Monday, June 27, 2011

Re: RG2011... Berjayakah kempen boikot Astro?

 

Berjaya atau tidak untuk BOIKOT atrro bergantung kepada pengguna keseluruhan, kalau hanya sebahagian sahaja yang boikot, ramai yang buat tak tau je, tak da makna...

SAC Dato Isa Munir
Royal Malaysia Police
Bukit Aman
Kuala Lumpur


On 27 Jun 2011, at 23:13, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:

 

Berjayakah kempen boikot Astro?

Assalamualaikum WBT,

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan kempen boikot Astro dengan satu kenyataan media yang telah dikeluarkan disini.

Persoalannya.. Mampukah kita berbuat demikian?

Faktor utama pemboikotan itu dilakukan adalah kerana tidak berpuashati dengan Astro menaikkan harga bil walaupun mendapat bantahan dari penggunanya sendiri. Bagi saya secara peribadi, Astro bukanlah sebuah syarikat kebajikan dan penubuhannya adalah kerana ingin mencari keuntungan pada asasnya. Sebagai sebuah syarikat keuntungan adalah perkara utama dan itulah tujuannya pun.

Walaupun kadar yang dikenakan boleh dikatakan tidak munasabah kerana siaran yang ada akan diulang-ulang, tetapi sebagai pengguna yang membayar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, kita berhak untuk membatalkan langganan kita. Maknanya tiada paksaan disini. Di sini kita gunakan pula hak kita sebagai pengguna.

Jika tiada Astro pun, kita tidak akan ketinggalan untuk menerima maklumat-maklumat terkini dan sedikit pun tidak rugi. Langkah PPIM menggesa untuk memboikot Astro adalah satu langkah 'menggertak' pada kaca mata saya supaya Astro dapat berfikir kembali tentang kenaikan harga yang telah diumumkan. Namun, saya kurang yakin dengan keberkesanannya kerana Astro bijak memancing rakyat Malaysia dengan hiburan yang tak sudah-sudah dan telah berjaya menarik minat semua peringkat usia.

Cadangan untuk tidak membayar bil Astro selama 3 bulan berturut adalah satu perkara mengarut kerana akan membebankan kembali pemilik akaun tersebut. Boleh ke PPIM tampil membantu jika surat lawyer datang untuk menuntut hutang?

Apa yang perlu dilakukan oleh PPIM sebenarnya ialah kempen mengumpul ahli dan pengguna Astro untuk menamatkan terus langganan mereka. Kumpul seberapa banyak pengguna Astro yang ingin turut serta dan berarak beramai-ramai ke pejabat Astro untuk menamatkan dan menyerahkan kembali kad Astro. Insya Allah saya akan turut serta.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment