Thursday, October 27, 2011

Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

Salam Sahabat,
 
Nampaknya saya setuju dengan semua pendapat di dalam ruangan ini. Kita sesama manusia tidak dibenarkan menghina atau menggelar atau memalukan sesama sendiri. Tetapi kita kena hormat dan patuh hukum Allah. Kalau pembuat maksiat iaitu orang yang melanggar hukum Allah mengeluarkan kata-kata yang memperlekeh dan menghina hukum ALlah. Adakah kita nak biarkan supaya orang lain terpengaruh dan ikut sama menghina hukum Allah. Terutamamya bagi golongan Islam baka atau yang cetek ilmu agama Islam dan tidak mahu belajar atau tidak menggalakkan untuk mempelajarinya. Tidak tercabarkah iman orang Islam yang hendak menghayati Islam melihat hukum Islam diperlekehkan oleh sijahilliyah moden ini. Cara menegur seseorang pembuat maksiat ini ada bermacam-macam cara. Ada cara lembut dan ada cara memeranginya seperti pada zaman Nabi s.a.w. dahulu. Kita wajib patuh perintah Allah di dalam al-Qur'an. Contohnya menutup awrat. Percaya Kitab al-Qur'an itu salah satu daripada 6(enam) rukun  iman. Kalau kurang satu sama dengan 0(sifar). Bukan 6 tolak 1 samadengan 5. Bukan macam matematik biasa. Ini matematik Aqidah.
 
Jadi, kita wajib percaya dan imani perintah dalam al-Qur'an. Sudah lupakah wajib beriman dengan al-Quran? Bagaimana mengImani perintah al-Qur'an?  1.Percaya disebut dengan lisan. 2.Ditasydidkan di dalam hati. 3.Diamalkan dengan perbuatan yang ikhlas. Kalau kurang satu maka tidak sempurnalah iman. Jadi, tak sempurnalah Aqidah mereka. Beginikah aqidah Amri, Noraida dan Nor Azlin? Tepok dada tanya diri sendiri "dulu pelajaran agama Islam ku bagaimana?" "sekolah agama kafa sampai darjah enam tu memadai kah?" atau spm atau matapelajaran tak penting di universiti...bagaimana?
 
Islam itu persaudaraan. Kalau kita lihat saudara kita buat maksiat/dosa. Adakah kita nak biarkan dia sedar sendiri. Itu pun kalau sempat. Kalau tak sempat?    

From: amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
To: RG09 group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 28 October 2011 8:48 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

 
Salam sahabat,

Saya amat setuju tentang nasihat dari sdri Noraida dan Nor Azlin.

Memperli, memperolok olok, mengejek, menghina memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang lain secara terang terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat di larang oleh Allah.Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaiknya sebagai orang Islam kita sepatutnya hidup saling hormat menghormati, bantu membantu dan tolong menolong.Maka apabila mendengar celaan, kita sepatutnya berusaha menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun sesorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan satu hari ini dia di beri hidayah dan taufiq oleh Allah dan bertaubat dan taubatnya di terima Allah.Sedang nasib kita belum tahu lagi.Hari ini kita rasa dah baik esok entah macam mana.Allah boleh pesongkan hati kita dan jadi lebih teruk dari orang yang kita cela.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: " Sesiapa yang menolak kata kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (HR Ahmad dan Tarmdzi)


Wallahu'alam.


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: noraida.kl@gmail.com
Date: Fri, 28 Oct 2011 01:11:27 +0800
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

 
Salam Ukhwah,

Saya setuju sgt dgn pandangan nor azlin .Kita x boleh menilai org dari luaran saje.Islam x ajar kita menghina org, berdosa kita mengata org wp perkara itu benar.Tkut anak n cucu kita kelak lagi teruk dari mereka.Kita patut berdakwah secara hikmah bukan aje pd org kafir tp lebih penting org yg Islam yg ramai dah rosak aqidah mereka. Pertama kene dakwah pd anak isteri kita dulu.Tu wajib, kalau tidak nak masuk syurga esk pun susah.Kemudian pd keluarga terdekat d sekelian umat Islam di sekeliling kita x kira saudara ataupun  tidak kerana kita ni semua adalah khalifah Allah di muka bumi ini.Kemudian pada pemimpin kalu mampu. Berdakwah yg paling baik dgn memberi contoh tauladan sbgai Practising Muslim sebaik mungkin, dari tingkahlaku, tutur kata kita d yg penting amalan d cara hidup kita yg melambangkan Islam sebagai Addin.Cara kedua mendidik , menegur sapa, melarang maksiat dgn lisan secara hikmah mcm yg dilakukan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.Yg ketiga kalau semua itu x jalan. Kita boleh mengangkat tangan selepas solat 5 waktu mohon Allah Memberi taufik d hidayah pd mereka yg masih belum sempurna Iman mereka termasuk anak isteri/suami dan juga pemimpim kita.

Jangan pasal x pakai tudung dah pandang hina.Ya, menutup aurat itu wajib, dia jwblah esok pd Allah Subhanahuwa taa'la. itu dosa dia pd Allah bila2 masa dia boleh minta ampun d hanya Allah yg boleh memberi dia taufik d hifayah. siapalah kita nak menghina d menuduh org mcm2. Takut2 esok kat padang mahsyar, kita ingat byklah pahala kita, tiba2 tgk muflis rupanya.Salah satu sebab kita boleh muflis kerana dosa mengata org x boleh diampun oleh Allah tp kita kena mintak ampun dgn tuan punya diri sama spt utang dgn org tp x bayar tub2 meninggal kita.

Jadi sy nasihatkan kurang2kanlah segala sifat2 d perbuatan yg akan merugikan kita di alam akhirat nanti.Hidup di dunia hanya sebagai jambatan kita menuju pd hidup yg kekal abadi di akhirat kelak.

Sy minta maaf kalau sy menyinggung perasaan sesiapa. sy x berniat nak melukakan hati sesiapa. Sekadar nak ingat megingati sesama saudara Islam yg sy cintai.Walau sejahat d seteruk mana hamba2 Allah yg sy temui sy cuba tidak menghukum sebaliknya sy cuba mendampingi d tunjuk contoh tauladan yg baik  disamping berdakwah secara x lansung d akhir sekali berdoa pd Ilahi.Hanya Dia mempunyai kuasa mutlak dlm isu hidayah ini.

Sy bukan org berilmu tinggi dlm hal agama. Tapi apa yg sy tahu sikit2 sy cuba amalkan secara istiqmah d alhamdulillah sy nampak kesannaya dr dlm keluarga, saudara mara terdekat d juga pembantu rumah sy yg bukan beragama Islam dah mula berjinak2 dgn Islam.

Harap maaf sekali lg kerana berleter untuk  kebaikan bersama.

Salam ukhwah dari hamba yg hina ini.



2011/10/27 nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Jangan menghina dan mempersenda perempuan yang belum bertudung. Akidah dan iman dua perkara berbeza. Selagi bernama Islam, selagi itu kasih sayang Allah swt tetap ada. Bila-bila masa boleh mendapat petunjuk dan hidayah yang akan meningkatkan lagi keimanan. 

Juga tak semestinya yang bertudung itu kekal bertudung dan masuk syurga. Akidah masih boleh tergugat...nampak macam kuat iman tapi di sebalik tudung rupanya ada salib. Bukan perkara baru....

Lagipun siapa la kita untuk mengatakan orang yang ini lebih tinggi imannya, dan yang itu rendah imannya....kita tidak layak. Nilai keimanan seseorang manusia hanya Allah sahaja yang mampu menilai sebab ia himpunan pelbagai faktor luaran dan dalaman.  

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 27, 2011 12:43 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

Kena bagi tau kat puak2 umno baru... Pigidahhh!!!
 

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 25 October 2011 1:22 PM
Subject: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

 
----- Original Message -----

HIMPUN : bagaimana dengan Aqidah mereka ini !

MUSLIMEEN UNITED

Himpunan sejuta umat untuk memperbetulkan Aqidah, bagus, tapi jangan jadi saperti pepatah melayu ' kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata buta'. apa kah mereka, gambar dibawah ini Aqidah nya sudah mantap. minta jawatankuasa HIMPUN jumpa mereka ini dan betulkan Aqidah mereka kerana mereka isteri pada pemimpin, contah dan tauladan.
shahrizat, jambul tersembul terkeluar

comel dengan rambut sejemput dan mengerbang

peserta HIMPUN, rambut tak ditutup

bagus kerana turut serta dlm HIMPUN, doakan supaya dia berubah dan bertudung.

cantik dan cute

tak tahu lah penulis nak katakan, hebat sungguh Aqidah anak pemimpin yg hampir runtuh .
 








No comments:

Post a Comment