Wednesday, April 27, 2011

Re: RG09... Tanya Pendapat dan Pandangan Korang Semua

 

Tak boleh lah pasang perangkap kat si B... berdosa lah buat gitu naya je dia kena tangkap basah... kalau sesiapa lelaki yang buat gitu... memang tak de rasa sayang langsung pada perempuan.  Apa macam budak kecik je kalau nak ikutkan sangat perasaan.  Nak si B... buat apa saja asalkan dapat... very selfish tak memikirkan maruah si B nanti kena tangkap khalwat... kena fikir dia ada keluarga... keluarga dia tak malu juga ke... lagi buatkan si B sakit hati.
 
Tak boleh le terus je nak hantar pinangan kalau si B tak sudi.. nanti tak ke malu mak ayah datang meminang kena reject... lagi pun cinta tak boleh paksa... tak maksud dah kahwin nanti ada cinta... tak semua gitu... ada yang kahwin anak dah ramai tapi perasaan cinta tak timbul timbul... dalam hati kekosongan.. nak ke isteri yang tidak mempunyai apa apa perasaan terhadap suaminya... dalam perkahwinan tak boleh memaksa...


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, April 27, 2011 2:06:59 PM
Subject: Re: RG09... Tanya Pendapat dan Pandangan Korang Semua

 

dah x releven dah skang ni,bang... dulu tangkap khalwat kena paksa kahwin... sekarang di kalau kena tangkap khalwat bayar 400 aje.. lepas tu lepas... benda ni br je terjadi kat kg aku. rasa mcm x puas ati je... org kg dh x tahan tgk perlakuan mereka ni, ingatkan kasi nikahkan aje. last2 abih gitu je.... yg lelaki tu buat macam takde benda2 berlaku je...
 
JO 9 D



From: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tue, April 26, 2011 7:14:33 PM
Subject: Re: RG09... Tanya Pendapat dan Pandangan Korang Semua

 

Kalau si B tak mau, senang je. Pakat dengan 3-4 orang kawan, si A pergi jumpa si B, lepas tu suruh kawan-kawan tu tangkap khalwat, telefon pejabat Agama, minta penguatkuasa datang cekup dan dakwa berkhalwat.

Cara ini boleh mengelakkan dari membayar duit hantaran. Sediakan duit mas kahwin, duit upah nikah dan saksi sahaja. Lagi untung. Kenduri kalu nak buat lebih kurang pun ok apa. Jimat belanja lagi.


para_jump101




From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 26, 2011 5:17 PM
Subject: Re: RG09... Tanya Pendapat dan Pandangan Korang Semua

 
Setuju dengan sue.. apa nak fikir sangat... pi ler merisik dan terus bertunang, cukup sebulan kahwin jer... bahagia atau tidak serahkan jer pada tuhan, kalau dah jodoh tak ke mana punya... insya-Allah.. perasaan sayang akan timbul juga selepas perkahwinan, yakin dan berserah kepada tuhan.. kalau masih was-was.. lakukanlah sembahyang sunat istikarah... atau selepas solat fardu berdoa jer agar dapat jodoh yang baik... jangan dok fikir dia suka ker atau tidak... Allah berkuasa untuk membalik-balikkan hati hambaNya. Dari benci kepada suka atau suka kepada benci... apa tunggu lagi.. teruskan...


From: sue sweet7 <suesweet7@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 26 April 2011 11:40:54
Subject: Re: RG09... Tanya Pendapat dan Pandangan Korang Semua

 
jodoh pertemuan ditangan tuhan.....wajibkah bercinta sebelum kahwin???

2011/4/25 Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
Apa kabar sahabat group sekalian.
 
Saya bagi pihak kawan saya (saya guna nama A utk kwn sy), nak tanya pendapat dan pandangan korang semua, begini ceritanya.
 
A ada berjumpa balik dgn kawan wanita dia nama B pada zaman sekolah mereka dulu, mereka sebaya just lain clas je dan juga mereka 1 Mukim di kawasan mereka just lain kampung je. Dulu mereka tak berapa rapat. Mereka berdua pernah putus cinta.
 
Saya dimaklumkan, Si A ni dah mula berkenan dan suka pada si B selepas 10th mereka tak berjumpa. Si A ada nyatakan hasrat hatinya pada Si B utk mengenali B lebih dari seorg kawan. si B faham hasrat hati si A, jadi B bersetuju. Masalahnya si B bgtau si A, jangan mengharap sgt sbb takut si A terluka dan kecewa. si A tnya pendapat saya mcm mana nak pikat dan mengorat si B. Si B ada bgtau dia tak suka dipaksa terima sesiapa, biarlah hati dia sendiri terbuka blh terima sesiapa pon.
 
Utk pengetahuan Si B skrg ni mengajar di salah satu daerah perdalaman di sabah, dah 3th B di sana. Si A ni serius nak kan Si B.
 
Dia nak tau mcm mana nak memikat si B, cara memikat dll. A  ni ada alamat sekolah B bekeja. kawan2 sekolah dan cikgu2 yg pernah mengajar mereka, kenal mereka berdua. Saya ada cadangkan hantar je bunga pada B di sekolahnya di sabah. 3-4 jam perjalanan dari Kota Kinabalu.
 
Apa cara terbaik utk si A menambat hati B. Si A dah mcm kena angau. Si B buat selamba je, cam xde perasaan. B kata jika ada jodoh x ke mana. A nak biar B jatuh cinta dan sayang pada dia tp xtau caranya.
 
Harap kekawan dapat membantu dan menyatukan hati dua insan utk mendirikan rumahtangga. Moga niat baik kita perolehi pahala.

()"" ' ) Nakhai'e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com/
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.



--
Sila berkunjung ke...
http://www.hobbykidskiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian untuk bayi dan kanak-kanak.
http://anggunayukiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian wanita
http://serianggunkiosk.blogspot.com// pelbagai produk penjagaan diri
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net/"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com/

.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment