Thursday, November 10, 2011

RG2011... Hutang Terengganu meningkat

 


Artikel
LAPORAN Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 menunjukkan baki hutang Kerajaan Negeri Terengganu kehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi04Z5LRtFCiR1gXMpHAQjsJwCb8jqZm6XkZ7i24DBZqykM5-R5AGGbbtAPjlvNhXQsDn6JDwVt3ylz17HtIOByI-fI_l-uDvnPMJHqgWgX0J9yQdkMiQvxdKiWwcNVvX0GBuEOWsWcdC_C/s400/Ahmad+Said+MB.jpgpada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM1,032.73 juta berbanding RM1,006.96 juta pada tahun 2009.

Baki hutang itu menunjukkan peningkatan sejumlah RM25.77 juta atau 2.6 peratus.



Kerajaan negeri dari masa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunannya, kata Laporan Ketua Audit Negara yang disiarkan 24 Oktober lalu.

Menurut laporan itu, peningkatan ini adalah disebabkan pinjaman baru yang diterima pada tahun 2010 berjumlah RM46.50 juta iaitu bagi membiayai projek bekalan air.

Pada tahun 2010, kerajaan negeri telah membuat bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sejumlah RM56.05 juta (pokok dan faedah) bagi menjelaskan pinjaman antaranya bagi projek bekalan air dan perumahan awam kos rendah.

Bagaimanapun tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2010 adalah berjumlah RM452.93 juta (pokok dan faedah) berbanding RM455.68 juta pada tahun 2009 iaitu menurun sejumlah RM2.75 juta atau 0.6 peratus.

Analisis Kewangan Negeri Terengganu

Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2010 bertambah baik di mana Akaun Hasil Disatukan mencatatkan surplus sejumlah RM202.73 juta berbanding defisit pada tahun 2009.

Dengan surplus ini menjadikan baki defisit terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah menurun kepada RM496.28 juta berbanding RM699.01 juta pada tahun 2009.

Jumlah Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun sejumlah RM34.13 juta atau 10.4 peratus menjadi RM293.88 juta pada tahun 2010.

Bagaimanapun, Penyata Akaun Memorandum menunjukkan aset kerajaan lebih rendah berbanding tanggungan.

Aset kerajaan yang terdiri daripada pinjaman boleh dituntut, pelaburan dan tunggakan hasil berjumlah RM417.95 juta manakala tanggungan kerajaan yang terdiri daripada tutang awam berjumlah RM1,032.73 juta.

Tunggakan hasil telah meningkat sebanyak 21.5 peratus atau RM2.15 juta kepada RM12.17 juta berbanding RM10.02 juta pada tahun 2009.

Ketua Audit Negara dalam analisisnya mengesyorkan kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemat selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, tindakan berterusan perlu diambil untuk mengutip tunggakan hasil dan tunggakan bayaran balik pinjaman kepada agensi negeri, kata laporan itu.

Analisis Audit juga menunjukkan penurunan baki wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 juta pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009.

Penurunan ini disebabkan baki wang tunai dalam bank telah menurun sejumlah RM166.81 juta atau 69.4 peratus kepada RM73.55 juta berbanding RM240.36 juta pada tahun 2009.

Penurunan baki Wang Tunai Dalam Bank disebabkan penebusan simpanan tetap (bagi tempoh kurang daripada 3 bulan) sejumlah RM121 juta.

Pada keseluruhannya, penurunan baki Wang Tunai pada tahun 2010 adalah disebabkan jumlah pembayaran iaitu RM2,267.66 juta adalah lebih tinggi berbanding penerimaan berjumlah RM2,100.87 juta.

Ini adalah antaranya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang meningkat sebanyak 53.4 peratus atau RM362.25 juta pada tahun 2010 berbanding tahun 2009.

Analisis audit juga mendapati baki Wang Tunai bagi tahun 2006 hingga 2010 mengalami penurunan setiap tahun.

Baki Wang Tunai pada tahun 2006 berjumlah RM836.35 juta telah menurun sejumlah RM762.69 juta atau 1,035.4 peratus kepada RM73.66 juta pada tahun 2010.

Ketua Audit Negara juga mendedahkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan semua pelaburan dalam Simpanan Tetap pada tahun 2009 berjumlah RM6 juta untuk menampung perbelanjaan.

Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang pelaburan dalam Simpanan Tetap.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment