Lawak betul..buat isu ke atas cerita basi yg semmgnya UMNO sendiripun dah lupa. Maklumlah dah 31 tahun.
Ustaz 'junior' umnopun yg bising tupun masih kecil lagi....
Jika UMNO berani terutamanya Rais Yatim, tunaikan permintaan Ustaz Hadi utk berada di paparan kaca TV bagi menerangkan apa yg beliau maksud 31 tahun yg lalu itu...Ini promosi yg sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Selama tempoh 31 tahun itu, jenuh UMNO memujuk PAS bersatu dgnnya...Maksudnya UMNO tiada major issue dalam amanat itupun...
Oleh kerana tepuk sebelah tangan, maka isu2 basi dimainkan oleh jurufikir bertauliah mereka...
Mungkin isu ini adalah sumbangan kecil orang2 agama dalam UMNO spt Jamil Khir utk memenuhi masa menunggu tak sampai 3 bulan lagi agaknya utk PRU13...
Nun di sana ada suara menyatakan pada cuti sekolah di akhir March 2013 ini...Betul ke?
Tungguu...
From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 29 December 2012 9:43 AM
Subject: Re: RG2011... Nasihat dari Dr MAZA
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 29 December 2012 9:43 AM
Subject: Re: RG2011... Nasihat dari Dr MAZA
Kerana yakin dengan Amanat Haji Hadi semasa dikeluarkan 31 tahun lalu, bekas penyokong tegar Pas, Raja Ayub Raja Kechil, 60, memutuskan untuk tidak lagi menjejak kaki ke rumah mentuanya yang cuma tinggal bersebelahan rumahnya di kampung Air Terjun Padang Luas di sini.
Sebelum itu, hubungan mereka rapat sehinggalah Raja Ayub mendengar Amanat Haji Hadi melalui siri ceramah pemimpin dan perjumpaan dengan pemimpin Pas yang memberi kefahaman bahawa mereka yang tidak bersama Pas bukan kalangan Islam.
Selama 10 tahun saya tidak menjejak kaki ke rumah mentua walaupun ada majlis dan kenduri-kendara. Keluarga mentua yang menyokong UMNO terpaksa terima keadaan itu," katanya.
Dengan keyakinan tindakannya benar mengikut Islam, beliau mula berselisih faham dan tidak lagi bertegur sapa dengan kalangan yang tidak bersama dengan perjuangan Pas, malah berkelahi dengan anggota keluarga sendiri.
Pada 27 Disember 2012 10:25 PTG, wahab sulaiman <wahabsulaiman@gmail.com> menulis:
SALAM ,,Maaf bertanya pada Dr Mohd Asri Zainul Abidin , baru2 ini Presiden MCA menghina islam dan kenapa Dato Seri Jamil dan Datuk Mashita DI Jabatan Perdana Menteri hanya berdiam diri dan tak kata apa2 terhadap President tersebut...adakah UMNO sudah takut dgn MCA kerana takut kalah di pilihanraya ke 13 ini, UMNO berharap ramai pengundi datang dari MCA, jadi mereka berdiam diri saja kerana mahu menang..adakah ugama di utamakan dulu atau parti di utamakan dulu...minta komen dari Dr Mohd
sekian.
maws2012/12/23 Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> Nik Aziz Tak perlu berselindung disebalik serban untuk menghalalkan segala-galanya
Posted by Sungai Rapat at 4:50 PM
Walaupun Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama" tetapi penyokongnya masih menggunapakai sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat itu. Nik Aziz tidak sewajarnya berselindung disebalik serban dengan mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan kehendak Islam sehingga menyebabkab perpecahan umat Islam.
Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. Waktu itu UMNO dikatakan bersama MCA dan MIC bagaimana sekararang bila Pas bersama DAP dan PKR.
"Walaupun ini merupakan perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini," katanya lagi.
Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu sehingga berlaku sembahyang dua Imam, halal darah orang Umno, haram memakan daging yang disembelih oleh orang Umno.
"Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka ternyata berbeza. Pas juga mempunyai Dewan penyokong bukan Islam sedangkan Umno tidak ada. Pas lebih mendengar arahan daripada pemimpin DAP sedangkan Umno mampu memberi arahan sendiri. Hadi juga sudah beberapa kali bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno untuk membincangkan kerajaan perpaduan.
"Amanat ini seharusnya ia dihentikan dengan segera. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama," katanya lagi.Siapa kata Amanat Haji Hadi tiada kesan kepada orang Islam terutamanya penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS). Seorang bekas anggota Pemuda Tahan Lasak Pas yang ditubuhkan untuk menjadi samseng ketika ceramah mereka mendedahkan terpaksa membuang daging Qurban disebabkan perbuatan sembelih itu dilakukan oleh Imam orang Umno.
Che Ngah Nat Hassan berumur 80 tahun yang kini telah bertaubat dan tidak mahu lagi menyertai parti Pas mendakwa "kerana amanat Haji Hadilah kami bukan sahaja membuang daging Qurban malah tidak bermasyarakat dengan orang lain," katanya
Beliau kini yang telah insaf kerana perbuatannya juga telah memecah-belahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.
"Saya menyeru kepada anak-anak muda agar kembalilah ke jalan yang benar dengan mengikut perintah Allah bukan mengikut kehendak pemimpin tertentu demi untuk kepentingan politik", katanya lagi.
"Kini Pas bukan lagi dilihat parti Islam kerana hampir semua pemimpinnya telah dikawal oleh pemimpin bukan Islam seperti DAP dan PKR," tambahnya lagi
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (9) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment