Wednesday, December 26, 2012

RE: RG2011... Surat terbuka kepada kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas

 

Menyamoah nye aku, kalau umno buat semua ok, kalau bukan umno buat semua Melayu jadi rosak

Padahal Melayu rosak sebab umno, jahat umno nih

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of mohammed faudzir hussein
Sent: 22 December 2012 10:11
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Surat terbuka kepada kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas

 

 

Berbalik lah ke panggal jalan, tumpuan 100 peratus  memperjuangkan agama Islam dan lupakan sepenuhnya hal2 politik.

--- On Thu, 12/20/12, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:


From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
Subject: RG2011... Surat terbuka kepada kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Thursday, December 20, 2012, 2:37 AM

 

Surat terbuka kepada kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas

Oleh Zaini Hassan

SAYA menerima sepucuk surat melalui e-mel daripada seorang sahabat. Saya mengenali beliau lama dulu semasa saya masih menjadi pemberita muda puluhan tahun lalu. Semasa itu beliau ialah Dekan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya. Sehingga kini kami masih bersahabat karib. Dari masa ke masa kami keluar minum bersama, serta mempunyai minat yang sama iaitu melukis.

Nama beliau ialah Dr. Hashim Yaacob. Semua orang mengenali beliau. Beliau juga ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

Hashim Yaacob berasal dari Kampung Batu Hitam, Tanah Merah, Kelantan.

Bapa dan ibunya penoreh getah yang tidak pernah bersekolah. Dia belajar di Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan dan mempunyai kawan daripada berbilang bangsa dan tidak pernah meminggirkan kawan-kawannya itu.

Sebagai pelajar kampung yang tidak pernah memasuki sekolah-sekolah besar seperti MCKK, RMC dan Alam Shah, beliau akhirnya diberi peluang menjadi doktor pergigian, dekan, profesor dan Naib Canselor Universiti Malaya.

Ini ialah kerana jasa kerajaan Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu yang serba ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

Sewaktu Hashim Yaacob menjadi Dekan, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan. Sewaktu beliau menjadi Naib Canselor, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Dekan, Pengarah dan Timbalan Dekan.

Ramai pelajar di Universiti Malaya tidak mengira bangsa memanggilnya ‘Ayahanda’.

Begitulah Hashim Yaacob yang tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.

Sangkanya bangsa lain pun begitu juga terhadap bangsa Melayu. Tetapi dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP minggu lepas ternyatalah bahawa bangsa-bangsa lain telah menunjukkan ketidakpedulian mereka terhadap bangsa Melayu yang telah banyak membantu mereka kerana tidak seorang pun bangsa Melayu yang telah diundi untuk menduduki jawatankuasa itu.

Kebimbangan beliau ialah: Kalaulah parti itu nanti berpeluang untuk memerintah negara, apakah akan terjadi kepada bangsa Melayu?

Belum pun DAP berkuasa, sudah nampak ketiadaan toleransinya kepada bangsa Melayu. Apakah orang-orang kampung seperti Hashim Yaacob akan terbela dengan sifat DAP yang sebegitu?

Orang bandar pun tidak akan terbela kerana sikap mereka yang meminggirkan orang Melayu.

Jawapannya tuan-tuan sendirilah yang menjawabnya. Tidak ada gunanya kita menjadi manusia yang taksub mengenai sesuatu pandangan walaupun hakikat tidak menyokong pandangan itu.

Kalau orang DAP telah bersatu sebegitu kental, orang Melayu mestilah bersatu padu demi kesinambungan ‘Bangsa dan Agama’. Itu adalah harapan beliau.

Sila baca surat terbuka beliau kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terlalu taksub dalam perjuangannya dengan DAP, demi politik dan kuasa

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment