PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN
biaqpila.blogspot.
Gerakan Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) Ditubuhkan Oleh Penyokong Tegar Bola Sepak Malaysia
GERAKAN sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.
Al Fadli Awaludin yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.
"Selama 28 tahun, daripada liga amatur, kita beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D.
"Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja?," katanya, semalam.
Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas dan kemudiannya menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap.
"Mereka perlu ada misi dan visi. Apa yang yang mereka mahukan 10 tahun akan datang," katanya.
Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai.
Katanya, format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan.
"Apa yang kami mahukan adalah perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru, ia adalah wajar dilakukan," katanya.
Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku.
Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/12/presiden-fam-sila-letak-jawatan.html#ixzz2GVWyDYwG

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment