Tuesday, February 8, 2011

Re: RG09... Boikot saja hotel di Pahang ni?

 

Salam,

Sekarang nie org Melayu tak semestinya Islam....mintak maap le kalu saya ckp camnie. Mrk lebih pentingkan bangsa dari agama. Ingatlah...kalau perjuangkan bangsa....bangsa tak akan dpt selamatkan kita dari api neraka. Nama mungkin Melayu tapi agama belum tentu. Ada tanya ke penemuduga tu apa agama dia? Kalau dia betul Islam....tindakan dia tu boleh membawa kepada murtad...kalu murtad...menurut Rasulullah...darah dia halal...boleh hukum pancung.....wallahu a'lam.

Ikhsan
H/p:+6019-956 5077

http://aurabisnesmaya.com/
http://www.PakarProdukDigital.com/?aff_id=27917
http://www.PakarSoftware.com/?aff_id=27917



From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, February 8, 2011 7:27:35 PM
Subject: Re: RG09... Boikot saja hotel di Pahang ni?

 

oh pahang negeri ku.,,.kalau mat kilau hidup lagi dia mesti sakit perut ketawa geli hati ... hi hi hi

2011/2/8 hairan siti mutiah <ctmutiah@yahoo.com>
 

Kesalahan diampunkan... (Salah dunia, yg akhirat... Allahuaklam...)
 

Anda ada masalah Tekanan Darah Tinggi, Diabetis, Eczema, Athma, Kanser, Gastrik, Resdung, Back pain, pressure dll .... klik di sini... http://www.rahsiapendapatan.net/sitimutiah. @ http://www.bisnesajaib.com/sitimutiah/ Jus Manggis Insya Allah Membantu Anda....

 

Siti Muti'ah binti Hairan
Kajang, Selangor

019-3132274




From: "Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com" <Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com>Sent: Tuesday, February 8, 2011 16:57:24

Subject: Re: RG09... Boikot saja hotel di Pahang ni?

 


ala, dlu ada kes perempuan di tangkap minum arak di pahang gak... pe kesudahan nya?
(klu ada hukuman tlg maklumkan)




Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

02/08/2011 04:36 PM


To
respeks_group@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: RG09... Boikot saja hotel di Pahang ni?







 

Salam,

saya rasa pengurusan hotel tu dah tau apa yang perlu dia buat. dia percaya tiada siapa akan ambil tindakan walau apa yang dia nak buat. Dia dah tau suasana di Malaysia Islam tu hanya untuk nikah dan kematian je. Tidak ada apa perlu dirisaukan, orang Islam atau Melayu di Maqlaysia tak boleh nak buat apa. habis bising camtu jelah.




From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Tuesday, 8 February 2011 14:55:08
Subject:
RG09... Boikot saja hotel di Pahang ni?



Boikot saja hotel di Pahang ni?
Posted on Monday, February 07 @ 01:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh
Juragan

Oleh: amkns

"

Apa susah, orang Melayu yang mengaku Islam BOIKOT saja hotel di Pahang ni, atau mana-mana hotel yang berperangai sama. Parti dan persatuan Melayu pun patut BOIKOT hotel macam ni. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan mereka. Banyak hotel lain, resort lain, homestay lain boleh duduk , boleh kerja.

Sumber dari
Pahang Daily
Monday, February 7, 2011

Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam


KUANTAN, 7 Feb [11.05 am]
- Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini.

Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt".

Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu).

Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali.

Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian.

Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri.

Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu.

Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN.

Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini.

Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya]."

 
Forum : respeks
Facebook :
respeks
Weblog :
respeks_group
Weblog higoat :
Mr_higoat
Daftar Ahli Online :
Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia :
Senarai ahli











----------------------------------------------------------
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. Ernst & Young is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment