Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my
Sesetengah sarjana Islam sekarang mendesak supaya umat Islam tidak mempertikai apa yang dipanggil Hukum Hudud atas alasan ia disebut dalam Quran. Sarjana-sarjana Islam dulu bukan saja berbeza pendapat tentang bilangan kesalahan Hudud, tetapi juga berbeza pendapat tentang hukuman itu sendiri.
Ambil kes murtad, atau keluar dari Islam untuk menganut agama lain. Mereka memetik hadis untuk mengenakan hukuman bunuh, sedangkan kebebasan untuk beragama yang total diisytiharkan nyatakan dengan jelas dalam Quran (2: 256),1,316 tahun mendahului Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia! Dalam pada itu, harus dibezakan antara perbuatan murtad dengan pemberontakan terhadap unang-undang negara. Dalam zaman Khalifah Abu Bakr (632-34), berapa kabilah Arab enggan membayar zakat dan keluar dari Islam. Jadi, peperangan ini bersifat politik, bukan agama. Ia dilakukan untuk mencegah pemberontakan terhadap undang-undang negara.
Saya ingin mendatangkan bantahan terhadap Hukum Hudud, pertama, dari prinsip-prinsip asas dalam Islam, kedua, dari hukum logika, dan ketiga, dari analisis bahasa.
Ada dua prinsip asas yang harus diambil-kira. Pertama, Tuhan memerintahkan kita supaya berlaku adil kepada semua manusia. (Quran, 4: 135; 16: 90). Ini bermakna semua hukuman terhadap semua jenayah mestilah adil. Tiap-tiap jenayah mesti dilihat (1) dari segi beratnya jenayah itu, (2) dari segi sebabnya, dan (3) dari segi keadaan mental penjeyah itu. Ambil kes pembunuhan. Jenayah ini memang berat. Tetapi ia mungkin dilakukan untuk membalas dendam, umpamnya salah seorang ahli keluarga penjenayah itu telah dibunuh atau disakiti oleh pembunuh. Jadi, jarang sekali sesuatu jenayah itu sama dan boleh dikenakan hukuman yang sama.
Kedua, prinsip kerahiman Tuhan. Sifat utama Tuhan itu rahim. Tuhan memeperundang-undangkan ke atas Diri-Nya kerahiman. (Quran, 6: 12) Oleh yang demikian, tidak pantas Tuhan mengenakan hukuman-hukuman yang tetap kepada mana-mana penjenayah. Dia senantiasa membuka pintu taubat kepada semua penjenayah dan senantiasa meringankan hatta mengampuni semua penjenayah. Oleh itu, Hukum Hudud ini tidak logik.
Skeptisme terhadap Hukum Hudud ini telah juga disuarakan oleh Prof. Shad Faruqi. (Lihat The Star, 5 Oktober, 2011; hlm. 30)
Dari dua hujah dari prinsip-prinsip asas yang disebut dalam Quran, kita tidak ada jalan lain kecuali membuat kesimpulan bahawa apa yang dipanggil Hukum Hudud ini timbul dari salah tafsir tentang ayat-ayat yang berkenaan dalam Quran. Saya akan lakukan analisis bahasa ini sekarang.
Perkataan 'hudud' disebut sebanyak 14 kali dalam Quran. (2: 187, sekali tentang hubungan suami-isteri dalam bulan puasa; 2: 229, 4 kali tentang perceraian; 2: 230, 2 kali tentang perceraian; 4: 13, sekali tentang faraid; 4: 14, sekali, umum; 9: 97, sekali, umum; 9: 112, sekali, umum; 58: 4, sekali, tentang adat zihar orang Arab, yakni meboikot seks dengan isteri; dan 65: 1, 2 kali, tentang perceraian.) Tiada satu pun perkataan ini merujuk kepada kesalahan atau jenayah tetap, seperti yang dikatakan oleh ahli-ahli hukum klasik itu, iaitu mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak dan murtad (sesetengah sarjana menambah dua lagi kesalahan, iaitu meminum arak dan memberontak). (Lihat Kassim Ahmad,Kontroversi Hukum Hudud (Forum Iqra', Pulau Pinang: 2002)). Bagaimana mereka boleh mengaitkan lima atau tujuh kesalahan itu (perhatikan murtad tidak dihukum dalm Quran kecuali hukuman kafir), tidaklah jelas.
Harus diingat bahawa Quran itu ada dua konteks. Pertama, konteks sejarah, yakni keterikatannya dengan sejarah Arab abad ke-7. Jadi, hukuman terhadap jenayah pada waktu itu, pada zaman manusia baru keluar dari barbarism di mana-mada kawasan budaya pun, memang amat keras. Salah satu hukuman untuk pencuri di England dalam abad ke-19 potong kepala! (Ibid., hlm. 3.)
Jadi, tiap generasi harus mengkaji semula apa yang mereka warisi dari generasi terdulu supaya ajaran yang silap bolek diperbetul. Malangnya, kecenderungan manusia untuk mendwa-dewakan pemimpin amat kuat.Apabila pemimpin didewa-dewakan, maka kesilapan generasi dulu akan terus kekal diwarisi turun-temurun. Sebagai contoh, oleh kerana umat Islam awal telah mendewa-dewakan Iman Shafi'e, maka kesilapan beliau mewajibkan Hadis/Sunnah Nabi bagi umat Islam (sedangkan ia hanya kebiasaan, ikutan, 'precedent') dibawa sampai ke hari ini!
Satu contoh lagi tentang kecenderungan mendewa-dewakan pemimpin kelihatan dari perbuatan Omar Ibni Khattab, mengikut riwayat, apabila Nabi Muhammad baru wafat, beliau berdiri di depan orang ramai mengatakan beliau akan membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi wafat. Apabila Abu Bakr datang dan mententeramkan beliau dengan membaca ayat tentang kewaafatan Nabi Muhammad, barulah beliau sedar dan menjadi tenang.
Quran menerangakan kepada kita bahawa kebanyakaan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman kecuali menyengutukan Tuhan (Quran,12: 106). Jadi, kita harus benar-benar berwaspada terhadap kecenderungan syirik ini. Dosa syirik tidak diampun oleh Tuhan kecuali melalui taubat yang dilakukan segera. Sebabnya kerana akibat pendewaan terhadap pemimpin membawa padah yang amat buruk kepada masyarakat.
-----------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
- kekura said...
tuan, sila belajar lagi sebelum keluar pendapat.
hafallah al-quran tu dahulu dan janganlah lupa belajar metodologi mantafsir ayat quran sekali. kejayaan bangsa lain ni kerana ALLAH beri mereka menguasai metodologi bidang kerja mereka, tp orang melayu ni kurang sikit bab2 metodologi ni.
dulu imam syafie sebelum diangkat setaraf level professor pada zaman sekarang pertama-tamanya diuji hafalan al-qurannya dan hadisnya. jadi hafallah al-quran dulu sebelum nak menulis panjang lebar tentang sesuatu hukum. kalau tak mampu, amal sendiri jelah apa yg tuan fikirkan tu, tak payah nak kongsi dengan orang lain.
dulu imam syafie sebelum keluarkan buku kepada umum, beliau bagi kepada berpuluh2 ulama' utk semak. baru boleh keluar.
bidang engineering pun sama, berbagai2 test perlu dibuat baru boleh endorse. tp tuan tidak begitu. cukup haribulan dah keluar kat blog, kadang2 tak sampai seminggu.5:53 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Apakah kritikan anda? Tunjuk di mana salah saya. Kalau tidak, jangan buka mulut.
2. Hafal Quran tidak ada gunanya. Sekarang pita rakaman boleh buat kerja itu. Yang perlu fahaman.
3. Anda sudah mendewa-dewakan Iman Shafi'e. Sebab itu anda tidak boleh melihat ksilapan beliau mewajibkan Hadis/Sunnah.
4. Jadi, fikir dulu sebelum bercakap.7:41 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Tahukah anda mendewa-dewakan selain Tuhan itu syirik? Awas, jangan jadi syirik.
2. Jadi, fikir dulu sebelum buka mulut. Nanti anda memperlihatkan kebdohan anda sendiri.2:12 AM
- Anonymous said...
Pak Kassim, menyatakan bantahan berasas dr prinsip2 asas Islam; adil dan sifat Ar-Rahim. Tapi saya tak nampak contoh yang menunjukkan Kanun yang akan dilaksana itu tidak adil(?)Kalau ada yang mana satu? dan bandingkan dgn undang2 yg ada skrg?. Apatah lagi neraca adil yang digunakan hanya akal sendiri. kalau ada sepuluh org akan keluar 10 persektif adil.
Badrul Kulim Kedah7:40 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Komen anda menunjukkan anda tidak membaca artikel saya dengan teliti. Baca dulu dengan teliti, dua tiga kali, kalau perlu.
2. Dalam artikel itu, saya menunjukkan makna perkataan 'hudud' dalam Quran tidak merujuk kepada hukuman. Ia merujuk kepada konsep sempadan dalam tiap-tiap perbuatan.
3. Saya juga memetik tulisan Prof. Shad Faruqi, seorang sarjana undang-undang yang sependapat dengan saya tentang perkara ini.
4. Ingat, jangan mendewa-dewakan sarjana, walau bagaimana besar, kerana pendewaaan itu hak Tuhan saja.
5. Selalu fikir saya secara rasional dan logikal. Tuhan selalu rasional dan logikal. Jangan ikut ulama ("ular dalam semak", mengikut istilah budak-budak nakal) buta-tuli. Tuhan tidak suruh kita beriman kepada-Nya dengan tidak mengunakan akal.12:36 AM
- Anonymous said...
1. Salam Pak Kassim,
Saya bersetuju denagan tulisan Pak Kassim. Kebanyakan hukum hudud yang kita ketahui atau dengar pada hari ini adalah hasil dari pendapat para ulama terdahulu yang sumbernya kebanyakan diambil dari peniggalan hadis hadis.
2. Hasil dari pemahaman mereka maka timbulah hukum2 yang dikatakan hudud Allah.
3. Sudah tiba masanya para ulama hari ini berani untuk mengkaji semula pendapat2 para ulama terdahulu ( temasuk ulama2 besar dan para2 imam )dan tidak takut untuk mengubah apa2 yang tidak selari dengan ajaran al-quran yang disampaikan oleh nabi kita, nabi Muhammad.
4. Islam sesuai dengan semua zaman. Oleh itu amatlah penting untuk kita menggali ajaran quran supaya umat islam sekarang tidak kelihatan kaku dan tidak bermaya kerana terikat dengan pendapat2 ulama terdahulu yang mengeluarkan pendapat pada zaman mereka.
Rosman BB12:22 PM
- Anonymous said...
Salam Pak Kassim,
1.'Perempuan yg berzina dan laki2 yg berzina, maka deralah setiap seorg dr keduanya seratus kali dera, dan jangan belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah... 24:2, mohon jelas.
2. Tak timbul utk mengagung pemimpin atau manusia. Yang penting kebenaran yg di cari.
3. Sudah tentu tidak menolak akal. tapi akal tetap diikat dgn wahyu.
Badrul Kulim Kedah7:26 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Saya meminta anda membaca artikel saya dengan teliti, tetapi anda tidak sabar hendak mengkritik saya.
2. Saya sanggup menerima kritikan yang berasas, tetapi kritikan anda tidak berasas. Anda taksub kepada ajaran "ulama" (baca paderi; ingat tidak ada paderi dalam Islam.)
3. Perkataan 'hudud' tidak merujuk kepada hukuman. Ia merujuk kepada idea sempadan dalam semua perbuatan. Jika kita langgar sempadan ini, mudarat padahnya.
4. Ambil contoh, murtad. Hadis memerintahkan bunuh si murtad, sedangkan Quran menisytiharkan tiadak paksaan dalam agama. (Quran,2: 256)
5. Perhatikan ayat yang anda petik (24:2). Cuba baca hingga ayat 5. "Jika mereka bertaubat dan berubah, maka Tuhan Maha Pengampun, Penyayang."
6. Saya telah menunjukkan bahawa hukuman pada zaman dulu, dalam semua kawasan budaya amat keras. (Manusia baru keluar dari barbarisme.) Salah satu Hukuman untuk pencuri di England dalam abad ke-19 bukan potong tangan tetapi potong kepala! Semua ini saya sebut dalam artikel itu. Ini menunjukkan anada tidak baca dengan teliti.
7. Saya peringatkan anda supaya tidak taksub kepada ulama, kerana itu boleh membawa kepada syirik.
8. Gunakan akal yang Tuhan beri kepada anda, tetapi kalau anda pilih untuk ikut buta-tuli juga, tanggunglah akibatnya!11:49 PM
- maae said...
Salam Pak Kassim,
1.Saya hormati artikel dan fahaman Pak Kassim. Jika kita dekat dengan Allah maka hidayah nya pasti memberi cahaya keimanan. Jika kita jauh, maka Allah itu teramat jauh ada nya.
2.Saya yakin dengan Hudud. Saya yakin dengan ilmu-ilmu dari Pewaris Nabi. Saya amat yakin dengan Ilmu Allah yang di sampaikan kepada kita berimamkan Al Quran dan syariat sanad NYA. Jika terdapat kekhilafan, maka Allah jua yang mengetahui dan mereka pasti sudah bermuzakharah membetulkan nya dan di rujuk zaman berzaman. Larangan Allah ada batas nya dengan dosa-dosa yang boleh di ampunkan. Tidak seperti kepada hamba nya yang tegar degil dalam kemungkaran seperti riwayat Bani Israel, Abu Lahab dan Firaun, majusi dan nasara.
3.Membunuh orang berdosa besar. Tidak kira dia Islam atau kafir. Begitu juga Zina (merosakkan keturunan atau sasilah), menipu dan mencuri(hak orang lain)
4.Murtad yakni mati nya Akidah (tidak terampun dosa nya kerana akan membawa bencana yang lebih dahsyat kepada ummah sedia ada dan juga kepada ummah jahil(kafirun) yang sepatut nya di dakwahkan menjadi umat Islam) kerana terang-terangan mensyirikkan Allah. Begitu jua kepada golongan munafik. Apa indah nya Islam jika TIADA AKIDAH? Hancur akidah maka hancur jua lah keimanan. Tiada keimanan maka syariat menjadi mustahi. Kehidupan hanya kepada logik akal tanpa KATA HATI, yang tertipu kerana akal itu juga milik Allah sering di perguna kan oleh syaitan.
5.Semua ini melibatkan roh-roh yang sepatut nya di jaga dengan penuh amanah kerana kita di tuntut datang (lahir ke dunia) amat bersih dan di tuntut berada dalam jalan yang lurus hingga kembali nya kita dalam berkeadaan bersih.Tempat nya sijjin dan illiyin.
6.Roh itu MILIK Allah. Jasad itu sarong(pinjaman)yang akan hancur. Maka hudud itu berat kerana menjaga Roh-Roh kita supaya tunduk menjadi bersih suci.10:29 AM
- Kassim Ahmad said...
1. Tidak ada iman jika tidak ada akal. (Qura, 10: 100)
2. Tuhan menasihati kita: Dengar semua pendapat; ikut yang paling baik. Jika anda mahu ikut kasta paderi, siapa boleh larang?
3. Ada mata, tidak mahu lihat; ada telinga, tidak mahu dengar -- siapa boleh tolong orang-orang seperti ini?2:19 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Dari sekarang, saya tidak akan buang masa saya untuk tegur anda lagi. Kedegilan anda untuk ikut kasta padera, padahnya anda tanggung sendiri.
2. Saya tahu daripada Tuhan saya tidak silap. Namun demikian, saya bertanggungjawab terdahap perbuatan saya.2:20 AM
- arya said...
Nabi Muhammad menerima Ayat2 Al Quran drpd Jibril dan kemudian di tuliskan dan dijamin oleh Allah sendiri akan kesahihannya.
Bukhari, Muslim, Nasai,Tirmizi, Abu Dawud, Imam Ahmad,dll,tidak memerima Hadis drpd Nabi Muhammad, dan tidak juga drpd Abu Hurairah dll.
Mereka mendengar cakap drpd manusia biasa yg telah mewarisi Hadis beberapa generasi. Oleh itu Hadis yg sampai kepada kita adalah hasil dengar cakap Bukhari dan geng.
Hadis juga tidak ada jaminan drpd Allah.Allah menjamin Nabi Muhammad tidak berbohong tetapi Bukhari dan geng tidak menerima drpd Nabi sendiri. Jadi tidak ada jaminan di situ.
Ayat Al Quran tidak ada yg lemah dan yg palsu tetapi Hadis terdapat banyak yg lemah dan palsu.
Apakah Hadis2 berkenaan tidak menjadi barah terhadap agama Islam sendiri? Apatah lagi ia dijadikan Hukum. Hukum bersandarkan kepada hasil dengar cakap.
Kita selalu mengatakan tentang buruknya penjajahan minda.Tetapi bagaimana dengan penjajahan minda oleh mereka yg memalsukan hadis?
Ulama dulu pun mengamalkan tujuan menghalalkan cara. Kalau Hadis berkenaan baik walau pun ia diragui kesahihannya,ulama membenarkan ia diamalkan.
Saya tak berapa faham tentang Hudud tetapi kalau ia bersandarkan kepada Hadis itu lah pendapat saya.9:25 AM
- Anonymous said...
Salam Pak kassim,
1.Tak sangka saya, bila minta penjelasan dianggap kritik. Surah AnNur ayat 2,menjelas hukum terhadap org berzina. Maka sya minta penjelasan tentang ayat ini, menurut sudut pandang Pak Kassim. Kita boleh boleh panggil apa saja tentang hukum dari ayat ini; hudud dan sebagainya... Saya tak berminat tentan istilah itu. tapi saya ingin minta penjelasan kerana dalam alquran ada hukum tentang zina.
2. Sudah tentu Allah itu maha pengasih, penyayang dan pengampun. Dia berhak mengampunkan sesiapa saja, tak ada pertikaian tentang itu.
3. Saya tidak paham mengapa Pak Kassim berterusan menuduh taksub kepada Ulama, sedang yang diminta hanya penjelasan. Apa tah lagi dikaitkan taksub itu dgn seperti mengikut Paderi spt dlm kristian. Bagaimana Pak Kassim membuat andaian itu? Sudah tentu saya tak tolak ulama. tapi belum tentu saya jua membuta tuli. Cuma harap Allah beri dan tunjuk jalan yg benar.
4. Kerana artikel ini di buka kepada umum, sudah tentu ia terbuka utk dibahas.Apatah lagi jika ia ditulis oleh Kassim Ahmad. Seorg yg terbuka, pemikir dan fisiluf. Tentu dgn bertanya, meminta jelas dsbgnya dapat dicungkil sesuatu drp nya.
5. Tentang apa yang nak dipegang hanya selepas hadam, fikir dan paham. Moga Allah beri kita yang terbaik dan tunjuk jalan yg benar.
Badrul Kulim Kedah8:23 PM
- Kassim Ahmad said...
1. Penjelasan sudah pun diberi.
2. Tidak perlu tanya lagi.
3. Masing-masing bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing.1:51 PM
- IbNu_ReJaB said...
Salam pak kassim..
Tak payah lah tulis pasal hudud ni kalo tak faham betul 2x.
Baik g ngaji pondok dulu kat pasir tumboh ka pondok pakya ka..pondok pak man ka.
saya baca blog pak kassim pon saya rasa tergelak.
Saya sarankan pak kassim jgn mengelirukan umat islam masa kini
Hudud bukan benda main putar belit.
Ngaji kena ngn tok guru.Jgn dok baca buku atau kajian anda sahaja.
ok...jumpa lagi pak kassim9:07 AM
- Kassim Ahmad said...
Sdr Ibnu Rejab:
1. Jangan pamerkan ketaksuban dan kebodohan diri sendiri.
2. Saya tidak bertujuan mengelirukan anda. Saya ingin menasihati anda kepada kebenaran dan ketekunan. Baca Quran, 103: 1-3.
3. Saya tidak menulis, kecuali saya telah buat kajian yang teliti dan mendalam. Jangan buat tuduhan melulu. Itu dosa besar. Belajar merendahkan diri!
4. Sila baca buku sarjana undang-undang kita, Muhammad Hashim Kamali, "Punishment in Islamic Law: An Enquiry into Hudul Bill of Kelantan (2000: Kuala Lumpur)11:35 AM
- MrB said...
Salam,
1)Harap Pak Kassim bersabar dgn org-org yg jahil pekat yg tidak mampu berfikir dgn minda mereka. Sebaliknya, menghafal karya-karya imam-imam suci mereka dan menganggapnya ilmu Tuhan.
2)Ibnu Rejab tidak perlulah baca blog ini kalau anda rasa lucu. Mungkin anda perlu hafal lagi buku-buku terbitan pondok-pondok anda.1:02 PM
- wan ahmadi jalil said...
Salam Pak Kassim,
Setelah USM berjaya menganjurkan suatu satu siri "Seminar Karya-Karya Kassim Ahmad" baru-baru ini,saya suka mencadangkan kepada pihak berkenaan adalah lebih baik juga jika mereka sedia pula untuk mengadakan suatu seminar yang fokus membicangkan dan membahaskan isu-isu yang membabitkan persoalan pemikiran yang selama ini dilontarkan oleh Kassim Ahmad.
Mereka hendaklah memilih tokoh-tokoh akademik yang terbaik dalam bidang agama menurut perspektif tertentu secara tuntas,jika dibuat dalam masa terdekat ini adalah sangat baik.
Jika tidak masyarakat terus dibiarkan meraba-raba dalam keraguan dan berlaku tuduhan tertentu.
Jika usaha ini dijalankan semua pihak perlu memberikan sokongan dan disanjungi.
Terimakasih dan salam hormat.8:47 PM
- Anonymous said...
Salam,
Setiap manusia tidak sempurna..nabi Muhammad yg dimaksumkan ulama pun ditegur Allah beberapa kali dlm Quran..jaga kelakuan & percakapan supaya kita benar2 beriman menurut Quran..kekadang dlm mencari jalan pulang pun kita harus terus aman seiman dgn Quran..banyak jalan yg masih berliku & akan terus begitu bagi kebanyakan kita..kekadang dlm mencari jalan pulang, kita terlupa tujuan asal kerana bisikan syaitan yg senantiasa menyesatkan kita jauh dari Quran..Allah selalu membimbing kita yg jujur dlm mencari kebenaran..jgn kita bazirkan masa melayan mereka yg tuli & buta Quran..Allah sudah menutup kinda mereka & kedudukan mereka lebih rendah dari haiwan..biarkanlah mereka & teruskan usaha membimbing yg jujur dlm pencarian mereka..Allah kariib!8:21 AM
- Kassim Ahmad said...
1. Saya hairan sesetengah orang begitu sombong hingga sanggup mempamerkan kebodohan mereka tanpa segan-silu.
2. Summum bukmum umyun fahum layaq'ilun, kata Quran (2: 171). Apa boleh kita buat kepada orang-orang seperti ini?
3. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya!5:27 PM
- affendik? said...
Pak Kassim yang dihormati,
Ulama-ulama itu, walaupun kata-katanya tidak dijamin oleh wahyu,mereka mempelajari dan mendalami ilmu wahyu.Giat pula mereka itu mengajar dan memahamkan orang ramai agar hidup berpaksikan wahyu.
Kalau Pak Kassim mengajak kami menolak mempercayai ulama' yang dalam ilmunya itu, boleh Kasim cadangkan alternatif lain sebagai ganti?
Dan kalau saya mahu bebaskan diri dari mempercayai ulama', saya percaya saya pasti perlukan guru untuk mengajar saya. Siapa yang saya boleh yakini untuk mengajar saya. Saya mahu masuk syurga dengan kefahaman yang benar. Mohon tunjuk ajar Pak Kassim.
Terima kasih1:11 AM
- arya said...
Perbalahan selalu berlaku apabila kita terkeluar drpd tajuk dalam percakapan atau perbahasan.
Banyak perkara yg tidak relevan diketengahkan yg menambahkan kekeliruan terhadap tajuk,dan diparahkan oleh serangan pribadi yg memang jelas terkeluar drpd tajuk.
Setiap perbuatan bermula dgn niat.Apakah niat Pak Kasim mengendalikan blog ini dan mengemukakan pandangan beliau tentang pelbagai isu? Dan apakah niat mereka yg memberi respon?
Niat utama kita sepatutnya untuk memahami setiap isu dgn lebih mendalam dan sampai kepada kebenaran,
Kita orang Islam semuanya takut akan kemurkaan Allah.
Ada orang takut akan kemurkaan Allah kalau mereka tidak ada keinginan menegakkan Hukum Hudud.
Ada orang takut kalau kalau Hukum Hudud itu tidak seperti yg dikehendakki Allah.Ada orang takut kalau hukum Hudud itu akan menyusahkan diri mereka sendiri.
Jadi eloklah perbincangan ini menjernihlan lagi keadaan ,bukan menambahkan kekeliruan.2:50 AM
- Musafir said...
Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.. Bismillahirrahmaanirrahiim.. Moga saat tuan membaca komentar sy ini, Allah melapangkan dada tuan & mudah2an Allah al-fattahul 'alim meluruskan 'lidah' sy agar mudah difahami & disampaikan kepada tuan.. Jika tuan mengharapkan orang2 yang 'singgah' di blog tuan membaca entry tuan sehingga habis, sy juga mengharapkan tuan dapat membaca komentar sy sehingga ayat terakhir.
Tuan, sebagai seorang yg lebih arif & lebih byk pengalamannya, sy amat menghormati & mengagumi tuan. Malah sy sangat kagum dgn setiap hujah yg tuan keluarkan adalah beserta ayat suci Al-Quran. Dalam kita meneliti,memahami,mengkaji & mendekati Al-Quran, berdo'alah & mintalah dengan serendah2 hati kepada Allah yg Maha Agung & Maha Tinggi, agar dipandukan fahaman kita terhadap Al-Quran itu dgn apa yg difahami oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam kekasih Allah & dijauhkan dr tafsiran aqal & bisikan bdasarkan nafsu..nafsu yg lahir dr al-hawa' itu secara fitrahnya cenderung kepada yang buruk dan terlalu mudah dipengaruhi oleh bisikan2 syaitan yg sentiasa cemburu & tidak putus asa dalam menyesatkan manusia dalam apa jua cara yg tidak tersedar & terlihat oleh kita. Sesungguhnya al-Quran kalamullah itu ditujukan kepada makhluk seluruhnya. Membacanya membantu kita mendekatkan diri kita kepada Allah kerana mendekatkan diri dengan Allah adalah mesti dalam membantu kita menggapai redha, keampunan, cinta & syurgaNya.. Lebih indah jika kita mampu mengingatinya walau di mana kita berada. Ya,benar,memahaminya adalah amat digalakkan malah ia adalah suatu tuntutan. Namun tidak bermakna kita boleh mengabaikan tuntutan menghafal Al-Quran. Alangkah indahnya jika kita dapat menghafal ayat2 Allah yang indah & amat luas maknanya itu.. [maaf,komen sy bersambung :)]10:38 AM
- Musafir said...
Jadi sy kurang bersetuju dengan pendapat tuan yang mengatakan 'Hafal Quran tidak ada gunanya. Sekarang pita rakaman boleh buat kerja itu'. Sy kurang pasti apa makna sebenar tuan,sama ada menghafal seluruh Al-Quran atau menghafal surah-surah drpd 114 surah dalam Al-Quran, tetapi bukankah kita perlu membaca surah dalam Al-Quran selain dr al-fatihah di dalam solat? Ya, surah2 pendek seperti al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas juga surah2 di dalam al-Quran. Namun tidakkah tuan teringin mengikut jejak langkah Rasulullah yang membaca surah2 panjang seperti surah Al-Baqarah, surah Ali 'Imran ataupun surah yang lebih mudah seperti surah Yaasiin dan surah As-Sajdah di dalam solat dan juga tahajjud baginda? Bukankah kita sepatutnya mengikut jejak Rasulullah? Malah, jika tiada yang menghafal al-Quran, bagaimana kita ingin mewariskannya kepada generasi kelak? Tuan tidak boleh menafikan kepentingan menghafal Al-Quran seperti yang diajar oleh Rasulullah itu. Bukankah para sahabat pada zaman Rasulullah dahulu kebanyakannya adalah para huffaz? Adakah al-Quran disebarkan pada zaman Rasulullah duhulu dalam bentuk tulisan ataupun rakaman? Tanpa menghafalnya, para sahabat tidak akan dapat menyampaikannya. Tanpa para huffaz,dengan izin Allah, al-Quran tidak akan mampu ditulis di atas pelapah2 kurma dan tidak akan dapat disampaikan kepada kita kerana syahidnya mereka dalam perang2 memerangi golongan murtad. Sememangnya Allah menjanjikan jaminan terhadap al-Quran, namun kita sebagai khalifahNya bertanggungjawab mempertahankan & 'menghadam'nya dalam diri kita. Itu adalah sebagai usaha kita dalam mempetahankan ayat2 Allah. Maka jika terdapat penyelewengan terhadap Al-Quran yang dicetak mahupun kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan,akan dapat dikesan oleh penghafaz al-Quran. Wallahua'alam. Sesungguhnya Allah Maha Mangetahui setiap yang ada di langit dan di bumi & juga alam semesta ini.
Tuan pastinya tahu malah arif bahawa sesungguhnya setiap manusia itu ada khilafnya melainkan Rasulullah. Jika berkesempatan lagi, suka untuk sy mengupas setiap kata2 tuan yang tuan lontarkan terhadap sahabat2 Rasulullah yang dijamin syurga itu dan ke atas orang2 soleh yang tuan gunakan title binatang ke atas mereka yang tuan ambil dr 'budak2 nakal'. Tuan, di dalam hidup ini perlunya thiqah ataupun percaya terhadap seseorang yang adil dan dhobit. Mereka2 yang meriwayatkan hadith yang sohih adalah2 orang2 yang soleh. Kita perlu perdalami sejarah hidup seseorang ilmuwan islam itu jika kita tiada keyakinan terhadapnya. Ataupun bertanyakan mereka yang lebih arif. Tiada manusia yang mengetahui segala2nya. Carilah bukti untuk membenarkan bukan menyalahkan kerana tafsiran manusia itu cenderung untuk salah. Tambahan pula, mereka adalah para ilmuwan. Jika ilmu yang ada pada mereka itu dikatakan sedikit dan tidak layak meletakkan dakwaan ataupun tuntutan, kita pandanglah diri kita sama ada kita layak atau tidak untuk melakukan sedemikian.
Tuan,maafkan sy terhadap kata2 yg telah sy lontarkan, tidak terniat untuk merendahkan apatah lg mengkritik mahupun mengajar.. Sesungguhnya dalam setiap diri manusia telah ditiupkan dgn ruuhul qudus,ruh yg suci,jd sesiapa pun tidak layak menghina mahupun merendah2kan seseorang yg lain. Tetapi juga tidak bermakna kita boleh berbangga dengan apa yg kita ada. Sesungguhnya setiap pujian mestilah dikembalikan pada Allah. Sy juga ingin tergolong dalam mereka yg menyampai2kan kepada kebenaran itu. Moga Allah yang Maha Pengasih mempertemukan kita suatu hari nanti. InsyaAllah. Moga Allah mengampuni dosa2 sy dan tuan terhadap kata2 yang dilahirkan tanpa perbuatan. Wallahua'alam.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.10:39 AM
- Kassim Ahmad said...
1. Quran itu perlu difaham, bukan dihafal.
2. Tidak ada kasta paderi dalam Islam. Kasta paderi datang dari agama Hindu dan Kristian.
3. Yang kita perlu hidayah daripada Tuhan, bukan ikut "ulama" (baca paderi) buta-tuli.
4. Apa yang saya tulis itu terang. Saya tidak ada niat untuk mengelirukan siapa-siapa.
5. Barang siapa mendapat hidayah Tuhan, dia untung. Saya tidak rugi kalau dia tidak bersetuju dengan saya. Sebab itulah saya kata, "Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"2:43 PM
- Anonymous said...
Salam..
Satu pendapat menarik untuk direnungkan..
Pohon KHULDI atau Pohon TOYYIBATUN..
Buah ZAQQUM atau Buah ZAITUN..
Agar dapat HUDUD YANG HAQQ..
http://allah-semata.org/forum/index.php?PHPSESSID=fcvku2l4g94tuhuqlja2iv8if1&topic=726.msg8742#msg87421:27 AM
- Anonymous said...
Mohon beri komentar ayat al-quran berikut:
'Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan berusaha memperbuat bencana di muka bumi, bahwa mereka itu dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya dengan bertimbal balik, atau dibuang jauh dari tanah airnya. Balasan itu adalah suatu kehinaan bagi mereka di dunia dan untuk mereka itu di akhirat siksaan yang besar' (Surat Al Maidah ayat 33).8:51 PM
- Anonymous said...
Bertaubatlah kepada Allah S.W.T, Mohonlah keampunanNya. Dampingilah Alim Ulama', tuntutlah Ilmu dan janganlah mendedahkan diri kepada Murtad malah lagi Menyesatkan. Kelak bila tiba saat kematian dan Izrail pun bertandang, penyesalan sudah tiada gunanya. Maka pada waktu itu terbentanglah kebenaran apa yang telah anda lakukan selama ini di dunia sebenarnya amat merugikan diri sendiri. Barang siapa yang Mendustakan Ayat-Ayat Allah dan Hadis Nabi S.A.W, maka Neraka tempatnya serta kekal ia di dalamnya. Tetapi barangsiapa yang Beriman dengan Ayat-Ayat Allah dan Hadis Nabi S.A.W, amanlah dia di saat kematian dan Syurgalah tempat kediamannya kelak di Hari Akhirat.
9:22 PM
- Hasmadi Husin said...
SAHIH AL-BUKHARI, Hadis No: 8.817 :-
Allah mengutus Muhammad (saw) dengan yang Benar dan mewahyukan Kitab Suci kepadanya. Antara yang Allah wahyukan ialah Ayat Rejam (melontar batu kepada orang berkahwin (lelaki atau perempuan) yang melakukan persetubuhan haram, dan kita baca Ayat ini dan faham dan menghafalnya. Utusan Allah (saw) telah melaksanakan hukuman melontar dan juga kita selepasnya.
Saya khuatir bahawa selepas jangka masa lama seseorang akan berkata, 'Demi Allah, kita TIDAK JUMPA Ayat Rejam di dalam Kitab Allah' dan lantas mereka menjadi sesat kerana meninggalkan suatu kewajipan yang Allah telah wahyukan.Persoalan disini mengapa ayat rejam yang tiada dinyatakan dalam quran dikatakan wahyu Allah?kita lihat firman Allah dalam alquran,"'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)2:26 AM
- Hasmadi Husin said...
SAHIH AL-BUKHARI, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun :-
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut merejam bersama mereka.
Alquran Surah 24:2. Hukuman bagi budak(hamba) wanita yangberzina maka sebanyak 50 kali sebatan atau setengah dari hukuman wanita bebas. Bila hukuman bagi penzina adalah dilempari batu hingga mati, maka bagaimana ulama nak jalankan hukuman melempar batu bagi penzinah dengan hukuman separuh dari wanita bebas?
kita tak pernah mendengar ulamak2 membahaskan ayat 24:2,Pernyataan hadis yang mengatakan hukum rejam bagi penzina amat contradic dengan quran..2:29 AM
- Anonymous said...
Atikel tambahan mengenai hudud:http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12460
Penulis Boleh dihubungi melalui: nikazizr@gmail.com7:35 AM
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Salam pak kassim,
ReplyDeleteSetelah membaca dari hujah pak kassim dan komen pembaca blog. Saya dapati kesombongan dan mempertahankan diri dan menganggap diri itu sangatla betul itu adala pak kassim sendiri.. Senang bagi pak kassim memanggil org lain yg memberi komen itu bodoh. Tapi apa yg saya perhatikan hujah yang mengomen itu lagi berasas dan boleh dguna pakai sebagai org yg waras dan spt menggunakan otak.. Saya tdk nampak kebodohan org lain kecuali pak kassim... Kalau kt ada kepercayaan masing2 pegangla iya..itu yg menjadi pedoman kpada diri kita..bukan asyik memanggil org bodoh.. Nampak seperti diri pak kassim yg bongkak dan menganggap diri itu d tempat yg tinggi..itu bukan ajaran Islam..hendak berdakwah tawan hati pendengar..bukan mcm ini membuta tuli memggil org bodoh..tak berakal.. Huhh siapa yg bodoh sebnarnya...