Sunday, May 27, 2012

Re: RG2011... Fw: Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus

WA MAU HAAA...ITU MUFTI KA....ASANG ALI KA....ZUL KULIM KA....NOR DERIH KA...SUME ULAMAK2 UMNO KASI JAWAP INI HAL LA....

--- On Sun, 27/5/12, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Sunday, 27 May, 2012, 6:34 AM

MEMANG ITU YG BERLAKU.. AMAT MALANG BG ORG PUTRAJAYA KRN TIDAK DPT MAJLIS ILMU.. TETAPI SATU RAHMAT BG PENDUDUK PUCHONG.. TERMASUK WA..
ALHAMDULILLAH.. WA ORG YG TERPILIH DI ANTARA BERIBU ORG YG TERPILIH UTK HADIR DI MAJLIS ILMU USTAZ AZHAR IDRUS.. INGAT! MAJLIS ILMU JUGA ADALAH RAUDHAH!
WHAT TO DO?? DEMI UTK MENARIK UNDI ORG MUDA YG 'KONON'NYA BOLEH DIGULA-GULAKAN DGN HIBURAN SEKSI K-POP, MAJLIS ILMU DIKETEPIKAN!
NATIJAH PENUTUPAN HARI BELIA NEGARA, 17 ORG CEDERA TERMASUK 4 ORG PARAH DILANGGAR KERETA YG MENYERTAI DRAG RACING..
HMMM.. MUNGKIN KITA BOLEH KATA DH TAKDIR KEMALANGAN TU BERLAKU.. TAPI.. ADA X KEMUNGKINAN KEMALANGAN TU BERLAKU KRN KEMURKAAN ALLAH??
TEPUK DADA.. TANYA IMAN...
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 24, 2012 11:41 PM
Subject: RG2011... Fw: Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus

 


Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus.. mana satu UMNO pilih..???

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal



(Ini buktinya)

Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html


No comments:

Post a Comment