'Slang' org dari india pun lain jgk. Lidah tergulung tergeliat sana sini. Dari pengalaman saya yg pernah belajar dgn lecturer dari India, mmg susah nak paham dia cakap apa. Bila ada satu perkataan dlm ayat yg kita x paham, kita sibuk memikir dia cakap apa? Smpai ayat2 berikutnya kita pulak ter-miss. Ish ish..
Mungkin cikgu dari India upahnya lebih murah berbanding yg dari London, tapi.. Kat Malaysia ni ramai je penduduk tempatan yg boleh kita groom utk jadi cikgu bahasa Inggeris yg baik. Ini hanya pndapat saya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
-----Original Message-----
From: Johari Bakri <johari.bakri@yahoo.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 29 Dec 2012 00:43:23
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA
biasalah bila mahyudin pegang kuasa jadi huru-hara akhirnya, dulu masa dia kat pertanian, macam-macam timbul, lintah.., keli.., cacing dan memacam lagi ..lepas tu apa jadi sekarang, berapa ramai yang bungkus..hahahaa kerajaan zaman sekarang..
________________________________
From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 28 December 2012 11:59 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA
Satu lagi idea yang bertentangan.... kalau dari LONDON tu lain laaa... dah memang mereka ckp omputih... ni dari INDIA?
Kalau direalisasikan... lepasni anak kita ckp omputih gelek kepala laaa..
hehehehe...
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900
________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 26 December 2012, 23:20
Subject: RG2011... Fw: dok galak nak ambik dari INDIA
Cikgu setiap tahun keluaq
MAKTAB tetapi dok galak nak ambik dari INDIA nak buat apa kejadahnya..!!
Posted by Kedah Lanie
Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa
Inggeris dari India
Oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya
untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para
pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar menguasai bahasa
tersebut.
Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan
reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa gusar dengan
apa yang mereka sifatkan sebagai "penyelesaian jangka pendek", yang tidak akan
membantu kelas berbilang kaum untuk mempelajarinya, kerana penggunaan loghat
yang berbeza.
"Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan
orang asing mengajar rakyat Malaysia?" kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa
tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan
kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk
akal.
Beliau berkata, tenaga pengajar di negara ini
adalah cukup mengikut standard yang dimahukan oleh Kementerian Pelajaran.
"Apa yang cuba kita capai? Untuk peringkat mana
kita mahu pelajar kita untuk pergi?" katanya lagi.
"Guru tidak dipindahkan keluar dari daerah saya
sendiri, tidakkah ini menunjukkan guru bahasa Inggeris mencukupi?" katanya,
sambil menerangkan karenah birokrasi perlu dipersalahkan dari masalah kekurangan
guru dalam bahasa tersebut.
comments:
Mk Jacobin said...
tukar kerajaan masalah tsb insyaallah boleh diatasi...lagi lama UBN memerintah lagi kelam kabut sistem pendidikan negara..mangsanya... anak2 kita juga....hidup ameno mampus melayu...
dlines said...
anak kami belajar di KPM Kolej Profesional Mara dan ambil diploma Bahasa Inggeris...tapi bila mohon Guru di UPSI suruh nya ambil guru pendidikan jasmani..akal ape ni kementerian.....habis gitu je 3 tahun belajar...dok dengar nak amek guru dari india...
kampong lad said...
depa 'speaking' dgn teloq (pronunciation) india, budak2 boleh paham ka? nanti budak2 pun terikut, payah! payah!
----- Original Message -----
From: Suara Rakyat
Subject: Batalkan ambil
guru dari India, utamakan graduan tempatan
26 Dis 2012 : KEADILAN gesa
kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India,
sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam
negara yang masih menganggur.
Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad
berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
"Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru
dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan
negara.
"Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil
graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai
graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak
menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.
"Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri
Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran
kerja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu
berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi
keadaan.
http://www.keadilandaily.com/?p=41723
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (7) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment