Salam alaik,
Kes-kes seperti ini biasa berlaku apabila tinggal beramai-ramai beberapa keluarga atau ada ahli keluarga yang datang menumpang.
Tindakan awal ialah perlu mengadu pada orang luar yang paling rapat dengan anda - seperti guru kaunselor, kaunselor tempat kerja atau kaunselor agama atau kaunselor di pejabat LPPKN yang terdekat. Kaunselor seharusnya wanita juga. Mereka akan memberi nasihat yang baik dan seterusnya akan menjadi saksi yang terbaik.
Cara terbaik untuk menghindari sexual harassment di rumah, terutama sekali yang datang dari abang ipar ( samada suami kakak atau adik anda ) atau abang ipar atau adik ipar yang menumpang ialah:
=> TERUS TERANG pada orang tua atau suami supaya mereka ambil tindakan.
=> BERPINDAH KELUAR dari rumah tersebut
Untuk pengetahuan anda, lelaki yang suka melakukan sexual harassment pada orang lain agak SUSAH UNTUK SERIK. Ia suatu penyakit otak yang menular kepada orang yang sangat rendah nilai agamanya, tak mengenal had, tiada moral dan suka menurut hawa nafsu. Kadangkala orang ini berpura-pura alim tapi sebenarnya otaknya senget dan tabiatnya songsang akibat video lucah.
Jika dia tak dapat anda, dia akan mencuba dengan anak-anak saudara perempuan atau sepupu perempuannya atau orang gaji. Tetapi sekiranya target utama dia anda, dia akan terus target anda selagi berpeluang.
Biasanya, JIKA keluarga serumah ( ibubapa atau suami ) mempunyai akal fikiran murni, mungkin mereka akan ambil tindakan segera kerana mempercayai anda. Anda pula, sememangnya menjaga aurat di dalam rumah SELAMA ini daripada pandangan mata liar ipar lelaki. Maka pengaduan anda mungkin lebih mudah diterima.
Malangnya, ada banyak kes di mana ahli keluarga mempunyai SIFAT " DENIAL ". Reaksi spontan mereka ialah MENAFIKANNYA kerana tak dapat menerima kenyataan. Biasanya orang tua perempuan yang berperangai begitu kerana ingin melindungi anak lelakinya yang jahat. Isterinya ( kakak anda atau adik perempuan anda ), mungkin juga akan membuat reaksi yang sangat negatif kerana terperanjat. Namun ada juga bapa yang begitu. Jika begitu negatif reaksi mereka, jalan keluar ialah tinggalkan rumah.
JIKA keluarga serumah jenis Melayu yang liberal pula, tidak mengamalkan budaya baik dan tidak ambil peduli nilai hidup sebagai Muslim, jalan terbaik ialah KELUAR dari rumah tersebut. Jika tidak keluar segera dari rumah, tunggulah sehingga tibanya malang ke atas diri anda. Anda pasti akan dipersalahkan oleh keluarga yang bengong dan terpaksa menanggung susah bertahun-tahun lamanya selepas itu.
Ada juga kes-kes yang melibatkan ipar perempuan yang menggatal atau orang gaji yang menggatal terhadap suami atau kepada anak-anak lelaki yang remaja. Jadinya tak semestinya orang lelaki sahaja yang suka buat kerja tak senonoh.
Dan tak kurang juga wanita yang perasan sangat sehingga mereka sangka orang buat seksual harassment terhadapnya.
Cepat-cepat jumpa kaunselor yang bertauliah. Semestinya wanita.
---------------------------------------------------------------------------------
From: MsOnie175 <onie175@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, December 29, 2012 4:47 PM
Subject: RG2011... seksual harrasment di kalangan keluarga
salam...
harap tuan mode dpt lepaskan email sy ni...
hidekan ID sy.. TQ
sy nk mintak pandangan semua pembaca RG pasal seksual harrasment di kalangan keluarga?
ape pendapat anda..n kalo berlaku pada anda, ape yg anda akan lakukan....
contohnya: seksual harassment di kalangan ipar..
--
Thank you,
orang munafik mana pakai hukum ALLAH TAALA.
muzim padi...
usah bimbang..
sekali mereka x pakai hukum Allah, namun hukum Allah jugalah yang pasti menang akhirnya..
Hukum karma raba punggung
Salam GB
Mungkin robohnya Istana yang didiami oleh sesetengah daripada pimpinan UMNO itu akibat dibina dengan wang haram dan rasuah..
inilah pembalasan kepada manusia yang ego dan lupa diri,dan tidak pernah bersyukur dengan yang Allah berikan walaupun harta bertimbun hidup senang lenang tapi Allah akan tarik nikmatnya dalam sekelip mata aje
Ingat bahawa Allah Maha Bijaksana. Kalau kita alim / warak waiema jauh daripada benda2 haram pun kalau Allah nak bagi ujian , kena juga kita, roboh juga rumah kita so jangan kata sembarangan.
hj din
umno tu penuh org alim ker?
iktibar tetap iktibar
belajar tetap kena belajar
kan dah kutulis di situ ayat yg menyatakan... tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia?
Masalahnya ialah:- kalu Allah turunkan bala, bukan hanya 'depa' yg kena, kita skali kena la oiii... Waduhhhh penasarannya...
Yaaa setuju. Sebab tu kita kena sama-sama cegah kemungkaran kalau tak Allah bagi bala kat depa dan kena kita sekali, kalau dapat balak tak pa la brader ini bala wehh!
Inilah hukum Allah bagi mereka yang menolak hukum Allah sapa lebih berkuasa, berupaya dan mampu melakukan segalanya.... Mudah-mudahan runtuh semua sekali....
SubhanAllah,
Maaf aas kesilapan cut & paste posting tadi ini yang sebenarnya :
ANTARA DUA DARJAT
kepala berita Malaysiakini
BERITA 1
Tanah runtuh: Jalan alternatif ke Puncak S'wangsa dibuka sepenuhnya hari ini
Bernama
5:23PM Dis 30 2012
BERITA 2
Jambatan runtuh: 200 penduduk Hulu Besut terputus hubungan sepenuhnya
Bernama
6:29PM Dis 30 2012
Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir.
Siapa yang didahulukan..... Najib Najis
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata... Ucaplah Alhamdulillah, Bukannya sukar... Kerana semana KAYA atau BESAR tetap ALLAHU AKBAR!!!!
Apa juga malapetaka yang menimpa kita ia adalah hasil dari tangan kita sendiri.