Saturday, December 29, 2012

Re: RG2011... Cadangan Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India Perlu Kajian Mendalam - NUTP

 

Tak payah la amik dari india dh terlalu ramai foreigner kat sini, ambik aje guru2 n latih intensif 2 tahun kat. British council lps tu suh ngajar

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 27 Dec 2012 22:31:27 -0800 (PST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Cadangan Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India Perlu Kajian Mendalam - NUTP

 

kalau guru dari india "terbaik" apasal buat TESL kat malaysia? baik hantar student TESL ke india atau ambik pensyarah TESL dari india...  Ia lebih memberi kesan jangka panjang...  samada generasi akan datang akan lebih hancur ikut acuan yg caca merba atau ikut acuan Malaysia.

Pendapat saya kalau nak juga ambil pengajar luar.. ambil dari ENGLAND.
 
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 27 December 2012, 10:18
Subject: Re: RG2011... Cadangan Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India Perlu Kajian Mendalam - NUTP

 
         Rakyat India Malaysia pun boleh dipilih untuk mengajar bahasa Inggeris. Orang India memang bagus dalam bahasa Inggeris. Juga sya pernah ada guru India, guru Melayu dan guru Cina yang mengajar bahasa Inggeris. Guru India terbaik dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
 
rhirowati - rhirowati

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Sunday, December 23, 2012 8:58 PM
Subject: RG2011... Cadangan Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India Perlu Kajian Mendalam - NUTP
 
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, perbincangan perlu dilakukan dengan pakardalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata, Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.
Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.
Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan.Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.
Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.
Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersarauntuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.
"Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.
"Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.
Beliau juga berkata, jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negaraberkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin MohdDom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasaInggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara ini.
"Daripada sejarah yang dilihat, mereka banyak memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan terutama ramai lepasan sekolah mubaligh menjadi pemimpin dan tokoh ternama negara. Sejarah telah lama berakar umbi di negara kita.
"Jika guru-guru dari India dibawa kembali, saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana boleh membawa kebaikan berdasarkan sejarah yang dilihat dulu," katanya.
Beliau berkata, guru yang akan dibawa masuk juga adalah guru cemerlang dan bilangan guru di India adalah 10 kali ganda daripada bilangan guru di negara ini iaitu seramai 400,000 orang dan sudah tentu kementerian mempunyai banyak pilihan untuk memilih guru terbaik untuk mengajar di negara ini.
"Di India juga, sistem pendidikan mereka lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sudah tentu dari segi kepakaran tidak timbul masalah.
"Jadi, atas sebab-sebab itu, saya rasa cadangan itu begitu baik untuk dilaksanakan pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai dalamkenyataannya berpendapat cadangan itu adalah langkah yang baik tetapi menegaskanterdapat beberapa masalah yang perlu ditangani sebelum pengambilan itu bolehdilakukan.
Beliau berkata, antara masalah itu seperti perbezaan budaya dan sebutan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pendidik dari luar negara ini mungkin sukar difahami oleh pelajar Malaysia.
"Berdasarkan pengalaman saya, membawa pendidik asing mengajar bahasa Inggeris ia adalah usaha yang baik, tetapi mereka mesti diberi taklimat tentang budaya tempatan dan tingkah laku pelajar.
"Sebagai contoh, sebahagian pensyarah Barat yang pernah mengajar di sini memberi komen pelajar Malaysia sangat pasif di dalam kelas kerana tidak bercakap.
"Tetapi mereka gagal menyedari bahawa pelajar Asia lazimnya kurang lantangberbanding pelajar Barat disebabkan hakikat bahawa pandangan pengajar harus dihormati dan tidak dicabar," katanya.
Justeru katanya, malu atau takut diejek oleh rakan-rakan mereka adalah antara sebab mengapa mereka berbuat demikian.
"Bagaimanapun, langkah pengambilan tenaga pengajar asing tidak berpanjangan di masa depan kerana kosnya yang tinggi. Ia hanya sebagai langkah sementara.
"Lebih ramai guru bahasa Inggeris harus dilatih untuk mengelak kita daripadaterlalu bergantung kepada orang luar," katanya. - BERNAMA


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment