Wednesday, May 2, 2012

Re: RG2011... Fw: Bersih 3.0 - Bukti Polis Buat Provokasi

Tak pasti lah saya..rasanya glove yang di pakai tu banyak dijual di kedai hardware...biasanya glove tu welder yang pakai...mudah sahaja utk didapati...memang ada logiknya memakai glove ni semasa memasang concertina bardwire tu sb benda tu tajam..cuba caudara saudari cek kat kedai hardware ada jual tak glove tu...rasanya senang saja nak dapat...


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, May 1, 2012 9:14 AM
Subject: RG2011... Fw: Bersih 3.0 - Bukti Polis Buat Provokasi

 
 

Bersih 3.0: Ganas, Lagi Bukti Polis Buat Provokasi

PDO
 

[Nampaknya, semakin media memainkan isu kononnya peserta Bersih 3.0 ganas, kini semakin banyak gambar-gambar bukti jelas memang ada unsur-unsur provokasi oleh pihak polis dalam adengan ganas yang berlaku. Gambar ini tersiar di laman sembang sosial Facebook dan ia jelas sekali membuktikan memang ada perancangan pihak polis untuk menimbulkan provokasi agar peserta dituduh ganas, walhal mereka yang memulakan segalanya. Cuba lihat "glove" dan "gelang kuning" pada tangan-tangan individu di dalam gambar diatas. Ia jelas menunjukkan kepada kita memang ia adalah kerja terancang pihak polis untuk menjatuhkan imeh Bersih 3.0. Semua ini memang sudah boleh dibaca sejak awal lagi. Kini, satu persatu pembongkaran terus dilakukan untuk menyedarkan rakyat bahawa ini memang satu tindakan jahat pihak berkenaan. Bersih 3.0 itu adalah himpunan aman dan kenapa perlu adanya provokasi cukup melampau itu. Berdsarkan gambar di atas, di kanan memang gambar polis sedang memasang kawad duri menghalang peserta masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi di kiri, macam mana glove yang dipakai itu boleh kelihatan sama dengan polis pasang kawad duri. Bukankah ini bermakna, dua-dua adalah polis sebenarnya. Rahsia terbongkar jua, rupanya mereka memulakannya].
 
 

Provokasi Langgar, Siapa Lelaki Misteri Yang Menjadi "Pelakon Lagak Ngeri" Itu Agaknya !

PDO
 
 
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang memulakan provokasi hingga menyebabkan berlaku keganasan pada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Malah, dalam insiden kereta polis langgar peserta di hadapan Komplek Sogo juga ia menimbulkan kemusykilan, kerana ada individu "misteri" dipercayai memulakan adengan ini. Cuba lihat pada gambar-gambar yang disiarkan ini. Ini analisa tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kes cermin kereta polis di serang itu. Apa yang penting di sini ialah tiada polis yang memandu kereta peronda di dunia ini yang memakai "helmet" mat motor sebagai status seorang polis. Dalam kes ini kemungkinan besar ada dua orang "provokator" yang menjadi pelakon "stuntman" untuk membuat adengan "lagak ngeri" terbabit. Buktinya, cuba lihat pada bulatan merah, di mana ada seorang lelaki yang sudah bersiap sedia untuk menyerang kereta polis tersebut. Nampaknya seperti beliau ditugaskan untuk menghentakkan batu ke cermin kereta polis berkenaan. Keduanya, sila lihat pada bulatan biru di mana pemandu "stuntman" ditugaskan memandu ke lokasi tersebut sambil bersedia menunggu cermin keretanya dipecahkan. Mungkin dek kerana itu sejak awal-awal lagi beliau sudah memakai topi keledar untuk melindungi dirinyer dari serpihan kaca akibat hentakan itu. Kesan daripada insiden tersebut makanya, si pemandu di dapati dengan sengaja merempuh orang ramai yang berada di situ. Ia bagi menampakkan "keganasan" kepada peserta himpunan Bersih 3.0 agaknya. Dek kerana itu orang ramai terpaksa membelasah "lelaki yang memakai helmet", sebaliknya membantu pegawai polis yang tersepit di dalam kereta yang terbabas itu. Apapun, ini hanyala analisa sahaja berdasarkan bukti gambar-gambar ini.



[Berdasarkan gambar dan adengan ini maka hanya pembaca sahaja yang boleh mengesahkan semua ini. Apa yang kami dedahkan ini hanyala analisa atas kejadian tersebut dan berdasarkan kepada maklumat beberapa orang saksi yang ditemui di lokasi kejadian berkenaan. Apapun, kini banyak yang menjadi tanda tanya dalam hal ini. Media arus perdana terus memainkan isu kononnya peserta bertindak ganas, namun kini banyak bukti-bukti yang diperolehi mengesahkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mungkin telah diupah dan dibayar untuk melakukan provokasi ini sebenarnya. Biarlah rakyat menilai dan membuat tafsiran sendiri terhadap pendedahan ini. Kami akan paparkan lebih banyak bukti sebagai rujukan dan hebahan untuk mereka yang musykil dengan kejadian tersebut. Maka, fikirkanlah!].
 
 

TERPANAS!!!!(GAMBAR)Akhirnya Kebenaran Terbukti Berpihak Kepada POLIS. BERSIH 3.0

btmmari.blogspot
SIAPA MEREKA INI.. Polis yg menyamar dan menimbukan provokasi atau apa...
YANG PANDAI MASUK PAKATAN YANG BODOH MASUK UMNO!!!!!
POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bg setiap Polis berpakaian preman (SB)
INI YANG TERJADI BILA ORANG KUAT UMNO SENDIRI PECAH LUBANG BANYAK SB MENYAMAR JADI PESERTA BERSIH.
Penyamaran oleh Pihak Polis.. Terbukti!!! Pernah dengar apa itu SB? Pernah dengan apa itu provokasi? Diharapkan polis menyiasat kejadian ini dengan tulus ikhlas.
MANGKUK PAKAI JAKET KULIT INILAH SIPUT BABI YANG AKU HALAU DAN SERGAH MASA AKU BERKAWAL DEKAT BARRICADE POLIS SEBELAH DATARAN.
Polis Diselamatkan Oleh Pesrta BERSIH, Kalau Kami Ni GANAS Sangat2. Dah Lama POLIS Ni Kami Lumatkan.. Semoga MengJadi Pengajaran Dan Keinsafan Kepadanya.. Kami Bukan PengGANAS, Kami Cuma Menuntut Demokrasi Yang Lebih Adil. Itu Sahaja.
KITA SEMUA SEMEMANGNYA TIDAK AKAN SETUJU MANA2 YG ADA UNSUL KEGANASAN,TETAPI PIHAK YG BERWAJIB MESTI MENYIASAT KEJADIAN SEADIL-ADILNYA MAHUPUN ADA PROVOKASI DARI PIHAK POLIS ITU SENDIRI ATAU DARI KALANGAN PESERTA BERSIH DIDALAM NYA YG ADA AGENDA TERTENTU... Kenapa pemandu kereta polis diterbalik memakai topi keledar?? Satu persoalan timbul dalam keadaan gawat apabila kereta peronda polis dipandu oleh seorang yang tidak memakai pakaian polis dan bertopi keledar. Orang awam menyerang kereta itu dengan botol air dan objek sampingan apabila kereta itu dipandu dengan laju...
 
 

Provokasi Pecah Dan Rempuh Pagar Polis, Siapakah Lelaki Misteri Yang Di Cari Ini !!

PDO
 


[Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh mendakwa "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan".. Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu? Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan. Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0? Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemedi mata oleh pihak polis. Maka itu, siapakah lelaki misteri di dalam gambar ini. Kepada sahabat dan semua pembaca yang kenal beliau, bolehlah memaklumkan segera kepada kami untuk kita dedahkan segera!!]. sumber
 

LAGI BENDA PELIK YANG BERLAKU SEMASA BERSIH, KALI NI TUKANG POTONG KAWAT DURI KONONNYA PESERTA BERSIH 3.0 POTONG KAWAT DURI SECARA SANTAI & SELAMBA .

naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



N'N: Hebat mamat tu potong kawat duri dengan selamba dan sangat santai seolah-olah dia tahu tiada siapa yang akan kacau dia.....Siap buat kerja sorang diri lagi macam dunia dia yang punya kah3....Yang lawak lagi pihak Polis siap ada masa tangkap gambar mamat tu padahal masa tu cukup untuk tangkap & penerajang mamat yang kurang ajar potong kawat duri tu....Kalau nak berlakon pun agak2lah bro.........

 
 

UNIT AMAL ANTARA MANGSA KEGANASAN POLIS

dppwm.blogspot.
Abu Nu'man  
Tuhan bagi kita Aqal untuk Fikir... Tuhan bagi kita  Iman untuk Nilai...





 
 
 

Kenyataan ketua polis mengenai Bersih 3.0

kiff-isme.blogspot
Baca kenyataan ketua polis negara mengenai perhimpunan Bersih 3.0 ini


No comments:

Post a Comment