Wednesday, February 9, 2011

Re: RG09... Mohon penjelasan

 

Akad nikah dalam masjid tu adalah sunat
takkan nak larang pulak
 
Perkara-perkara yang tak elok tu hendaklah dijauhi samada dimasjid atau ditempat lain
Agama tu bukan kat dalam masjid ajer
 
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2011/02/kerja-kerja-pembangunan-diteruskan.html

--- On Wed, 9/2/11, Zamri md.hairul <zamribenut@yahoo.com.my> wrote:

From: Zamri md.hairul <zamribenut@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG09... Mohon penjelasan
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 9 February, 2011, 4:14 PM



ASSALAMUA'LAIKUM..
 
klu kita takut perkara2 yang boleh memudaratkan kesucian masjid atau surau lebih baik kita
hindari daripada nikah di masjid atau surau..kadangkala kita susah untuk menegur saudara-mara
baik sebelah pengantin perempuan atau lelaki...
dlm Islam ada mengajar klu kita was2 baik kita jgn lakukannya.
menghindari lebih baik dari mengubati...
KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SEBENAR....


From: bluehyppo <pentium9530@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 9 February 2011 12:34:07
Subject: Re: RG09... Mohon penjelasan

 
Salah satu panduan untuk mendapatkan keberkatan Allah dalam rumahtangga adalah melaksanakan akad nikah di tempat yang mulia seperti masjid dan surau. Kerana di dalam masjid penuh dengan barakah,rahmat dan hidayah...ini ada benarnya..perhatikan pasangan yg bernikah sorok2 di tempat tersembunyi,akhirnya bermacam masalah timbul di kemudian hari..

Namun,adab bernikah di masjid perlulah dipatuhi..antaranya perlu lakukan solat sunat tahyatul masjid ketika memasuki masjid. Pengantin perempuan dan tetamu yg hadir mestilah dlm keadaan suci dari haid dan dlm keadaan bersih..pakaian tiada najis. Jika haid,pengantin perempuan dilarang memasuki masjid. Biasanya di masjid ada ruangan luar..duduk di situ sudah memadai.Begitu juga dgn tetamu (lelaki/perempuan) yg tidak suci pakaiannya dilarang memasuki masjid kerana dikhuatiri mencemarkan tempat solat.Perhatikan ada wanita yg memakai kain yg labuh sehingga boleh mengambil alih tugas tukang sapu untuk menyapu lantai2..bahagian kaki kainnya kotor,ini tidak seharusnya memasuki masjid..dikhuatiri mengotori ruangan solat..

Tetamu lelaki dan ppuan juga tidak boleh bercampur. Perlu diingat,ini adalah masjid..adab dan kesuciannya perlu dijaga..bukanlah dilarang terus utk bernikah di masjid.


From: mohd fauzi ge <ge_9558@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 9 February 2011 10:31:56
Subject: Re: RG09... Mohon penjelasan

 
klau kt masjid syaitan xbleh nk ganggu kita masa nk akad ... saya dgr cmtu la.. klau kt umah org bleh nk test ilmu depa nk bg pengantin xleh nk lafas 


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: oom_guanteng@yahoo.com
Cc: PerisikRakyat@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 5 February 2011 14:56:04
Subject: RG09... Mohon penjelasan

 
Assalammualaikum,
 
Saya perlukan penjelasan tentang suatu perkara.
 
Saya mendengar dengan telinga saya sendiri suatu ucpan daripada seorang yang bergelar Iman (Tok Kadi) sewaktu menghadiri majlis akad nikah. Menurut pandangan Tok Kadi, Adalah tidak sesuai majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid, ini berdasarkan antaranya..
 
1.    Nabi tidak pernah melakukannya (menikahkan sahabat di dalam masjid).
2.    Majlis akad nikah perlu memathui peraturan yang ditetapkan ketika berada di dalam masjid
       i.    mendirikan solat sunat masjid.
      ii.    bersih daripada hadas besar dan kecil (berwuduh) bagi semua hadiri.
      iii. memasang niat ihtikaf di masjid.
 
Berdasarkan perkara-perkara tersebut makan Iman (Tok Kadi) menyatakan ketegasannya bahawa bernikah di masjid tidak sesuai dan ebih baik di rumah sahaja.
 
Bagaimana pula pandangan Ustaz dalam hal ini?







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment