Polis Perlu Tangkap Ketua Pemuda Umno Jempol!
Jempol: Timbalan Pengarah Konvoi Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman (gambar) kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.
Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.
"Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
"Seperti mana dakwaan saya semalam maka 'sudah terang lagi bersuluh'; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara.
"Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.
"Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.
Rakaman seorang pemuda BN berjalan sambil memegang batu di tangannya.

"Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri ," kata Karip.
Mohd Nizam cakap belit-belit
Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: "Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.
"Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar," katanya.
Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.
Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda
Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.
"Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.
"Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).
"Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.
"Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.
"Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas," jelas Karip.
Ulasan GB
GB sudah desak sebelum ini. Petikan:
Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang orang lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini? Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan? Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni? Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara?
Mohd Nizam cakap belit-belit
Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: "Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.
"Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar," katanya.
Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.
Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda
Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.
"Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.
"Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).
"Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.
"Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.
"Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas," jelas Karip.
Ulasan GB
GB sudah desak sebelum ini. Petikan:
comments:
Anonymous said...
Polis Dan Peguam Negara Merestui Siri Serangan Samseng Umno Ke Atas Pakatan Rakyat ??
KUALA LUMPUR 24 Dis: Keengganan polis untuk mengambil tindakan ke atas samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat dan bas Jelajah Merdeka Rakyat bagai skrip yang dirancang kerajaan BN supaya lebih banyak insiden serupa berlaku.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sikap polis yang membisu tanpa siasatan seumpama mendapat restu kerajaan.
"Polis membisu seperti sandiwara yang skripnya sudah disiapkan Umno BN. Walaupun kejadian sering berulang, hakikatnya polis hanya membisu selepas menerima laporan mengakibatkan samseng Umno semakin galak menyerang Pakatan," katanya ketika dihubungi.
Shamsul berkata, polis hanya bersandiwara kononnya mahu segera menyiasat serangan tersebut, tetapi hingga kini tiada satupun tindakan diambil.
"Polis sebenarnya tidak serius. Pada awalnya nampak serius. Akhirnya tiada satupun siasatan dan tangkapan dibuat," katanya.
Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara 4 Disember lalu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka.
Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.
Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu.
Sebelum itu, sekumpulan ahli Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.
Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.
Bas Jelajah Merdeka Rakyat turut dicemari insiden serupa apabila disimbah cat merah oleh samseng Umno ketika Anwar bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor 14 September.
Sebelum ini, bas berkenaan disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.
Terbaru, insiden sama berulang 16 Disember lalu apabila bas tersebut dibaling objek keras menyebabkan cermin sisi penumpang retak dan berlubang.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata, samseng yang menyerang pemimpin Pakatan dibiar bebas menyerlahkan sikap dwi standard polis.
"Adakah Peguam Negara yang tidak mahu membuat pertuduhan atau polis sebenarnya tidak menyiasat?" soal Shamsul.
"Polis jangan hanya 'suka' menyiasat parti pembangkang, tapi kalau melibatkan parti pemerintah sengaja didiamkan," tegas Pengerusi KEADILAN Melaka itu lagi.
Polis tolong, tolong jangan sahkan anda entiti tali barut UMNO
penburukonline.blogspot.
PBO: Polis di Raja Malaysia (PDRM) - setia dan taat pada Yang di Pertuan Agong. Bukan UMNO!. Jangan dan jangan terus biarkan rakyat semakin hilang respek kepada pasukan polis. Persoalan, apakah pakatan telah melanggar undang-undang dalam memberi ceramah ..? Tidak bukan:? Habis kenapa tiada tangkapan dan tindakan? Jangan biar rakyat pula menjadi hakim.
UMNO! Ingat dengan cara ini rakyat akan patah semangat? Aku yakin semakin samseng, semakin banyak undi buat pakatan. Hancur UMNO!!!
Pakatan pula harus lebih berhati-hati dengan taktik sebegini, apakah sudah lupa dengan operasi lalang? Apakah sudah lupa dengan kata-kata Najib apapun terjadi putrajaya akan tetap dipertahankan?
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
keadaanpolitik msia msa kini sama dengn cerita waayang bollywood, bilaa deekat pilihan raya, banyak lah polis di beli sehingga pegawai polis memihak kepada wikil raayat yaaaang memerintah wlupu ia sorang pembunuh,perompak dan segal mcam kejhatn. polis lihat shaj. jjika ada yang jujur hendah mengunakan undn swdia ada maka bercakap lah DSP. kmu xtaahu dia berkuasa?
Pemuda UMNO tak pulak buat sekatan halang pekerja tanpa izin masuk Malaysia.
Tapi buat sekatan rakyat Malaysia utk masuk dlm kawasan Malaysia.
Sejak bila pemuda UMNO ada hak utk buat sekatan ini ?
Bila pulak dapat kuasa drpd Polis.
Menang aje PR pd PRU13 nanti... Suruh aje polis tangkap petualang2 dari UMNO tu dan dakwa mamat2 tu d mahkamah... Lepas tu sumbat mamat2 tu dlm jel 5 tahun... LepasPRU14 baru lepaskan mamat2 UMNO tu... AMACAM???
Alaa... Sama juga macam kat KL. Penguasa DBKL hanya berani kat penjaja Melayu berlesen di Titiwangsa! Tapi takut kat penjaja Indon tanpa lesen di Chow Kit! Cuba tuan-puan pegi kat Chow Kit, ada pernah nampak penguat kuasa kat situ? Tempat tu kotor dan tak berapa teratur, tapi tak ada apa-apa tindakan, seolah-olah Chow Kit bukan sebahagian KL.