Monday, December 31, 2012

Re: RG2011... seksual harrasment di kalangan keluarga

 

Salam alaik,

Kes-kes seperti ini biasa berlaku apabila tinggal beramai-ramai beberapa keluarga atau ada ahli keluarga yang datang menumpang. 

Tindakan awal ialah perlu mengadu pada orang luar yang paling rapat dengan anda - seperti guru kaunselor, kaunselor tempat kerja atau kaunselor agama atau kaunselor di pejabat LPPKN yang terdekat. Kaunselor seharusnya wanita juga. Mereka akan memberi nasihat yang baik dan seterusnya akan menjadi saksi yang terbaik. 

Cara terbaik untuk menghindari sexual harassment di rumah, terutama sekali yang datang dari abang ipar ( samada suami kakak atau adik anda ) atau abang ipar atau adik ipar yang menumpang  ialah:

=> TERUS TERANG pada orang tua atau suami supaya mereka ambil tindakan.
=> BERPINDAH KELUAR dari rumah tersebut

Untuk pengetahuan anda, lelaki yang suka melakukan sexual harassment pada orang lain agak SUSAH UNTUK SERIK. Ia suatu penyakit otak yang menular kepada orang yang sangat rendah nilai agamanya, tak mengenal had, tiada moral dan suka menurut hawa nafsu. Kadangkala orang ini berpura-pura alim tapi sebenarnya otaknya senget dan tabiatnya songsang akibat video lucah.

Jika dia tak dapat anda, dia akan mencuba dengan anak-anak saudara perempuan atau sepupu perempuannya atau orang gaji. Tetapi sekiranya target utama dia anda, dia akan terus target anda selagi berpeluang.

Biasanya, JIKA keluarga serumah ( ibubapa atau suami ) mempunyai akal fikiran murni, mungkin mereka akan ambil tindakan segera kerana mempercayai anda. Anda pula, sememangnya menjaga aurat di dalam rumah SELAMA ini daripada pandangan mata liar ipar lelaki. Maka pengaduan anda mungkin lebih mudah diterima.

Malangnya, ada banyak kes di mana ahli keluarga mempunyai SIFAT " DENIAL ". Reaksi spontan mereka ialah MENAFIKANNYA kerana tak dapat menerima kenyataan. Biasanya orang tua perempuan yang berperangai begitu kerana ingin melindungi anak lelakinya yang jahat. Isterinya ( kakak anda atau adik perempuan anda ), mungkin juga akan membuat reaksi yang sangat negatif kerana terperanjat.  Namun ada juga bapa yang begitu. Jika begitu negatif reaksi mereka, jalan keluar ialah tinggalkan rumah. 

JIKA keluarga serumah jenis Melayu yang liberal pula, tidak mengamalkan budaya baik dan tidak ambil peduli nilai hidup sebagai Muslim, jalan terbaik ialah KELUAR dari rumah tersebut. Jika tidak keluar segera dari rumah, tunggulah sehingga tibanya malang ke atas diri anda. Anda pasti akan dipersalahkan oleh keluarga yang bengong dan terpaksa menanggung susah bertahun-tahun lamanya selepas itu.

Ada juga kes-kes yang melibatkan ipar perempuan yang menggatal atau orang gaji yang menggatal terhadap suami atau kepada anak-anak lelaki yang remaja. Jadinya tak semestinya orang lelaki sahaja yang suka buat kerja tak senonoh. 

Dan tak kurang juga wanita yang perasan sangat sehingga mereka sangka orang buat seksual harassment terhadapnya. 

Cepat-cepat jumpa kaunselor yang bertauliah. Semestinya wanita.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: MsOnie175 <onie175@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, December 29, 2012 4:47 PM
Subject: RG2011... seksual harrasment di kalangan keluarga

 
salam...
harap tuan mode dpt lepaskan email sy ni...
hidekan ID sy.. TQ
 
sy nk mintak pandangan semua pembaca RG pasal seksual harrasment di kalangan keluarga?
 
ape pendapat anda..n kalo berlaku pada anda, ape yg anda akan lakukan....
 
contohnya: seksual harassment di kalangan ipar..

--
Thank you,

 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment