Thursday, October 27, 2011

Re: RG2011... Rakyat lembah kelang bakal mati kekeringan.

 

yang risau air takda pakat pakat buat kolam ke perigi ke atau beli tempayan untuk tadah air hujan. atuk nenek kita dulu mandi air kolam pun ada yang panjang umur sampai sekarang.yang tak kisah kita sama sama doa agar air dlembah klang habis bila kiamat dah tiba so kita tak perlu belanja lebih untuk air. kalau saybas betul betul yakin pada apa yang diungkap tak kan takda cara lain.


From: hafsah una <una83_jinggo@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 27 October 2011 12:47 PM
Subject: Re: RG2011... Rakyat lembah kelang bakal mati kekeringan.

 
masih nak menang ke beb?????
xpe la... aku bg la ko menang kt dunia nie...
hihikkk... nnt kite tgu kt mahkamah akhirat padang mahsyar...
amik la beb nak kate sgt kt org selangor nie...
kwn2 seangkatan yea kn aje ler.....


From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 25, 2011 2:12 PM
Subject: RG2011... Rakyat lembah kelang bakal mati kekeringan.

 

Rakyat Lembah Kelang Bakal Mati Kering Disebabkan Kerakusan Khalid Ibrahim

Dengan menjadikan alasan tidak mahu sebilangan orang mendapat keuntungan besar hasil pembinaan loji Sungai Langat 2, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak akan tunduk kepada tekanan Putrajaya agar projek Loji Pembersihan Air Sungai Langat 2 dipercepatkan. Sebabnya, kata Khalid, bekalan air bersih di seluruh Lembah Kelang mencukupi.
Bagaimanapun, Khalid Ibrahim yang ilmu merapunya diperolehi daripada tunjuk ajar Teresa Kok dan DAP, cuba meletakkan beban kesalahan kepada SYABAS, salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor bagi sebarang kesulitan yang akan dihadapi oleh penduduk seluruh Lembah Kelang.
Alasan Khalid sangat mudah, Lembah Kelang tidak akan mengalami masalah air bersih sekiranya SYABAS menjaga dan memastikan loji pembersihan air berada dalam keadaan terbaik. Dan kerana itu, Khalid Ibrahim telah menugaskan dua buah firma audit untuk membuat audit terhadap SYABAS bagi memastikan loji rawatan air SYABAS berada dalam keadaan baik.
Khalid Ibrahim dalam kenyataannya, turut membidas SYABAS kerana gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) ke tahap yang paling rendah. Sebaliknya dia berkata, bekalan air  mentah ke tujuh-tujuh buah loji sebenarnya jauh lebih mencukupi seandainya SYABAS pandai menjaga aset mereka.
Jenuh jugalah Menteri Besar Selangor itu bertaici semata-mata untuk menyelamatkan kroni-kroninya yang berkepentingan dalam hal ini. Umum mengetahui, Khalid Ibrahim mempunyai pelbagai rancangan 'terbaik' untuk menyelamatkan kroni-kroni dan konco-konconya daripada gagal memperolehi kek ekonomi yang besar.
Terbukti apabila Khalid Ibrahim akur dengan nasihat supaya menarik kembali kontrak yang telah diberikan kepada Alam Flora Sdn. Bhd. bagi memastikan konco-konco atau penyumbang dana utama Pakatan di Selangor memperolehi kontrak berkenaan.
Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor, terutama sekali Ronnie Liu dan Teresa Kok pastinya mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam pembekalan air Selangor apabila dari awal lagi mereka berusaha untuk menghapuskan SYABAS. Kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor Kepada Rakyat' merupakan antara kempen yang dijalankan secara giat. Dan dalam kempen itu jugalah menunjukkan bagaimana Teresa Kok dan Ronnie Liu selain Khalid Ibrahim mencuri sebahagian besar daripada peruntukan RM120,000 yang akhirnya didedahkan telah mencecah RM336,130.59.
Laporan audit mendapati Khalid Ibrahim yang mempunyai kepentingan dalam Dmacriz Communication Sdn. Bhd dan Thingumagic mengambil lebih dari RM120,000 manakala Teresa Kok pula membuat tuntutan peribadi berjumlah RM67,342.20.
Kerap kali keputusan dan retorik yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sebenarnya banyak merugikan rakyat Selangor. Tidak cukup dengan itu, Khalid Ibrahim dan barisan Exconya banyak membazirkan wang rakyat Selangor dengan projek-projek yang tidak pun memberikan sebarang kepentingan kepada rakyat Selangor, sebaliknya lebih bersifat mencuri dana untuk pembiayaan aktiviti Pakatan Rakyat di seluruh Selangor.
Namun satu perkara yang harus diperhatikan ialah bagaimana bijaknya Khalid Ibrahim memindahkan tanggungjawabnya kepada pihak lain dalam usaha untuk berlepas tangan dan enggan dipersalahkan. Contoh terbaik ialah dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama dengan JAIS. Khalid Ibrahim yang sedar, seluruh pandangan umat Islam khususnya di Selangor terarah kepadanya, melepaskan tanggungjawabnya membacakan laporan JAIS dan membiarkan DYMM Sultan Selangor yang menerima natijahnya atas alasan Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam Selangor.
Dan perbuatan Khalid Ibrahim itu, mengundang kecaman terhadap DYMM Sultan Selangor yang hanya bertitah berdasarkan laporan JAIS, malah nasihat baginda pula dianggap sebagai melanggar peraturan atau Perlembagaan sepertimana yang dituduh oleh Aziz Bari.
Yang pastinya, penduduk di Lembah Kelang akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar iaitu kekeringan dan kehausan kerana bekalan air bersih akan mula dicatu memandangkan pertambahan industri, pertambahan penduduk dan kapasiti penduduk yang lebih padat dalam tempoh terdekat.
Best Nation




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment