Wednesday, April 27, 2011

RG2011... Fw: TELOR TUNTUNG DI PASIR SUNGAI TELOK BAKONG.

 


TELOR TUNTUNG DI PASIR SUNGAI TELOK BAKONG.

telokbakong
 
TUNTUNG.
 
Unjuran pasir sungai dari Tebing Lamah hingga ke Pucuk atau menghala keseberang Bakong.Disini juga dipanggil atau ditempatkan Padang Kerbau (Padang Koba Tebing).
 
Pandangan dari hujung hamparan pasir sungai ke arah tanah tebing Bakong dan tempat unjuran pasir ini di panggil Pucuk (ara licin) iaitu pulau menghala serta bertentangan dengan Tanah Abang.disebelah darat (air mati)..

Masa dulu sepanjang pasir yang memutih terbentang ini terdapat musim tuntung bertelor dan kebiasaannya dalam bulan Oktober hingga Januari setiap tahun. Tuntung banyak singgah di pasir sungai ini untuk bertelor, spesis reptilia keluarga kura-kura dan penyu ini naik kepasir dan bertelor diwaktu malam. Ramai warga Telok Bakong bertuntung (mengendap dan menunggu tuntung naik di waktu malam). Adakalanya dikalangan mereka-mereka ini yang bertuntung membina pondok kecil sementara bagi menunggu tuntung naik bertelor disebelah malam. Tuntung banyak bertelor sebelah awal pagi membawa ke subuh kerana suasana sunyi dan tiada gangguan dari musuh-musuhnya.Terjadi juga di kalangan penduduk tertangkap tuntung jantan dan sehingga sianglah mereka tak beruntung menunggu tuntung jantan yang tak akan bertelor.

Tuntung dewasa matang ketika berusia 10 hingga 12 tahun dan jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 100 tahun.Pada awal musim pembiakan, kebanyakan tuntung mengawan di kawasan berhampiran pantai tempat bertelur. Seekor tuntung betina boleh bertelur antara satu hingga dua kali sepanjang musim. Bilangan telur dalam satu sarang pula antara 30 hingga 37 biji, jumlah itu akan berkurangan pada kali kedua iaitu antara 15 hingga 20 biji dan kebiasaannya melebihi sebiji,.Kalau mengikut pengalaman salah seorang orang lama Telok Bakong ada kalanya tuntung ni bertelor diluar musim tapi amat jarang.Telor tuntung ini tidak boleh banyak dimakan kerana akan cirit biritlah si pemakannya. Kalau merebus telornya pula sebagaimana kita merebus telor ayam tapi bezanya lendir putih telornya tak akan keras walau berjam-jam merebusnya. Telor tuntung juga kerap dibuat telor masin kerana ia tak tahan lama disimpan.Mengesan kawasan telor tuntung di kawasan pasir juga perlukan kemahiran dan pengalaman, ramai dikalangan warga lama Telok Bakong dahulu mahir mengesan lokasi telor tuntung pada musim tuntung bertelor. Jenerasi muda sekarang dah tak dapat melihat tuntung-tuntung ini bertelor lagi di tepian pasir tersebut, malah nak melihat pasir memutih pun dah tak wujud lagi.
 
Pusat Tuntung Bota Kanan.
 
Kini kelihatan pasir-pasir yang dahulu memutih telah berubah wajah dengan ditumbuhi rumput-rumput serta aliran air sungai yang tidak begitu dalam sebagaimana dahulu, jika suasana sungai yang kelihatan hanya pada musim kemarau sahaja dan pasir-pasir tersebut tidak pun ditumbuhi oleh rumput-rumput hijau sebagaimana sekarang. Zaman dah berubah, sejajar dengan perubahan aliran sungai yang semakin kering serta tidak kedengaran lagi kemeriahan bertuntung di pasir sungai ini sebagaimana ketika di zaman 60an dulu.

http://aisbatu.blogspot.com/2010/12/telor-tuntung-di-pasir-sungai-telok.html

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment