Wednesday, December 26, 2012

Re: RG2011... Fw: Kompaun RM27K kepada perokok

 

Jangan nak buat2 terkejut..........
Rokok wujud sebelum bapak saya dan bapak hang lahir kat bumi...apa nak heran! terkejut pulak tu......





2012/12/25 lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Kita meminta supaya perokok menghormati hak mereka yang tidak merokok, tapi kita lupa perokok juga rakyat yang membayar cukai dan rokok juga dah dikena cukaii yang amat tinggi jadi hak mereka juga patut dihormati..langkah menyediakan ruang atau bilik untuk perokok adalah lebih baik daripada hanya mewartakan kawasan larangan. Di sesetengah tempat atau bangunan sudah dah yang mengambil langkah ini dan ianya lebih kompromi. Pelancong asing tentu terkejut bila berhadapan dengan situasi ini dan tidak mustahil mereka akan bertanya jika di sini mereka dilarang merokok di mana tempat untuk mereka merokok adakah tempat sebegitu ada disediakan? Jika tidak ada mereka masih boleh menentang larangan merokok melalui hak mereka sebagai perokok.
Merokok memang tidak baik dan menjejaskan kesihatan, apapun kita perlu bersikap adil dengan mereka, jika kita melarang mereka merokok ditempat awam maka kita harus menyediakan tempat yang khusus untuk mereka merokok.
 
Pelancong tentu merasa pelik kerana mereka dilarang merokok di tempat awam tapi mereka melihat rokok dijual di tempat awam...
--- On Sun, 23/12/12, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Fw: Kompaun RM27K kepada perokok
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Sunday, 23 December, 2012, 9:16 PM

 

Kompaun lebih RM27,000 dikeluarkan kepada perokok di KLIA dan LCCT

DRS. KHALIL IDHAM LIM

KUALA LUMPUR: Kompaun berjumlah RM27,774 dikeluarkan terhadap 244 individu termasuk 98 pelancong asing kerana merokok di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata setiap seorang dikenakan kompaun minimum RM250 dan sekiranya gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan. 



"Pejabat Kesihatan KLIA banyak menerima aduan mengenai orang awam yang merokok di kawasanlarangan di KLIA dan LCCT. 

"Berikutan itu operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 diadakan selama dua hari bermula 16 Disember lalu dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad 

"Operasi itu memberi fokus kepada penguatkuasaan Peraturan 11 (1)(g) dan 11(1)(e), PPKHT 2004 di kawasan larangan merokok iaitu di Lapangan Terbang dan Hentian Pengangkutan Awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata dalam operasi itu juga sejumlah 494 Notis Kesalahan dikeluarkan kepada perokok di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana merokok di kawasan larangan.

Beliau berkata pihak jabatan akan meneruskan operasi berkenaan secara berkala di KLIA dan LCCT bagi mengawal dan memberi kesedaran kepada perokok serta melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok basi. - BERNAMA

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment