Tq for sharing the pictures, still the same as I remembered. Hope next year I'll be able to be there again
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 29 Dec 2012 21:09:35 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... PART 14 USA : LAS VEGAS I'M COMING
ALHAMDULILLAH
Setelah menempuh jarak perjalanan yang agak panjang sementelah menyinggah utk solat jamak takdim zohor dan asar dan makan tengahari serta sempat ke sebuah factory outlet dengan aktiviti soping-nyoping, akhirnya kelibat Las Vegas yang popular dengan The Fabuloas City kelihatan dari jauh .
Sebelum tu , kami melintasi Dam Hoover yang terkenal namun tak berkesempatan untuk singgah kerana hari dah gelap walaupun baru jam 5 petang. Kalau nak tahu , Dam Hoover atau Empangan Hoover yang dibina pada tahun 1931 terletak antara sempadan negeri Nevada dan Arizona di mana sungai Colorado melingkarinya yang membekalkan sumber air. Nama empangan itu juga diambil sempena nama presiden Amerika ketika itu iaitu Herbert Hoover.
Empangan Hoover ini juga merupakan sebuah tarikan pelancong sebenarnya kerana keunikan dan betapa besarnya empangan ini dibina dan memang cantik pada waktu siang hari, namun aku tak sempat menerokainya kerana telah telah gelap dan pandangan agak terhad .
Hampir 5.00 petang dari jarak kejauhan lebih kurang 25 km, sinaran lampu yang menyinari Las Vegas telah kelihatan menunjukkan betapa besarnya bandar ini yang lebih terkenal dengan jolokan bandar perjudian kerana di sinilah terdapatnya ratusan pusat perjudian hampir di setiap hotel-hotel penginapannya tak kira ceruk mana sekali pun.
Suhu begitu dingin sekali aku rasakan kerana Las Vegas ini sebenarnya terletak dalam kawasan gurun yang kontang sebenarnya di negeri Nevada. Namun atas kebijaksanaan manusia yang dikurniakan akal fikiran semestinya oleh Allah S.W.T. maka sebuah kawasan gurun yang kontang bertukar menjadi sebuah bandar yang begermalapan sekali di waktu malam dengan cahaya lampu neon yang berwarna-warnitak kira di mana-mana pun dan inilah sebenarnya salah satu tarikan kota Vegas .
25 km lagi, cahaya lampu kota Vegas dah kelihatan
Las Vegas terletak dalam Nevada , Clark County terkenal sebagai resort perjudian dan membeli belah dengan barisan resort bertaraf 7 bintang seperti Ceaser Palace, MGM dan banyak lagi mula diterokai pada tahun 1905 lagi.
Penduduk kota metropolitan Las Vegas sendiri hampir 2 juta orang menunjukkan betapa kegiatan ekonominya di sini membantu ia menjadi terkenal di seluruh dunia serta menjadi tumpuan bukan sahaja kaki judi, tapi pelancong2 yang ingin merasai apakah keistimewaan kota ini.
Namun kunjungan kami ke sini hanyalah untuk mengambil iktibar dan pengajaran dengan meyaksikan sendiri bagaimana manusia sesat dan lalai dengan dendangan mesin2 slot yang bersepah hampir di setiap hotelnya dan meja-meja roulette yang sentiasa menajdi tumpuan dan aku pasti menjadikan ianya sebagai satu sempadan dan pengajaran bahawa perjudian adalah salah satu dari dosa2 besar yang ditegah di sisi agama kita.
Namun pasti kota Vegas tidak selaknat kota San Francisco . Kerana apa aku mengatakan begitu, nanti akan aku ceritakan kemudian.
Sempat aku menyinggah ke salah satu arca di pintu masuk kota Vegas untuk merakamkan beberapa keping foto sebagai tanda aku telah sampai ke sini yang ketika itu ramai juga pengunjung yang berbuat demikian .
Signboard ini merupakan salah satu tempat yang mesti di tuju jika ke Vegas di mana tak pernah sunyi terutamanya di sebelah malam hinggakan pengantin baru yang baru dikahwinkan jugak kelihatan ramai sekali pada malam ini.
Las Vegas,
kota yang tak pernah sunyi dan tidur di malam hari . Kalau Berahim Pendek datang ke sini bersama dadu-daunya, pasti ia akan menang besar setiap malam hehehe
Hummer Limo bersepak kat sini
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment