Tuesday, April 17, 2012

Re: RG2011... Jika Melayu rajin berfikir sejenak

 

Orang Umno/BN = Menyedihkan (Dikenali sebagai parti yang bijak menangani sesuatu, bijak menutup kejahatan dan kelihatan baik)
Orang Pas/PR = Menyedihkan (Dikenali sebagai parti aggresif yang penuh perasaan tidak puashati terhadap kerajaan dan selalu sahaja melatah)

Apa jua fitnah dari orang UMNO/BN lakukan terhadap Orang Pas/PR adalah kerana Pas/PR adalah parti lawan mereka.
Apa jua Fitnah dari Pas/PR lakukan terhadap orang UMNO/BN adalah kerana UMNO/BN adalah parti lawan mereka.

(Aku menyatakan fitnah kerana rata-rata orang yang taksub politik ini hanya mendengar cakap2 orang, baca blog politik dan lain
lain lagi. Tiada seorang pun yang benar2 melihat mereka melakukan perkara-perkara yang difitnahkan tersebut dengan mata kepala sendiri. Kalau ada bukti
pun, tak percaya n tuduh benda tu fitnah dan tak berkesudahan. Tak tahu buat cara tak tahu.)

Apa jua yang cuba dilakukan oleh sesuatu parti itu adalah hanya untuk menunjukkan sesuatu imej yang baik pada mata orang ramai. Ada juga yang cuba
tunjuk bagus dan bijak dan bercerita beriya-iya sedangkan tidak tahu apa yang sebenarnya sebenarnya berlaku. Tidakkah mereka sedar ini semua
mainan politik? Apakah  kerana kau Parti yang mendukong Islam boleh mengata orang sesuka hati? Dan apabila orang lain merasakan yang pendapat
kau salah, terus kau menuduh orang itu tidak menyokong Islam adalah kafir. Dan kau baik kerana menyokong Parti Pendukong Islam?

Dan kerana kau penyokong kerajaan, kau boleh berbuat sesuka hati kerana kerajaan yang kau sokong engkau itu membantu engkau?
Politik ni sama je. Semua nak menjatuhkan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, Politik ini kotor.

Dan kau sebagai penyokong taksub, kau akan menyokong apa jua yang parti buat walaupun sebenarnya perbuatan tersebut kelihatan macam budak-budak tak sekolah,
 menjerit2 serta membuang masa memperdebatkan benda-benda yang menyokong sendiri pun tak tahu, yang tak sokong lagilah tak tahu. Hebat sangat la tu. Macamkan handal. Orang pun tak kenal kau lah.

Dan apabila parti lawan melakukan sesuatu yang baik, mulalah berasa tak senang dan cuba-cuba mencari salah parti tersebut. Merungut2 dan ntah apalagi
yang nak diberontakkan. Bro, kalau benda tu baik, tak bolehkah kau sokong? daripada kau merungut2 tak puas hati dan nak memberontak macam gud-gud je kenapa?
Tak pernah ke kau mendengar firman tuhan, yang tuhan pun benci orang yang merungut2. Jika kau nak mengubah nasib sekalipun, seharusnya kau bersatu. ukan kau berpecah-pecah.

Dan tak sedar ke kewujudan parti ini sebenarnya hanya untuk mendapatkan kuasa? Kau ingat kau berurusan dengan malaikat ke yang takde nafsu? Kau pun tengok diri masing-masing, banyak benda penting lain yang perlu kau laksanakan daripada duduk merungut-rungut. Adakah kau rasa tertindas sangatkah? Tuhan tak bagi kau rezeki?
Apa jua barang naik sekalipun atau turun sekalipun, Jika rezeki kau setakat itu ajelah. Dan nak mengelakkan dari rasa tidak cukup, bersyukurlah.

Dan bila orang nak laksanakan islam, ada pulak yang bengong2 ni tak nak sokong. Tak nak sokong takpe, tapi keluarkan pula kenyataan bagi membenarkan kata-kata mereka yang dihujahkan. Yang menyokong pulak macam orang gila tuduh semua orang kafir. Kau tu sape nak kata orang kafir? Hebat sangat ke islam kau?
Entah2 solat pun tak pernah. Tapi bagaikan handal menyatakan orang kafir.

Jika kau seorang guru agama mungkin boleh sebab kata-kata kau bertujuan untuk mengajar.
Kalau kau baik sangat. Kau tak cakap macam tu. Ada pulak yang begitu hebat konon otai sangat dalam politik memaki hamun orang dengan ayatayat lucah. Macam gud-gud je. Aku boleh bayangkan kalau dia depan aku dan cakap depan2 dengan aku. Baru terasa mulut boleh pecah ke tak. Entah2 dalam internet je bukan main hebat. Kat rumah takut dengan bini. Kene pukul hari2 dengan bini. Tu yang tekanan dilepaskan ke internet.

Kesimpulannya. kauorang-kauorang ni sama je. Menjatuhkan sesama sendiri. Penyokong taksub yang tak tentu hala. Kurang pengetahuan, tapi nak bercerita politik.
dan kalo dia fikir sejenak, dia pasti tahu, dia juga sama macam orang yang dituduhnya. Sepatutnya dua-dua parti ni berfikir sejenak. Ko nak kuasa ke nak menegakkan islam ke nak menegakkan bangsa?

 


From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; mahligai <mahligai@yahoogroups.com>; hidayahnet <hidayahnet@yahoogroups.com>; uitm-melaka <uitm-melaka@yahoogroups.com>; tipah <tipah@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 16 April 2012 12:52 AM
Subject: RG2011... Jika Melayu rajin berfikir sejenak…

 

Jika Melayu rajin berfikir sejenak…

Harakahdaily, 16 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 16 April: Asalkan orang Melayu rajin berfikir sejenak, dakyah Umno terdesak di saat nyawa-nyawa ikan bahawa PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang Melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP akan terbongkar dengan senang.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)  menyifatkan malang dan paling menyedihkan bagi golongan Melayu Islam di Malaysia bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah-belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini, hujah Tuan Ibrahim telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu.  

"Itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.

"Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar," tegas Tuan Ibrahim.

Sedangkan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.

Apabila Melayu lemah, kata beliau, akan muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP) sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.

"Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.

"Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari," tegas beliau.

Melayu tidak berpecah

Tuan Ibrahim turut menyangkal dakwaan Umno yang menggambarkan kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan orang Melayu.

"Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah," selar beliau.

Hakikatnya, terang Tuan Ibrahim, masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan.

"Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.  Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza," tambah beliau.

Tuan Ibrahim berkata rakyat mesti mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan.

"Kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita," kata beliau.

Bagi PAS, katanya, parti menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun.

"Kerana itu, al Quran menjelaskan: "Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. –Al-Anfaal:63," hujah Tuan Ibrahim.

Dalil tersebut, terang beliau menunjukkan bahawa penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan.

"Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa  Melayu  untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.

Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang," kata beliau.

Namun, tegasnya, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui  dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.

"Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal  di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya," jelas Tuan Ibrahim.



--



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment