Monday, May 28, 2012

Re: RG2011... Fw: Pelajar Perempuan Dipukul Gadis Samseng

Dari gambar  ini saya rasa GADIS INI LAYAK MENYERTAI SUKAN MUAY THAI UNTUK KE PERINGKAT ANTARABANGSA

From: "kekupumalam@yahoo.com" <kekupumalam@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 27 May 2012, 23:20
Subject: Re: RG2011... Fw: Pelajar Perempuan Dipukul Gadis Samseng

 
Samseng2 ni sila masuk lokap ek.
I x suka samseng.. Seres!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 24 May 2012 23:40:55 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Pelajar Perempuan Dipukul Gadis Samseng

 

 

Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng

Posted by greenboc
 
Dibelasah gadis samseng

KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis 'samseng' yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini. Gambar fail.

Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.

Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.

"Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.

"Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit," katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.

Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.

Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm

comments:
 
Anonymous said...
Apa tindakan pihak sekolah???? apa bangang punya pihak pentadbirnya... sekolah ini takda cikgu ke boleh buat ikut suka hati...???
Anonymous said...
apa mahu ingat semua cikgu mahu jaga ke?....itu pelajar sudah rosak pasal luar sekolah punya pengaruh banyak rosak. ini pekasa dan polis punya pengaruh la
Anonymous said...
pukul tanpa sebab???? kenape pihak sekoh tak ambil sebarang tindakan kepada pelajar yg brmasalah????? mane perginye guru kaunseling dan disiplin?????
Anonymous said...
gejala budak sekolah samseng wajib dibenteras segera...masing masing ada peranan....laksanakan peranan anda...

1. Ibu Bapa/ Penjaga
2. Guru kelas, guru disiplin, PK HEM
3. Pengetua
4. Rakan kelas/ sekolah
5. PPD dan JPN
6. KPM
7. Polis
8. Wakil Rakyat
9. Menteri
10. Kementerian

dll...
Anonymous said...
personal coment,
sudah tiba masa kita kaji kewajaran "denda public canning" yang dibuat suatu ketika dulu untuk mencegah budaya samseng di sekolah. Hukuman tersebut akan menjadikan pelajar takut & malu terhadap jenayah yang dibuat.
Satu lagi - sistem sekolah yang patut di kaji iaitu, jika pelajar bermasalah dari sekolah A dibuang dan di pindahkan ke sekolah B, sekolah B ada hak untuk menolak disebabkan pengetua pun tidak mahu sekolah dia bermasalah. Jadi, solusi kepada masalah ni, masuk kan pelajar-pelajar ke sekolah khas@juvenil. Mungkin akan menyebabkan dia fikir berkali2 sebelum membuat samseng di sekolah, untuk elakkan diri dari masuk ke skolah juvenil melainkan jika dia tiada hati perut dan memang ingin masuk sekolah juvenil.
Anonymous said...
biasa nye lau budak perempuan gaduh cam 2 berebut pakwe.... tp xtahu la.... sbb apa... mesti ada sbb dia... kena siasat dulu baru tahu apa masalahnya
Anonymous said...
xyah nak kecoh la pasal mende nih. bkn first time happen pun... masalahnya apa?? bdk2 2 ke? kalau dah atasan perangai cam setan... jgn la buat2 terkejut yg br naik nih buat camnih... kalau atasan jahiliah, yg bawah2????
jaki said...
Mengapa cikgu tidak boleh kawal pelajar ?
Keadaan sekolah yg sesak sehingga 3000 ke 5000 pelajar. Cadangan saya maximum 1500 shj. seperti sekolah berasrama/MRSM. Disiplin dan akademik boleh di tingkatkan.
Kerajaan perlu tambah sekolah terutama di kawasan bandar.
Anonymous said...
Apa saja perkara yang berlaku kalau tidak dilapor pada pihak sekolah maka tiadalah guru dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. begitulah, adanya wassalam.

Takut dengan perangai budak2 sekarang.
bukan yang sekolah menengah saja, sek rendah pun sama naik. hari2 mencabar perangai mancam sentiasa minta kena denda dari guru.
Anonymous said...
budak sekolah ni nama rosmah??


No comments:

Post a Comment