Sunday, May 27, 2012

Re: RG2011... Fw: Tiba2 Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama

Berbeza, amat-amat berbeza dengan kehadiran penonton di konsert Jom Heboh.
Berbeza dari segi jumlah dan berbeza dari segi sikap.. semoga pendekatan ini mampu mengubah anak-anak muda daripada terus lalai dengan konsert yang kosong kepada suatu yang lebih membawa pengisian rohani dan jasmani.
 
Diharapakn juga negeri-negeri lain di Malaysia dapat mencontohi program ini atau menganjurkan program seumpama ini di tempat masing-masing.
 
HENTIKAN KONSERT SEKARANG.

--- On Thu, 24/5/12, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Fw: Tiba2 Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama
To: "zzxRG09" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 24 May, 2012, 12:00 AM

 


Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama

Posted by greenboc
Gambar: Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud

Georgetown: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikuti wacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, "
jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan. -HD


















comments:
 
Anonymous said...
alhamdullilah,ramai yang datang.
Anonymous said...
Allahu Akbar!
Anonymous said...
Mamak perkasa mesti sakit hati bila tgk perkara ini
syam said...
dlm keramaian manuasia berpakaian sopan, putih dan besih bersama alunan selawat keatas junjungan sampai air mata jatuh dlm x sedar..bertapa asyiknya...

lokasi surau perwaja, gurun kedah..sebelum UAI ke p.pinang
Anonymous said...
sapa yang terer cari muka gua dalam gambar tu.haha UAI punya psl,,lps asar gua dah bergegas ke pdg kota.
Asmah said...
Alhamdulillah...Allahu Akbar!...sayu hati saya melihat nya...Ya Allah biar lah keadaan ini berkekalan dan bertambah baik lagi...Amin
Anonymous said...
Alhamdullillah... ramai yg hendak berjinak dengan islam tapi kerajaan sekarang tidak pernah memberi peluang pada muda mudi untuk mendekatinya. terbukti apa yg dikehendaki oleh muda mudi sekarang. mereka lebih cenderung pada keagamaan jika diberi peluang. tapi apa yg dipraktikan oleh kerajaan BN sekarang yg berbau hiburan yg menyesatkan makin tenggelam. tunggulah masa dan ketika kepimpinan akan bertukar tangan.. ORANG MUDA GENG KITA...

kopiahijau

No comments:

Post a Comment