Friday, April 1, 2011

RG09... Hebatnya kasih seorang ayah

 

Hebatnya kasih seorang ayah.


Assalamualaikum WBT,

Hari ini flight ke Bandung akan berlepas pada jam 12.OO tengahhari. Tetapi lelaki dalam gambar ini (sahabat saya) terpaksa membatalkan hasratnya utk pergi bersama keluarganya ke sana. Anaknya (seperti dalam gambar) disyaki mengidap paru-paru berair setelah diperiksa oleh doktor di sebuah klinik. 

Doktor mulanya mengarahkan membuat pemeriksaan dihospital. Tapi membenarkan untuk travel dulu dan sekembalinya ke Malaysia mesti dibawa terus ke hospital. Akan tetapi naluri kebapaan yang begitu kuat menybebabkan beliau tidak senang hati, malam tadi terus sahaja membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun bakal berdepan risiko yang anaknya terpaksa ditahan diwad dan tripnya untuk ke Bandung hari ini mungkin dibatalkan, namun dia redha. Biarlah rugi sedikit daripada melihat anaknya sakit.

Nah, benar telahanku. Doktor di hospital menasihatkan agar anak kecilnya tidak dibawa bersama ke Bandung. Walaupun tidak berapa kritikal namun pemerhatian lanjut perlu dilakukan. Dan kerana hebatnya kasih seorang ayah, dia akur dengan keputusan doktor dan akan menghabiskan masa diwad bersama anaknya mungkin sepanjang tempoh isteri dan anak-anaknya yang lain berada di Bandung. Takpelah, lain kali boleh pergi lagi. Syabas Abu Zaki Bin Yahaya. 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment