang sempit sepanjang hari dan beberapa orang mengadu kepada Chao mereka dipaksa bogel di hadapan orang lain dan kemudiannya dipukul, ditampar dan ditendang manakala seorang bekas tahanan memberitahu wartawan Al-Jazeera itu, dia didera menggunakan batang besi.

Walaupun pihak berkuasa Malaysia mengakui terdapat kes penderaan yang berlaku di pusat tahanan, ia menegaskan, keadaannya lebih baik daripada di negara lain.

Chao juga mendedahkan satu perniagaan haram dalam urusan kad pendaftaran UNHCR, diketuai wakil tempatan.

"Semua wang dari aktiviti ini masuk ke dalam poket beberapa orang atasan dalam PBB. Kami sudah lama melakukan perkara ini bersama mereka. Kami pencuri dan kami jaga pencuri yang di atas kami," seorang penterjemah PBB dipetik sebagai berkata.

Misi UNHCR di Malaysia dihujani ramai pelarian meminta bantuan ketika lebih daripada 1,000 pelarian dan pemohon suaka datang ke pejabat mereka setiap hari.

"Kami seperti hospital kemalangan dan kecemasan, bukan hospital umum. Dalam hospital kemalangan dan kecemasan, anda membuat keputusan yang sukar sepanjang masa tentang mendahulukan dan mengutamakan yang paling memerlukan daripada mereka yang memerlukan," kata Richard Towle, yang mengetuai misi UNHCR. – 20 November, 2014.

* Program 101 East 'Malaysia's Unwanted' ke udara Khamis, 20 November pada 2230 GMT (6.30 pagi Jumaat, Kuala Kumpur )

 


___________________________________
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. EY is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.



__._,_.___

Posted by: Judge <hairulndt@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment