Tuesday, November 22, 2011

RG2011... Mengapa susu 1-Malaysia beracun?

 

Penulis Tamu

Oleh LIM HONG SIANG

"BAGAIMANA anda memerintah sebuah negara yang mempunyai 246 jenis keju?" bekas Presiden Perancis, Charles De Gauhttp://farm2.static.flickr.com/1013/5186445758_978e2944d7.jpglle (1890–1970) sempat berseloroh dalam rungutannya.Angka 246 itu saja direka, padahal mustahil beliau tahu berapa jenis keju yang wujud di Perancis, meskipun memegang tampuk kuasa tertinggi

Hakikatnya Perancis telah menghasilkan keju yang beraneka jenis, berbanding Amerika Syarikat (AS). Ini kerana pemprosesan keju melibatkan kuman - yang dianggap punca penyakit dari kaca mata orang AS.



Pembunuhan kuman (pasteur) dalam susu (bahan mentah keju) diwajibkan agar hasil susu/keju tidak beracun - satu proses yang tinggi kosnya. Peraturan yang ketat ini menyebabkan pekilang susu kecil-kecilan tidak mampu untuk memproses susunya sendiri, lantas menghantar susu mentah ke kilang susu yang besar, misalnya Kraft untuk pemprosesan keju. Akhirnya, orang AS hanya mampu merasai beberapa jenis keju yang "standard" perisanya dalam pasaran.

Tekstur dan perisa keju bergantung kepada banyak faktor, termasuk kandungan lemak mentega, spesies bakteria dan kulat dalam udara, tempoh penuaan, malah jenis kayu yang digunakan sepanjang proses pengasapan. Kerumitan atau kompleksnya hubungan antara faktor-faktor inilah yang menjurus kepada "kepelbagaian perisa" keju.

Ada sebabnya untuk AS mengetatkan syarat pemprosesan susu dan keju. Sejak tahun 1948, berlakunya enam kes keracunan keju yang besar, sehingga masyarakat AS diselubungi ketakutan terhadap keju. Namun, fakta yang terabai adalah, daripada enam kes itu, hanya satu kes yang kejunya terhasil daripada susu mentah; dan lima yang selebihnya daripada susu yang telah dipasteur.

Prejudis ini hanya tersingkir pada tahun 1990-an, apabila pakar sains mendapati "keju yang terhasil daripada susu mentah, lebih selamat daripada susu yang telah dipasteur."

Kuncinya, susu mentah menyediakan satu keadaan kepelbagaian - membenarkan interaksi pelbagai bakteria dan kulat dalam susu itu - menyekat dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Bakteria hanya berbahaya terhadap tubuh manusia apabila membiak sehingga satu tahap yang tinggi, dan kebarangkalian ini adalah rendah dalam susu mentah - kerana bakteria yang pelbagai akan saling mengimbangi dan menyekat pertumbuhan pesaing yang lain.

Sebaliknya, susu yang dipasteur sungguhpun "bersih", seandainya ditembusi kulat, ataupun terdapat bakteria yang tidak sempat dihapuskan, maka pembiakannya sukar dikawal - kerana tiada lagi bakteria lain dalam susu itu yang menyaingi dan menyekat pembiakannya.

Kisah keju ini mencungkil satu persoalan, apakah "keselamatan" yang kita inginkan? Menghapuskan semua bakteria yang dianggap bahaya, atau mewujudkan suasana kemajmukan agar bakteria itu bersaing, dan mengimbangi antara satu sama lain?

Saya terbaca tulisan ini, dan untuk saya ia sesuatu yang menarik seandainya kita lanjutkan kepada perbincangan senario politik Malaysia selepas tsunami politik 8 Mac 2008.

Mungkin ada yang tidak selesa dengan perbezaan (sama ada dalam bentuk pandangan mahupun kelakuan) yang muncul selepas PRU ke-12.

Untuk mereka yang termakan dengan propaganda media arus perdana, "rasanya kita semakin tercabar...". Malah ada yang masih merindui zaman di mana satu Malaysia berfikir dengan satu otak milik Mahathir Mohamad.

"Hapuskan sahaja," ataupun dalam bahasa politik yang paling lazim didengar "Jangan pertikai...!"

Untuk lima dekad yang lalu, perbezaan hampir diharamkan.

Malah kita dilatih untuk bernyanyi "Seiya, sekata, sehati, sejiwa...". Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dengan megah pernah mencanangkan slogan "pembangkang sifar".

Makna tersiratnya, pembangkang ibarat bakteria, yang wajib di "pasteur".

Demikian juga apabila perbezaan wujud antara "kita" dengan "mereka". "Mereka" akan dilihat sebagai "bakteria" yang bakal mengancam keselamatan "kita", atau kemunculan "mereka" telah mencabar kedudukan "kita". Baik "kita" bersatu untuk menghapuskan "mereka" dengan segala kuasa yang ada dalam tangan.

Mungkin itu makna sebenar "SATU Malaysia". Tafsiran lain tidak dibenarkan, bantahan tidak diizinkan, perbezaan tidak diraihkan. Sesungguhnya manusia dicipta untuk berbeza antara satu sama lain, namun "kepelbagaian" tidak diraih di bumi ini.

Suka atau tidak, zaman telah berubah. Bahkan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah mengeluh bahawa Amanah ditubuhkan kerana tiada ruang bersuara dalam Umno.

Percayalah, jawapan bahawa "kepelbagaian ancaman kepada keselamatan masyarakat" telah ketinggalan zaman.

Pada hakikatnya, sokongan sepenuhnya kepada Umno- BN lima dekad yang lalu telah menyediakan satu suasana di mana pembangkang hampir di "pasteur", dan hanya bakteria rasuah mampu menembus dan membiak tanpa sekatan.

Sebagai kesudahannya, bukan sahaja kita tidak dapat merasai kepelbagaian 246 jenis perisa keju, sebaliknya anak kita pula yang merasai susu 1-Malaysia yang beracun.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment