Saturday, April 2, 2011

RG09... Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

 

 
Sebagai Perdana Menteri Najib lebih bijaksana berbanding ramai pemimpin dan pecacai PAS di luar sana yang hanya pandai berkokok, melihat hanya dari satu sudut apabila berhujah.
 
Mustafa, ADUN Lenggeng memang sah didapati bersalah oleh mahkamah tetapi beliau masih boleh untukm membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Ini tentunya memakan sedikit masa.
 
PAS tak perlu tergesa-gesa untuk menjadikan kes ini sebagai isu baru untuk menghentam UMNO-BN sebab BN tidak mempengaruhi mana-mana pihak khususnya Hakim dalam membuat hukuman. Hanya penyangak yang berniat jahad dan hasad sahaja yang berani membuat tuduhan kotor sedemikian.
 
Kita perlu pertimbangkan the due proces of law kerana jika Mustafa dapat membuat rayuan dan jika perkara itu terjadi dan beliau pula dibenarkan berbuat demikian, beliau tentunya berpeluang untuk membela dan mempertahankan diri sekali lagi. Itu adalah hak Mustafa disegi perundangan.
 
ANWAR SENDIRI MENIKMATI PROSES YANG SERUPA TERMASUK MELAMBAT2KAN PERBICARAAN KES MELIWAT SAIFUL. Justeru, biarlah proses MAHKAMAH tersebut berakhir barulah kita boleh mengesahkanj hukuman yang setimpal.
 
Menurut SPR, Pilihanraya Kecil akhibat kematian atau kekosongan kawasan pilihanraya DUN atau Parlimen akhibat keputusan mahkamah tidak akan BERLAKU selepas bulan Mei 2011. Oleh itu PAS tidak berpeluang untuk meletakkan calon di DUN Lenggeng sebelum PRU13 dan menggunakan musibah yang menimpa Mustafa sebagai peluru dan bahan kempen.
 
Jangan cuba paksa PM buat keputusan bodoh yang boleh menjerat beliau dan kerajaan melakukan kesalahan dari segi undang-undang dengan menyuruh Mustafa mengosongkan kerusi. Harakah dan PAS tidak sepatutnya menyalak menyuruh perkara yang bukan-bukan kerana akhirnya kita rakyat sebagai pembayar cu7kai jugta yangt akan menanggung kos samanj-menyaman...
PAS jelas gagal mencipta isu baru kerana ISU VIDEO SEKS pemimpin pembangkang telah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara. Rakyat menuntut kejujuran para pemimpin PAS, desak diwujudkan seger4a Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan kes video lucah tersebut.
 
Jika dibandingkan dengan kes rasuah Mustafa.. saya percaya ia tidak akan menjadi kudis kepada Barisan Nasional malah ia menunjukkan betapa Kerajaan BN pimpinan UMNO dan Najib memang bersungguh-sungguh memerangi rasuah.
 
Syabas Najib. Anda telah membuat kenyataan yang betul.
 

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; melayu-trade@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com
Sent: Sat, April 2, 2011 11:02:57 PM
Subject: RG09... Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

 

Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

Harakahdaily   

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.

Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.

Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.

"Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.

Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.

"Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat.

"Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?" soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

"Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik," tegur beliau.



--

Sebagai

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment