Thursday, November 10, 2011

RG2011... Pahang gagal bayar hutang Persekutuan ikut jadual

 


Artikel
Hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 meninhttp://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/adnan-yaakob.jpggkat sebanyak RM112.60 juta atau 5.2 peratus.Peningkatan tersebut disahkan Jabatan Audit Negara dalam Laporan Audit 2010 iaitu menjadi RM2.28 bilion berbanding RM2.17 bilion pada tahun 2009.

Kerajaan negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunannya.



Peningkatan tersebut disebabkan pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM64.30 juta berbanding bayaran balik berjumlah RM8.57 juta.

Pada tahun 2010, kerajaan Pahang telah menjelaskan bayaran balik pinjaman berjumlah RM8.57 juta.

Penjelasan dibuat melalui dua cara iaitu pembayaran dengan peruntukan kerajaan negeri dan peruntukan hapus kira atau geran oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun dedah Laporan Audit sebanyal RM5.97 juta atau hanya 39.7 peratus dijelaskan oleh kerajaan Pahang bagi Projek Bekalan Air dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah berbanding RM15.04 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Manakala, sebanyak RM2.60 juta diselaraskan melalui peruntukan hapus kira oleh Kerajaan Persekutuan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar.

Selain itu, Kerajaan Negeri mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM348.77 juta termasuk jumlah pokok dan faedah berbanding RM540.01 juta pada tahun 2009.

"Penurunan tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM191.24 juta atau 35.4 peratus disebabkan penjadualan semula pinjaman sektor Projek Perumahan Awam Kos Rendah, sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan sektor Pelbagai Projek.

"Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2006 hingga 2009 menunjukkan peningkatan tetapi menurun pada tahun 2010," jelas laporan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Audit Negara mengingatkan kerajaan negeri perlu menjelaskan tunggakan bayaran balik hutang kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM26.40 juta.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment