Thursday, December 27, 2012

Re: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh

 

Semasa saya di Madinah bulan jun lepas, jurupandu (pelajar malaysia di Universiti madinah) memberitahu rombongan kami bahawa bahagian kanan masjid nabawi (jika kita memandang arah kiblat) akan dibesarkan sehingga beberapa bangunan terpaksa dirobohkan termasuk sebuah hotel milik orang malaysia yang baru saja dibina.
 
Pembesaran ini tidak melibatkan makam Rasulullah kerana lokasi makam itu pada masa ini terletak di bahagian kiri masjid nabawi (arah perkuburan baqi').
 
Jangan percaya khabar angin dan fitnah yag bertujuan memecahbelahkan umat islam.

2012/12/26 saadah mastura <saamasz84@yahoo.com>
 

salah seorang ustaz yang selalu masuk tv (tak ingt pula siapa) telah jwb isu ini dalm salah 1 soal jwb di tv, beliau telah tanya kepada kwn2 yg berkhidmat di tanah suci..mmg perkara yg disebar ini palsu dan dakyah kafir yang cuba ada-adakan cerita. Allah yang berhak untuk menjaga makam Rasulullah kekasihNya. 

Jadi jgn lah cepat melenting dgn perkara2 yg begini. siasat dulu punca asal berita seblum mmbuat andaian tanpa maklumat dr sumber yang sah. 

Wallahua'lam


From: izwanum abdulwahid <pedu_00@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 20 November 2012 3:24 PM
Subject: Re: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh

 
mungkin dia maksudkan
sesiapa yang mengatakan bahawa orang yang berada di Makkah dan Madinah termasuk para imam-imamnya, adalah jahil belaka dan tidak cintai Nabi Saw
maka patut buat solat dan imam sendiri-sendiri semasa kat sana


From: saadah mastura <saamasz84@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, November 19, 2012 10:00 AM
Subject: Re: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh

 
Salam,
Sabar..cuba perhatikan sumber yang diambil. Suratkhabar mana yang bijak sangat ni ambil sumer berita ni dari akhbar The Independent yang diterbitkan di London. Boleh cam tak rupa akhbar Malaysia ni. bukan ambil sumer al-jazeera ke apa. Ini boleh jadi akhbar barat kafir yang cuba menyebarkan isu yang bukan-bukan lagi boleh melaga-lagakan umat Islam. oleh itu, kita serahkanlah kepada yang sah dan berhak. Makam rasulullah terletak berhampiran dengan Raudhah dan saya yakin orang Madinah tidak akan bertindak bodoh untuk merobohkan Makam Rasulullah s.a.w. Wallahua'lam.
 

From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 11 November 2012 12:01 PM
Subject: Re: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh
 
sebab itu tak patut berimamkan mereka semasa di Makkah dan Madinah mereka ini jahil

From: suhaili sahari <surosab161@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 6:23 PM
Subject: Re: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh
 

Inilah kegilaan bangsa jahilliah moden yang mengaku menjaga islam yg berprinsipkan bidaah adalah sesat sahaja (Konsep islam yg lain diketepikan). banyak lagi kawasan  lain boleh diroboh termasuklah hotel hotel macam hollywood yg pesat dibina yg boleh diroboh utk pembesaran masjid nabawi.  Apa punya jahil makam nabi pun nak diroboh. Orang nak ziarah makam nabi bukan nak tengok hotel yg mewah sebab hotel di negara kita sendiri pun banyak tak hairan  wahai penjahilan agama.

Sayyid Imam Ahmad bin Zaini Dahlan rahimahullah:
"Sesungguhnya Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa ada banyak perkara yang berkaitan dengan golongan al Khawarij melalui banyak hadis, dan hadis tersebut adalah daripada tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad. Sesungguhnya segala hadis itu adalah sebahagian pemberitahuan berhubung perkara-perkara yang ghaib dan semua hadis itu juga adalah bertaraf sahih. Sebahagian riwayat dari Imam al Bukhari, Imam Muslim manakala bakinya adalah riwayat Imam-Imam yang lainnya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Nabi Muhammad:
Akan terdapat segolongan manusia dari sebelah timur dan mereka membaca al Quran tetapi tidak menghalang kepada mereka keluar daripada agama, sebagaimana keluar anak panah
dari busarnya dan mereka tidak akan kembali, sehingga anak panah itu kembali ke busar. Tanda mereka ialah membotakkan kepala8 sebagai pengenalan tetap bagi mereka".
Beliau berkata lagi:
Dalam hadis lain Rasulullah telah berdoa: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, lalu para sahabat berkata: Doakanlah untuk negara Najad kami, lalu baginda pun berdoa lagi: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, sehingga tiga kali, kemudian baginda berkata di sana nanti (Najad) akan tercetusnya fitnah dan tanduk Syaitan
 

From: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
To:
Sent: Monday, November 5, 2012 11:26 PM
Subject: RG2011... Makam Rasulullah akan diroboh
 

Makam Rasulullah akan diroboh

Post under Agama di Isnin, November 05, 2012 Dicatat oleh Naim Qlate

Makam Rasulullah akan diroboh

MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi. Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.
Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.
Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.

Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.
Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.
Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com/( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/wp/(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment