Monday, November 21, 2011

RG2011... MAKAN PERCUMA

 

Makanan percuma


PETALING JAYA: Hanya menggunakan MyKad, keluarga miskin kini mampu mendapatkan barangan makanan asas secara percuma setiap bulan melalui program kebajikan MyKasih.

Pengerusi MyKasih, Ngau Boon Keat, berkata sejak dilancarkan pada Disember 2008, program itu berjaya membantu kira-kira 10,000 keluarga miskin dalam mengurangkan bebanan perbelanjaan bulanan mereka.
Katanya, MyKasih program kebajikan badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menyediakan bantuan barangan makanan, pendidikan pengurusan kewangan serta kelas tuisyen dan latihan kepada golongan sasar.
"Justeru, keluarga miskin yang menepati syarat seperti rakyat tempatan, memperoleh pendapatan bersih isi rumah RM1,000 ke bawah dan mempunyai ahli keluarga ramai layak memohon menyertai MyKasih. Biasanya peserta dipilih daripada senarai ditentukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saranan NGO atau jawatankuasa penduduk.

"Peserta akan menerima RM80 setiap bulan untuk membeli makanan seperti beras, biskut, susu tepung, roti, susu manis, tepung gandum, susu segar, gula, makanan dalam tin, kicap dan telur," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment