Friday, December 28, 2012

Re: RG2011... 10 jenis Lelaki DIBENCI Wanita!

 

salam...
rilekslah saadah... saya sebagai wanita juga setuju dgn daniena... betul apa...rutin tu bosan... saya pasti daniena hanya memberi panduan supaya lelaki menjadi lebih baik...bukanlah nak cari salah sesiapa...dan itu hanya pandangan... kalau dilihat positif...positiflah dia...kalau negatif...negatiflah dia....
rileks lah babe
he he he...
 
 
 

--- On Tue, 12/25/12, saadah mastura <saamasz84@yahoo.com> wrote:

From: saadah mastura <saamasz84@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... 10 jenis Lelaki DIBENCI Wanita!
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, December 25, 2012, 10:37 PM

 
salam

hmm...saya xtau daniena ni tolong fwd ke tak..but it seems like anda mcm buat statement ikut emosi. so sorry kalau saya salah.

sebelum kemukakan senarai jenis2 yg dibenci tu..adakah anda dh baiki diri dulu dan berubah sebagaimana yg anda harap laki dlm hidup anda berubah?

sbg seorang perempuan, saya juga setuju antara jenis2 itu namun kurang setuju dgn no.6 which is melakukan rutin yg sama..adakah anda rasa anda ada progress sangat?dan yakin anda itu tidak membosankan. 

apa mksud anda dgn pekerjaan yg sama?jika itu mmg keje tetap dia. 

apa2 pn jgn lah terlalu harap yg perfect. tapi pilihlah yg berbaloi dan jamin masa depan dunia n akhirat. sekian. 



From: wahab sulaiman <wahabsulaiman@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 3 December 2012 10:00 PM
Subject: Re: RG2011... 10 jenis Lelaki DIBENCI Wanita!

 
Dan ada banyak perkara yg tidak di sukai oleh lelaki tentang wanita..

1.   ada wanita yg tak mahu tutup aurat
2.   ada wanita yg tak berapa suka bersetubuh
3    ada wanita yg tak mahu anak
4.   ada wanita yg tak mahu susu kan anak kerana takut  buah dada akan jatuh dan tak cantik lagi
5.   ada wanita selepas bersalin melahirkan anak yg tak pandai jaga badan, bentuk badan gemuk dan banyak lemak
6.   ada wanita yg tak suka jaga kebersihan badan dan muka
7.   ada wanita yg garang dan bercakap kasar dgn suami mereka
8.   ada wanita yg tidak hormat kedua2 ibubapa suami
9.   ada wanita yg tak pandai ambil hati emak dan bapa mertua
10. ada wanita yg jadi queen control

sekian
MAWS

2012/11/30 Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
 
Bukan nak kata tetapi THE TRUTH tentang wanita, mereka memang ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan lelaki. Banyak perkara yang dibenci tentang lelaki dan boleh dikatakan, hanya segelintir lelaki sahaja yang menjadi pilihan mereka.
  • Mereka for sure akan deny it. TETAPI apa yang menjadi kenyataan, tetap kenyataan!
Dan seperti yang selalu dipesan, jangan fokus pada masalah itu sebaliknya fokus pada bagaimana mahu menanganinya. Jadi, kalau boleh setelah tahu lelaki sebagaimana yang dibenci wanita, fikirt-fikirlah… , apakah tindakan anda selanjutnya? Bagaimanakah nak atasinya?
FOR NOW, this is for your info hopefully bila dah tahu cubalah cari jalan penyelesaiannya: -
  • 1 – Lelaki pengongkong? - Ya wanita sememangnya suka kepada lelaki yang boleh melindunginya, jaga dia, bertanggungjawab terhadapnya. TETAPI jangan terlampau sangat sehingga mengonkong mereka ketat. Sehingga nak buat apa, nak pergi mana semuanya atas arahan lelaki! Wanita akan mudah lemas dan rimas bercinta dengan lelaki yang terlalu mengawal. Ini boleh membuatkan wanita lari dari lelaki.
  • 2 – Lelaki tak mahu kahwin? - Mungkin di awal perhubungan wanita tidak kisah sangat jika lelaki tidak mahu berbincang atau memikirkan soal kahwin. BUT believe me when I say, wanita BENCI sangat dengan lelaki yang tidak tahu pun bila nak kahwin. Sampai satu masa, percintaan itu PASTI melibatkan perkahwina. Well at least itu yang diingini wanita. Mereka akan merasa dipergunakan apabila bercinta serius kemain tetapi nikahnya tah bila!
  • 3 – Lelaki pemarah? – Wanita teramat benci kepada lelaki yang suka memaki hamun di kala marah, tetapi romantik giler bila tengah baik. Don't make them confused man! – Kalau betul-betul cinta, kalau sayang… takkan boleh senang-senang maki hamu orang yang kita sayang?
  • 4. – Lelaki dayus? – Wanita mudah bosan dengan lelaki yang tidak ada pendirian hidup dan susah atau takut untuk membuat keputusan. Agak pengecut untuk bertindak… memang tidak akan dapat memikat wanita la kan. Be a gentlemen for once!
  • 5. – Lelaki tidak terurus? – Ya memang ramai wanita yang berkata, "Asalkan jujur dan ikhlas cukup dah…tak hensem pun tak pa asal sedap mata memandang!" – Nak sedap mata memandang macamana kalau pengotor? Muka cemar je, penampilan tak jaga, body tak terurus… Memang yang dulu sayang pun akan menjadi benci!
  • 6. – Lelaki yang hanya buat Rutin sama? Ya, ianya juga akan membuatkan wanita benci dengan lelaki yang asyik melakukan perkara sama sahaja, tanpa ada sebarang progress dalam hidup. Kalau makan asyik makan gerai tuuu saja, kalau keluar asyik pergi shopping complex saja, bosan! Pekerjaan juga yang sama, topik perbualan juga sama, janji-janji juga hanya yang sama, tidak ada peningkatan dalam hidup, FOR SURE lelaki akan kehilangan wanita kesayanganya itu tidak lama lagi.
  • 7. – Lelaki suka bertekak dan mencari salah? Lagilah dibenci wanita! – Apa sahaja yang dilakukan salah, apa saja yang dicakap semuanya ditegur. Setiap pendapat dibangkang, setiap keputusan dibentak. Buang masa la nak tunggu lagi…
  • 8.  Lelaki suka pada kawan-kawan? – Wanita juga amat tidak suka sekali kepada lelaki yang hanya mementingkan kawan-kawannya atau asyik-asyik dahulukan sahabat baik. Bagi wanita, jika anda lebih suka bersama kawan-kawan anda sehingga jauh lewat malam, tetapi jarang meluangkan masa untuk mereka, itu menunjukkan perhubungan itu tidak ada masa depan.
  • 9.  Lelaki kurang keyakinan? – Tidak akan kelihatan menarik pada wanita. Mereka akan nampak lelaki sebegini adalah lelaki yang lemah, insecure, dan tidak akan berjaya di dalam pekerjaan, kehidupan dan apatah lagi di dalam perhubungan cinta.
  • 10.  Lelaki cepat berubah? – Disukai benar asalnya, tetapi dibenci kemudiannya kerana suka hilang tanpa berita. Dulu kemain lagi masa memikat, setiap masa contact, sms, nak jumpa selalu lah rindu lah. Sekarang bila dah dapat…diam terus! Call dah tak ada, sms jarang sekali, dia pun hilang tah kemana. Kadang-kadang muncul melepas rindu, lepas tu hilang lagi tanpa berita. Lelaki sebegini AMAT dibenci wanita.
THERE YOU GO 10 type of man that womens hate! Tapi benci-benci juga kan wanita ni, namun lelaki-lelaki sebegini lah yang mereka jatuh cinta!! SEBABNYA? –
"Kesilapan terbesar yang wanita selalu lakukan adalah kerana mereka ingat mereka boleh mengubah lelaki ini dengan cintanya!"
Hakikatnya, lelaki hanya akan berubah jika mereka mahu. Bukan sebab sesiapa bukan sebab cinta. Ada sesetengah wanita, they got lucky kerana lelaki itu berubah… tapi jangan perasan! It's not because of you or your love tetapi kerana lelaki itu sudah sampai serunya untuk berubah.
ANYWAY… KEPADA LELAKI : adakah anda di antara 10 jenis lelaki di atas? I honestly feels, hope you're NOT! Harapnya anda adalah lelaki pilihan aweks! Whatever it maybe, jangan terlalu berpegang sangat kepada prinsip tak mahu berubah kerana wanita, tetapi cuba ambil mahu berubah untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama, itu lebih going to make you feels better.
KEPADA WANITA : Dah baca tu, hadiahkan artikel ini kepada pasangan lelaki anda dan sebarkan pada kawan-kawan, share kat facebook dengan harapan lelaki akan lebih memahami wanita. All the best and good luck!




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment