betul jugak cakap lu bro! kalau mcm tu agak2 gua sempat lg x nk register ngundi kt johor? Err... agak2 bila pilihanraya ni?
From: mr padli <billionman09@ymail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 28, 2012 3:45 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan
orang johor kenala ngundi kat johor...buat apa ngundi kat negeri lain..kalo kita tak ngundi, camne nak kasik jatuh itu Barisan Nasional? biar kali ni kasik BN jatuh kat johor..aku teringin nak tengok kubu kuat UMNO tu jatuh kat johor macam apa yang berlaku kat selangorEnjin Treatment Booster..Klik Sini
From: al al <bdm3557@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 25 May 2012 10:32 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan
cantik jugak ni. boleh aku register dgn SPR. aku asal johor. buang masa jer aku nk mengundi kt johor. dh kompom2 BN menang. buang masa nk undi BN.
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 23, 2012 11:17 PM
Subject: RG2011... Fw: Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan
Selangor Umum Pilihanraya Berasingan Selagi Daftar Pemilih Belum Dibersihkan
Shah Alam: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.
Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program 'Selangorku Bersih' hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.
Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.
Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku.
"Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan.
"Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu.
"Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan," kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini.
Kempen 'Selangorku Bersih' yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi.
Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.
Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui.
Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia.
Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut.
"Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut.
"Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun 'level playing field' supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik," Abdul Khalid berkata.
Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor.
"Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor," katanya. -selangorkucomments:
- Amuraria said...
STATEMENT NI YANG UMNO-APCO-BN PALING GERUN & MELUAT ! HABISLAH MODAL NAK KELENTONG SEGALA WARGA ALIEN,HANTU JEMBALANG,TOYOL & JIN UNTUK MENGUNDI BIKIN NAYA RAKYAT MALAYSIA SAJA ,UNTUNGLAH ADA PIHAK YANG TELAH CELIK & BUKA MATA ATAS 'KEJALANGAN' SPR YANG TANPA MARUAH BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN REJIM PERASUAH SEJAK MAMAK KUTTY LAGI ! ABU SAJA PILIHAN RAKYAT!- Waris said...
Kah kah kah... nampak gaya najib kena pindah mengundi di bandar paris. Boleh ajar SPR sana macam mana nak manipulate undi.
Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan K'jaan Selangor - Pengarah Merdeka Centre
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.
Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.
"Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.
"Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki," kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.
"Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.
Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.
"Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.
"Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain," ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.
Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program "Selangorku Bersih" hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.
Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan. -selangorkucomments:
- Anonymous said...
oleh yang demikian
tan sri khalid ibrahim
ikutlah nasihat ibrahim sufian tu.
kalau boleh pulau pinang, kedah
dan kelantan ikut sama.
jangan ikutkan sangat
kepala biol si najib tu.
dia pun sekarang ni dah gelabah.- Anonymous said...
ketua samseng yang melafazkan 'HARAM JADAH' tu memang biol. dia lupa bahawa salah satu prinsip rukun negara ialah mengutamakan kesopanan dan kesusilaan. tulah kalau bongkak sangat! dia tak sedar bahawa lafaz sumphnya iatu timpa batang hidung dia.
No comments:
Post a Comment