Tuesday, November 22, 2011

RG2011... RM100 hanya terselit di celah gigi

 


Penulis Tamu

Oleh Subky Latif 

PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhdR-nhZ1WFEa-j3fw2fek8v3enmWQgXzlQHZP8TGRw3345-sE9Nc9-l07T012cZAwsIzihqAgyXIIAHkNdD-BxiVfsnI9f6RqOmv6RlyYEwcnrfQOzlft3xOAao4cIBG98RLsur2agfk/s1600/wang+bantuan+persekolahan+rm100.jpgan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.

Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.

 



Ada pun pemberian kepada murid-murid itu, bolehkah ia tidak berbangkit lagilah anak tidak bersekolah kerana tidak ada perbelanjaan dan tidak ada lagi murid-murid ke sekolah tanpa duit poket untuk ke kantin semasa rehat.

Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.

Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.

Dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.

Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.

Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.

Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajian untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif,  terutama yang kurang upaya.

Ada berupa bantunan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan  tidak sanggup berlulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.

Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.

Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.

Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50  sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekada RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.

Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.

Bersyukurlah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.

Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100  kepada murid?

Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan  tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.

Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.

Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada sabsidi yang mula dikurangkan  dari semasa ke semasa.

Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi  menjadinya fakir.

Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.

Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid,  dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.

Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?

Atau ia satu pemberian untuk menghadapi PRU 13? Tidakkah ia tanda-tanda kerajaan BN dan pemimpinnya sudah miskin dengan idea dan tindakan?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment