Tuesday, May 1, 2012

Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

 

umno nie tak bersekongkol dengan musuh ISlam jugak ke.....lagi parah
bila umno sendiri ada ahli yg beragama kristian dari sabah.......

On 30/04/2012, Masaufi <masaufi@asahikosei.com> wrote:
> Sokong.....Dulu saya UMNO tapi bawa bendera PAS & PKR.....tak de hal
> pun....tapi kini dah kembali bersama UMNO sebab lihat PKR & PAS tidak
> relevant kerana bersetongkol dengan mereka yang musuh ISLAM..
> ----- Original Message -----
> From: Ghazali Hussein
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Monday, April 30, 2012 10:06 AM
> Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?
>
>
> elehhhh manyak olang jd ahli saje bkn semestinye jd
> penyokong???tolx??uncle deng ahli pas xpi deng tgok beratt ke UMNO
> jerk...xmnjadi kesalahan sekadar menjadi ahli pertubuhan yg berdaftar..
>
>
>
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Thursday, 26 April 2012 11:14 PM
> Subject: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?
>
>
> 
> Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???
> malaysiaberih.blogspot
> Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
>
>
> Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz
> dan Wan Ahmad.
>
> PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
> (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad
> Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi
> membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.
>
>
> Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian
> Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai
> mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada
> mana-mana pihak.
>
>
> Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum
> ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan
> SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
>
>
> Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai
> keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).
>
>
> "Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau).
> Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli
> politik yang bertanding dalam pilihan raya.
>
>
> "Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit
> prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti
> politik," katanya.
>
>
> "Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya
> (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," katanya dalam satu temubual eksklusif di
> pejabatnya semalam.
>
>
> "Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika
> tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,"
> katanya lagi.
>
>
> Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam
> parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan
> raya tersebut.
>
>
> "Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR,
> pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.
>
>
> Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat,
> Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai
> Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan
> berkenaan.
>
>
> Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya
> bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker
> Dewan Rakyat terbabit.
>
>
> "Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik,
> Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka
> menafikan perkara tersebut," katanya.
>
>
> Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.Abdul Aziz
> menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira
> setahun sebelumnya.
>
>
> SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan
> pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih
> (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus
> dalam daftar pemilih mereka.
>
>
> Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala
> dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan
> pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.
>
>
> Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan
> menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan
> demonstrasi "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.TMI
>
>
>
> Pengerusi SPR terkantooiii..!!
> haninasution.blogspot
> cetusan.... ~♥ UmmiAnni ♥~
>
>
> Depa ni ahli UMNUUU woii...macamana depa boleh dibiarkan jaga SPR ni ..
> kalau korang ni bukan bagai yang dikatakan oleh YB Saifuddin Nasution di
> sini ..korang kena la nafikan bersama bukti sekali..pasai ape..Saifuddin
> Nasution kata dia ada bukti kukuh pasal keahlian UMNUU korang....
>
> Wahh..kalau sungguh bagai dikata..selama ni memang sah rakyat kena tipu
> memanjang..memang korang ni tak amanah sungguh..macamana rakyat nak percaya
> lagi..korang memang KOTOR..!!
>
> tapi apa pulak penjelasan untuk senarai di bawah ni....???
> ABDUL AZIZ B. MOHD YUSOF..anda kantoii sudahhh..!!! baik la kome LETAK
> JAWATAN...LETAK JAWATAN woiii..!!!
>
>
>
> SPR: Isytihar ahli Umno atau keluar parti
> batuvskayu.blogspot
>
>
>
>
>
> Salmiyah Harun,
>
>
>
>
>
>
> KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz
> Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama
> ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.
>
>
> Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar)
> berkata, jika benar dakwaan mengatakan mereka adalah ahli Umno, ia tidak
> sepatutnya berlaku.
>
>
> "Sangat-sangat terkilan, tidak profesional di dalam menjalankan amanah
> yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk menzahirkan kepercayaan awam,"
> katanya kepada Harakahdaily.
>
>
> Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata,
> sepatutnya ahli-ahli SPR berkecuali dan tidak sopan bagi mereka mendaftar
> diri menjadi ahli politik.
>
>
> Sebab, katanya apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di
> dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non
> partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.
>
>
> Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang
> di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR
> yang mendapat kepercayaan awam'
>
>
> "Apabila seseorang ahli SPF menganggotai parti politik pada masa sama
> tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam.
> Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti
> politik," katanya.
>
>
> Justeru, katanya mereka tidak boleh menjadi ahli parti kerana menampakkan
> diri mereka berat sebelah.
>
>
> "Ahli-ahli politik sepatutnya isytihar keluar parti jika mahu jadi ahli
> SPR," tegasnya.
>
>
> Bagaimanapun, beliau mengakui sejak dahulu lagi ramai pihak melihat SPR
> tidak menunjukkan sikap 'non partisan'.
>
>
> Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa
> pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar
> merupakan ahli Umno.
>
>
> Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut,
> turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.
>
>
> Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR
> di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang
> bertanding dalam pilihan raya.
>
>
> "Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan
> Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.
> template joomla

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment