Friday, December 28, 2012

Re: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA

biasalah bila mahyudin pegang kuasa jadi huru-hara akhirnya, dulu masa dia kat pertanian, macam-macam timbul, lintah.., keli.., cacing dan memacam lagi ..lepas tu apa jadi sekarang, berapa ramai yang bungkus..hahahaa kerajaan zaman sekarang..
 

From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 28 December 2012 11:59 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA

Satu lagi idea yang bertentangan....  kalau dari LONDON tu lain laaa...  dah memang mereka ckp omputih...  ni dari INDIA?

Kalau direalisasikan...  lepasni anak  kita ckp omputih gelek kepala laaa..

hehehehe...
 
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 26 December 2012, 23:20
Subject: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA

 

 

Cikgu setiap tahun keluaq MAKTAB tetapi dok galak nak ambik dari INDIA nak buat apa kejadahnya..!!

Posted by Kedah Lanie
 
Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa Inggeris dari India
 
Oleh Zurairi AR

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar menguasai bahasa tersebut.

Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai "penyelesaian jangka pendek", yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.

"Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?" kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.

Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk akal.
Beliau berkata, tenaga pengajar di negara ini adalah cukup mengikut standard yang dimahukan oleh Kementerian Pelajaran.

"Apa yang cuba kita capai? Untuk peringkat mana kita mahu pelajar kita untuk pergi?" katanya lagi.

"Guru tidak dipindahkan keluar dari daerah saya sendiri, tidakkah ini menunjukkan guru bahasa Inggeris mencukupi?" katanya, sambil menerangkan karenah birokrasi perlu dipersalahkan dari masalah kekurangan guru dalam bahasa tersebut.
 
 Mk Jacobin said...
tukar kerajaan masalah tsb insyaallah boleh diatasi...lagi lama UBN memerintah lagi kelam kabut sistem pendidikan negara..mangsanya... anak2 kita juga....hidup ameno mampus melayu...
dlines said...
anak kami belajar di KPM Kolej Profesional Mara dan ambil diploma Bahasa Inggeris...tapi bila mohon Guru di UPSI suruh nya ambil guru pendidikan jasmani..akal ape ni kementerian.....habis gitu je 3 tahun belajar...dok dengar nak amek guru dari india...
 kampong lad said...
depa 'speaking' dgn teloq (pronunciation) india, budak2 boleh paham ka? nanti budak2 pun terikut, payah! payah!
 
 
----- Original Message -----
 
Subject:  Batalkan ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan
 
26 Dis 2012 : KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.
 
Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
"Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.
 
"Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.
 
"Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
 
 
 




No comments:

Post a Comment