Monday, November 21, 2011

RG2011... Asas-Asas perbualan bahasa Inggeris

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua Warga Respeks

Atas permintaan dan juga berdasarkan pengalaman saya menganjurkan kursus-kursus bahasa Inggeris, saya mulakan thread baru Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris ini. Hal ini adalah kerana ramai students saya yang menghadapi masalah dari segi perbualan bahasa Inggeris ini dan ramai yang tidak tahu bagaimanakah cara mereka boleh meningkatkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris mereka.

Dalam komunikasi bahasa Inggeris, ada 4 aspek yang anda perlu kuasai untuk menjadi mahir iaitu:-

1. Speaking
2. Listening
3. Reading
4. Writing

Jika anda perhatikan, tiga dari empat aspek di atas iaitu Listening, Reading dan Writing boleh anda berlatih secara berseorangan tetapi aspek Speaking memerlukan anda berlatih dengan pihak lain jika anda ingin cepat mahir.

Asas-asas perbualan yang utama pada pandangan saya ialah boleh buat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris ni.So tiga ASAS yg penting ialah:-

1. Grammar
2. Vocabulary
3. Pronunciation

Tiga aspek ini yang perlu anda semua jaga-jaga bila berbual dalam bahasa Inggerisni.

Dalam kursus Perbualan saya Disember ini saya akan ajar:-

1. Sebutan mengikut ejaan Phonetics
2. Etiket perbualan - Cara berhemah untuk bercakap
3. Asas-Asas Grammar
4. Teknik memulakan sesuatu perbualan
5. Praktikal

Anda boleh gunakan aspek-aspek ini sebagai panduan kalau anda ingin belajar sendiri ya.Untuk berbual dengan baik dalam bahasa Inggeris ini, anda perlu tahu menyebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan betul dan jelas agar orang yang mendengar boleh faham tanpa timbul sebarang salah faham dengan mesej yang anda cuba sampaikan itu.

Anda perlu ingat yang kadang-kadang agak sukar menyebut perkatan2 itu dengan betul kerana:-

1. Ada huruf2 dalam ejaan tidak disebutkan seperti huruf 'b' yang tidak disebut dalam perkataan dumb, doubt, comb, bomb dan sebagainya.

2. Ada yang dieja dengan dengan sesuatu huruf tetapi bunyinya disebut berbeza seperti huruf 'a' yang disebut sebagai 'ei' dalam

    lazy, crazy, baby dan sebagainya.

3. Ada huruf yang sebutan jauh berbeza dari ejaannya disebabkan oleh pengaruh sebutan asal bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Inggeris itu seperti

abattoir -rumah sembelihan binatang di sebut sebagai ebetwa. Hal ini adalah kerana sebutannya mengikut sebutan seperti di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Perancis.

Ada banyak cara untuk anda mengetahui bagaimana untuk menyebut perkataan2 seperti mendegar berita dan dokumentari, mendengar lagu dan sebagainya. Cara yang paling tepat ialah dengan menggunakan Phonetics spelling yang akan saya ajar dalam kursus perbualan saya pada 24 dan 25hb Dec nanti di Sunway.

Tuisyen English untuk pelajar2 sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimulakan dalam bulan Jan 2012 di Sunway (Ahad petang), Putrajaya (Sabtu ptg) dan di Bangi.Tempat terhad kepada 10 pelajar di Bangi, 15 org di Sunway dan Putrajaya.

Regards

Cikgu Yusoff
0193090711

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment