Sunday, May 27, 2012

Re: RG2011... Fw: Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus

 

mana mufti tak keluar fatwa haramkan k-pop???? ke takut PM marah
ke....sebab PM sendiri rasmikan konsert K-pop ......patut namakan
konsert Neraka-pop

On 24/05/2012, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
>
>
> Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus.. mana satu UMNO pilih..???
> Posted by Kedah Lanie
>
> K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal
>
>
>
>
> (Ini buktinya)
>
> Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang
> dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah
> ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
> Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.
>
> Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta
> menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang
> diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan
> Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan
> berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di
> Putrajaya.
>
> Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat
> macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring
> atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya
> ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia
> itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!
>
> Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan
> Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah
> baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa
> perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?
>
> Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang
> melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan
> dengan nur Islami?
>
> Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop
> berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur
> Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert
> dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea
> yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan
> Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu
> berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.
>
> Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?
>
> Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak
> berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok
> kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah
> Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi
> Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan
> pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap
> kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki
> suka suki dan sebagainya?
>
> Tolong jangan jadi bodoh.
>
> Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan
> dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal
> yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.
>
> Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH
> KORANG????
> --------------------------------------------------------
> Sumber
> http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment